Anwar kekal pertahan Permatang Pauh!! dan ianya membuktikan kata-kata Najib adalah sampah.. (Video Inside)


Akhirnya dalam ucapannya yang disaksikan oleh ribuan warga Permatang Pauh yang hadir dalam satu ceramah di Taman Pauh Indah malam tadi.. Anwar Ibrahim mengumumkan beliau akan kekal mempertahankan Parlimen Permatang Pauh..

Pengumuman itu dibuat selepas beberapa hari beliau menyatakan kemungkinan bertanding di Perak tetapi ianya bergantung pada penerimaan pengundi dan penyokongnya di Permatang Pauh sendiri..


Katanya, beliau membuat pilihan itu kerana hubungannya dengan penduduk Permatang Pauh seperti keluarga sendiri, yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan.

Tambahan pula hari ini setengah hari beliau bersama pengundi dan penyokongnya di Permatang Pauh, semuanya tidak mahu beliau meninggalkan Permatang Pauh.



Desakan secara terbuka juga telah disuarakan oleh warga Permatang Pauh sendiri dalam satu Majlis Hi-Tea di Markas Pakatan Rakyat  di Kubang Semang petang tadi..


Antara desakan yang dinyatakan ialah"Jika Najib mahu hidup dan mati beliau di Pekan.. Kami juga mahu Hidup dan Mati Anwar Ibrahim di Permatang Pauh..."

Lagi apa kata Anwar sila lihat dalam video di bawah..

Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap hasrat Anwar untuk berpindah bertanding di Perak menunjukkan beliau tidak (lagi) berasa selamat di Permatang Pauh adalah sampah semata-mata.

Selain itu Najib juga berkata "Rakyat patut sedar bahawa jika Anwar boleh meninggalkan penyokongnya di Permatang Pauh, pada akan datang, beliau boleh mengetepikan pengundi di kawasan pilihan raya barunya pula.

"Ia mengenai kesetiaan mereka yang menyokong anda, ini penting dalam politik. Dari segi prinsipnya yang penting. Bukan semata-mata mengenai kemenangan," katanya lagi..


Sekarang... seperti juga Najib.. Hidup dan Mati Anwar adalah di Permatang Pauh.. 


Sekarang.. apamacam macai yang komen "BRO...ANWAR NI PEMIMPIN TAKDA PENDIRIAN, ORG MMG MCM TU BRO.. TAKUT KALAH.. LAST2 PINDAH TEMPAT LAIN PUN KALAH GAK ... HIDUP BN" kat ( SINI ) tadi tu?

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive