Katak dah mula berbunyi menagih simpati..


Bak kata pepatah.. habis madu sepah dibuang.. itulah nasib seorang Ahli Parlimen Bebas yang dulunya merupakan Ahli Parlimen dari PKR, Gobalakrishnan..

Jika dulu semasa beliau melompat keluar dari PKR, dirinya dijulang sebagai seorang hero oleh macai-macai UMNO tetapi sekarang dirinya sudah terbuang..

Untuk meneruskan karrier politiknya beliau terpaksa merayu kepada Presiden UMNO agar diberikan peluang untuk bertanding sebagai calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti..

Katanya lagi jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif...

Gobala rayu BN beri peluang pertahan Padang Serai 

Anggota Parlimen (MP) Padang Serai N Gobalakrishnan memohon jasa baik Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan beliau menjadi calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau memenangi kerusi Parlimen Padang Serai atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dan mengumumkan keluar parti itu dan menjadi Anggota Parlimen bebas awal tahun lepas.

Gobalakrishnan yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Perkemas) berkata beliau berharap permohonan itu dapat dipertimbangkan berdasarkan kerja keras beliau bertungkus lumus sejak lebih tiga tahun lalu berkhidmat kepada masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut.

“Selepas saya keluar daripada PKR, berbagai program diatur untuk kemudahan penduduk sekitar Lunas dan Paya Besar dan telah ramai pengundi-pengundi yang satu ketika dulu condong kepada pembangkang kini menyokong kerajaan BN," katanya kepada pemberita di Paya Besar di Kulim hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penasihat Undang-Undang Perkemas Saiful Ambar Abdullah Ambar dan Presiden Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Kedah Khairul Anuar Ramli.

Katanya jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif.

Beliau yakin Naib Presiden PKR R. Surendran yang diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen itu oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan hilang wang pertaruhannya kerana kemunculan Surendran membawa isu-isu lapuk mengenai masyarakat India tempatan sejak sebulan dua lalu memualkan masyarakat di Kulim. - Bernama

Kesian dia.. dari katak kini bertukar menjadi peminta sedekah pula..

Tapi kata dia.. sejak dia keluar PKR dia dah berjaya pengaruh ramai penyokong Pakatan Rakyat untuk kembali menyokong BN.. kalau begitu kenapa tidak dia pengaruh mereka pula untuk menyokongnya sebagai calon Bebas?

Gambar kat atas tu datangnya dari SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive