Gabungan
Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menerima khabar bahawa polis telah
mengulangi langkah memohon perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan
BERSIH 3.0, yang bakal berlangsung pada 28 April 2012.
Di samping itu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein bersikap keras untuk memberi amaran kepada BERSIH, bahawa polis akan mengambil tindakan yang perlu seandainya penganjur meneruskan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April.
Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Wong Chin Huat menulis dalam laman sosial Facebooknya, bahawa polis telah memperolehi perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan Duduk Bantah BERSIH 3.0.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Wong Chin Huat berkata pihak polis telah meminta media cetak utama untuk menyediakan ruang iklan, agar menyiarkan senarai nama orang yang diharamkan untuk berada di lokasi perhimpunan.
Bagaimanapun,
Wong Chin Huat menghubungi MerdekaReview kemudiannya, bahawa polis
tidak sempat untuk memperolehi perintah mahkamah, agar senarai tersebut boleh
disiarkan pada hari esok.
Sebagaimana yang diketahui, berbeza dengan 91 nama yang terkandung dalam belasan helai kertas A4, senarai kali ini hanya memuatkan tiga helai kertas A4. Pada 7 Julai 2011, pihak polis berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 orang daripada memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur, termasuk Pengerusi BERSIH Ambiga S, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim dan lain-lain. Senarai tersebut juga disiarkan di media pada ketika itu.
Sebagaimana yang diketahui, berbeza dengan 91 nama yang terkandung dalam belasan helai kertas A4, senarai kali ini hanya memuatkan tiga helai kertas A4. Pada 7 Julai 2011, pihak polis berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 orang daripada memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur, termasuk Pengerusi BERSIH Ambiga S, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim dan lain-lain. Senarai tersebut juga disiarkan di media pada ketika itu.
Ketua
Polis Negara Ismail Omar gagal dihubungi setakat ini untuk mengulas khabar ini.
Tindakan perlu jika perhimpunan di Dataran Merdeka
Di
samping itu, menurut laporan BERNAMA, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin
Hussein berkata polis akan mengambil tindakan perlu daripada aspek keselamatan
sekiranya penganjur tetapi berdegil untuk meneruskan niat mengadakan
perhimpunan di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini.
"Kita
sudah bertolak ansur dan telah memberikan alternatif kepada mereka untuk
mengadakan perhimpunan di tempat lain.. jika mereka berdegil jadi terserah
kepada polis (untuk ambil tindakan perlu)," kata Hishammuddin Hussein.
Beliau
berkata polis bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara dan
tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
"Saya
harap pihak penganjur dapat berhimpun di tempat alternatif yang ditawarkan atas
semangat transformasi politik dan perubahan yang dilakukan kerajaan, jadi semua
pihak perlu menyumbang ke arah pembinaan demokrasi sihat dan matang,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ditanya
apakah tindakan yang mungkin akan dilakukan polis sekiranya perhimpunan yang
dianjurkan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu tetap diadakan di
Dataran Merdeka, Hishammuddin berkata "ia bergantung kepada tindakan pihak
penganjur".
Katanya
polis juga sudah diarahkan bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan
berdasarkan kepada pengalaman berdepan perhimpunan sebelum ini.
Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini menolak permohonan penganjur untuk
mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana perhimpunan itu tidak bertaraf
nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat dan menawarkan Stadium
Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di
Cheras sebagai lokasi alternatif.
Hishammuddin
berharap pihak penganjur dapat menerima tempat yang ditawarkan kerana mereka
masih mempunyai masa untuk menukar lokasi perhimpunan itu.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!