Anwar kata Permatang Pauh atau Tambun, tunggu malam ini


Dalam mesyuarat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Jentera Pilihanraya Parlimen Permatang Pauh pada jam 5 petang tadi di Yayasan Aman, Seluruh Jentera termasuk aku sendiri telah menetapkan bahawa kami tetap mahu Datuk Seri Anwar kekal di Permatang Pauh!

Itu keputusan kami semua bagaimanapun keputusan akhir masih terletak ditangan beliau sendiri.. tak perlu diumumkan disini.. biarlah beliau sendiri mengumumkannya malam ini..

Apa saja yang beliau akan umumkan kita terima sajalah..

Samada dalam Ceramah di Taman Pauh Indah atau Batu Maung.. beliau akan mengumumkannya sendiri..

Sementara itu korang baca apa yang Sinar laporkan ini..

BUKIT MERTAJAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu yang beliau mempunyai masa kira-kira tiga jam lagi untuk berfikir sebelum mengumumkan kerusi yang akan ditandinginya.

Beliau yang menghadiri majlis minum petang bersama kira-kira 300 penyokongnya di Kubang Semang petang tadi berkata, keputusan akan diumumkan di dalam ceramah umum di Taman Pauh malam ini.

"Saya akan menghubungi beberapa pemimpin tertinggi untuk berbincang sebelum membuat keputusan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membayangkan akan bertanding di Parlimen Tambun bagi mengukuhkan tiga kerusi yang dikuasai PR iaitu Parit Buntar, Bagan Serai dan Gopeng.

"Ini bukanlah bermaksud yang saya tidak menghargai sokongan penduduk Permatang Pauh selama ini, namun tujuannya adalah untuk menguatkan lagi sokongan di sana," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengesyorkan Ketua Srikandi Keadilan Malaysia, Siti Aisyah Shaik Ismail sebagai calon sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun.

"Ia merupakan salah satu cara untuk mengukuhkan kedudukan di sana dan saya percaya sokongan padu tetap akan diberi penyokong sempena pilihan raya kali ini," katanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive