Kenyataan Media Mustafa Ali mengenai Video yang disebar macai UMNO..


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali  berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai video lucah yang diedarkan.

Dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily, Mustafa berkata, "Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan."

Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan melalui beberapa blog Umno sejak lewat petang semalam.

Ulasan dalam blog itu mengatakan, kononnya ia dibuat oleh rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR.

Ada juga blog Umno yang menulis ia dibuat oleh golongan parasit dalam PAS yang tidak senang dengan Mustafa.

Mustafa adalah mangsa yang kesekian kalinya politik buruk Umno dalam membunuh musuh politik mereka selepas kelihatan tersepit.

Kajian poll yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian online menunjukkan, manifesto yang mereka keluarkan ditolak rakyat Malaysia apabila hanya 19 peratus menyokong manifesto BN dan 81 peratus lagi menyokong menifesto Pakatan.. lihat di ( SINI )

Kesal dengan politik perkauman dan buruk Umno, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengumumkan tidak bertanding dalam pilihan raya ini, satu sejarah baru dalam politik Malaysia apabila presiden parti komponen BN tidak mahu bertanding.

Bimbang dengan sokongan pengundi Cina, Tan Sri Muhyidin Yasin telah memaksa semua guru besar dan guru-guru sekolah Cina dari seluruh negara menyertai perhimpunan bersamanya di Johor 16 April ini.

Dalam suasana tertekan inilah video lucah dikeluarkan lagi oleh BN untuk menekan Pakatan Rakyat.

Kali ini mereka cuba menundingkan jarinya kepada rakan PAS iaitu PKR untuk melaga-lagakan kedua-dua parti itu.

Berikut adalah kenyataan ringkas Mustafa.

KENYATAAN MEDIA

Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung.

Berikut pula adalah apa yang Peguamnya kata..

Asmuni Awi, yang mengetuai firma Awi dan Co, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau baru sahaja dilantik oleh Mustafa untuk mewakilinya.

"Ini memang fitnah. Tidak ada orang buat kerja ini melainkan Umno.

"Pelanggan saya menafikannya. Video itu tiba-tiba sahaja muncul," kata Asmuni yang juga pengerusi Lajnah undang-undang PAS.

Asmuni (kiri) memberi amaran bahawa anak guamnya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengeluar atau blogger yang memuat-naik imej tersebut.

"Kalau kita tahu prodesur siapa yang terbitkan video ini kita akan ambil tindakan," katanya.

Hmm.. Macai-macai UMNO yang seronok sangat sebar video ni dari semalam lagi.. kalau dapat surat saman jangan pulak tak mengaku Blog tu milik korang ya...

Persoalan berbangkit mengenai video ini sila baca di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive