Sempena dengan lawatannya ke Pulau Pinang hari ini, Najib
telah mengumumkan Pengerusi Barisan Nasional yang baru bagi menggantikan Koh
Tsu Koon..
Perlu kita ketahui secara tradisinya dalam Barisan Nasional,
Pengerusi Barisan Nasional akan secara automatik dilantik sebagai Ketua Menteri
jika UMNO/BN berjaya menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.
Seperti Koh Tsu Koon yang kebanyakkan pencacai UMNO anggap
sebagai Melayu kerana mereka melabel Guan Eng sebagai seorang Cina, aku percaya
Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru ini juga dianggap sebagai Melayu oleh
mereka.
Ini kerana selepas PRU12 yang lalu apabila Kerajaan Negeri
bertukar tangan ramai pencacai-pencacai UMNO yang sedih berkata “Baguihla..
hangpa dah bagi Negeri ni kat Cina..”.
Dari ayat yang aku dengar itu maka bolehlah aku tafsirkan
kerana bebal Koh Tsu Koon itu telah dianggap sebagai Melayu oleh pencacai
UMNO..
Perlantikan oleh Najib ini juga menjelaskan kepada kita
bahawa di Pulau Pinang ini UMNO hanya layak untuk dipimpin bukannya menjadi
pemimpin.. sesuai dengan kata-kata Tun Mahathir yang mengatakan “hanya yang
bodoh menyertai UMNO kini”.. tak percaya baca kat ( SINI )
Oleh itu… Tahniah Najib!! Kerana telah melantik Melayu? Sebagai
Pengerusi BN Pulau Pinang.. HIDUP MELAYU!!!
Err.. hairan jugak aku bagaimana pemimpin dari Parti yang
hidup segan mati tak mahu ini boleh diterima untuk memimpin sebuah parti yang
mendakwa mereka kuat di Pulau Pinang?
Apa pula kata Zahid Hamidi yang suatu masa dulu telah berkata UMNO wajar menjadi Pengerusi BN Pulau Pinang kerana hanya wakil UMNO yang memenangi semua kerusi yang ditandingi BN di Pulau Pinang?
Apa pula kata Zahid Hamidi yang suatu masa dulu telah berkata UMNO wajar menjadi Pengerusi BN Pulau Pinang kerana hanya wakil UMNO yang memenangi semua kerusi yang ditandingi BN di Pulau Pinang?
SU Agung Gerakan Pengerusi BN Pulau Pinang baru
Beliau berkata, pelantikan bekas Exco Kerajaan Negeri itu, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar berkuat kuasa hari ini.
"Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini.
"Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini," katanya.
Najib membuat pengumuman itu dalam ucapan pada majlis perjumpaan dengan anggota jentera pilihan raya pusat daerah mengundi (PDM) di Bukit Jawi Golf Resort di sini hari ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang.
Pada November lalu, Tsu Koon yang juga Presiden Gerakan mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan dengan itu dirumuskan bahawa beliau pada prinsipnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.
Sinar Harian
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!