Penjelasan dari Pemandu kereta Polis yang merempuh peserta BERSIH 3.0..


Anggota polis yang memandu kereta sehingga menyebabkan kemalangan dengan beberapa peserta perhimpunan BERSIH 3.0 mendakwa beliau tidak berapa sedar ketika insiden itu berlaku semalam.

Anggota berkenaan, Mohamad Kamil Paimin berkata beliau "keliru" setelah kehilangan banyak darah akibat dipukul di bahagian kepala dengan objek keras.


Ditemui pemberita di katil wad di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Kamil (kiri) berkata beliau kemudiannya tidak sedarkan diri dalam kejadian tersebut hanya sedar semula ketika selepas menerima rawatan.

"Saya tak tahu apa berlaku. Saya sedar-sedar saya dah ada di sini (HKL). Tapi yang saya pasti, kepala saya diketuk dengan objek keras," katanya.


Mohamad Kamil mendakwa, beliau yang dalam perjalan ke Dataran Merdeka daripada Pusat Latihan Polis itu sebelumnya diserang oleh peserta perhimpunan.

Katanya, beliau tidak melalui jalan alternatif kerana tidak mahir dengan selok belok jalan di Kuala Lumpur.

"Saya tak tahu situasi jalan di situ kerana saya orang luar. Saya dari Kuala Terengganu," katanya.

Turut ditemui di hospital berkenaan ialah jurukamera stesen televisyen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh, 28, yang turut terlibat dalam insiden berkenaan.

Katanya beliau melihat bahawa pemandu kenderaan polis itu sudahpun tidak sedarkan diri dan kenderaan itu terbabas sehingga melanggar orang awam.


Mohd Azri kemudiannya bertindak menghalang peserta perhimpunan tersebut daripada terus memukul anggota polis yang tidak sedarkan diri itu.

"Saya pun manusia. Saya fikir, manusia sesama manusia. Pegawai itu sudah tidak sedarkan diri. Jadi saya nak halang. Saya cuba nak tolong apa yang mampu.

"Yang saya sedar, ada yang pukul pakai topi keledar. Saya masa itu tutup mata dan mengambil langkah meronta supaya dapat lepaskan diri. Masa saya larikan diri, baru saya sedar yang kepala saya dah berdarah.

Mohd Azri juga berkata, beliau masih lagi belum memikirkan sama ada mahu membuat laporan polis atas insiden yang menimpanya.

"Saya menerima sembilan jahitan di luar dan enam jahitan di dalam di bahagian kepala... Saya akan fikirkan sama ada mahu membuat laporan polis atau tidak," katanya - Malaysiakini

Video mengenai kejadian..

  

Video ketika peserta BERSIH 3.0 mula dirempuh sila lihat di ( SINI )

15 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Two things. The people who threw things at the car look too aggressive to be Bersih participants. The driver when pulled out was wearing shorts and helmet. Is this another scripted DRAMA!

    ReplyDelete
  2. Hahahaha. The driver looks like an Indonesian. Try get him to speak and see.

    ReplyDelete
  3. Alhamdullillah . Akhirnya terbuka jugak hati ASD untuk berkata benar . Tahniah dan teruskan .

    Cuma aku ragu adakah komen diatas datangnya dari cina DAP ??? Takkanlah polis yang ditemani oleh maknya tu pun dikatakan orang Indonesia??? Lagi pun Muka Azri kat bawah tu pun tak nampak macam orang Indonesia .

    Atau mungkin samseng politik jalanan yang tidak memakai baju Bersih tu adalah perusuh yang diimport khas dari Indonesia . Nampak sangat mereka membelasah polis dengan Semangat Ganyang Malaysia. Tak mungkin seorang polis(SB)membelasah rakan polis mereka dalam satu operasi yang telah dirancang !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya mungkin boleh di negara Malaysia boleh. Seorang SB polis boleh pukul rakan polis lain., mereka ini sangat terlatih oleh Pulapol dan cekap...yg xpasti adalah adakah SB tu sanggup bunuh rakan polis dikhalayak ramai....kalau KGB CIA FBI agen2 luar negara semua boleh jadi...

      Delete
  4. lancau punya bershitApril 30, 2012 at 4:54 PM

    Anti pengecut- ko bercakap tak logik langsung..fakta sampah..

    ReplyDelete
  5. hang memang pukimak, kalau aku pemandu polis tu dah lama hang mampus aku tembak.nasib hang dapat polis yang sabar!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Akupun fening. Kata dreber pakai topi kledek. Tap I boleh Ken a ketuk sampai berdarah.
    Kata take sedar diri lepas diketuk... dalam ribuan manusia tu tak Ada ke gambar dia Ken a ketuk?.
    Atau dia Ken a ketuk sejak dari dalam balai lagi.....

    ReplyDelete
  7. senyap terus kan kes ni, xdapat pusing dh kot rakyat, jelas lagi terang peserta BERSIH yang mengganas, beremosi

    link video sblm kejadian melanggar peserta:
    http://www.youtube.com/watch?v=EWCZHdqftzo

    ReplyDelete
  8. Bersih 3.0 gagal! rakyat makin menyampah pada anwar ibrahim. even penyokong bersih dah fed-up dgn anwar dgn campurtangan plotik dalam bersih.seorang aktivitis bersih dihalau keluar oleh anwar bila bertanya kpd anwar. apa ini demokrasi ala-anwar?
    jgn kata PRU tak adil bila Pakatan sendiri yg buat tindakan yg salah!

    ReplyDelete
  9. Driver tu 2org,yg satu keluar pakai helmet,keluar as soon kereta tu berhenti,kena taboh sampai jatuh,tapi ada org tlg dia bolos diri,tapi dia kembali naik moto lari,tanpa helmet..kenapa dia tak gi kat ambulan...any one can c'firm..

    ReplyDelete
  10. lancau si lancau nasib ko lah umngok..

    ReplyDelete
  11. dari apa yg saya tahu, yang "PAKAI HELMET" tu bukan driver a.k.a polis yang macam korang tuduh, nama dia azri, "REPORTER"... sebelum tuduh macam2, tengok dulu semua video berkaitan insiden tersebut, cuba tengok betul2, lepas diorang tarik dan belasah Azri tu, ada pendemo lain bawa keluar "polis yg cedera dari seat driver" , jgn judge dari 1 video saja.. nk tau lagi cari artikel "apa salah azri".. wassalam
    *ingat.. apa yg kita tulis/cakap, jika salah, jatuh fitnah.. dosa besar.. wallahualam..

    ReplyDelete
  12. lu pikir sendiri ..siapa betul dan siapa yang salah.. Bagi aku yang melangar tu salah.

    ReplyDelete
  13. mcmana polis tu boleh kena pukul seorang diri kemudian boleh naik dan pandu kereta.

    apa bukti yg pukul tu peserta bersih?

    takkan dlm keadaan perhimpunan polis tu jln sorang2 diri. jkalau kena pukul mestilah polis lain tolong dgn lajunya.

    byk persoalan tk logik.

    memang nampak ada perancangan utk nampak lebih ganas lagi kali ini. maka video serang kereta polis pun ditayang setiap hari.

    Bersih berjaya buktikan umno tidak bersih kerana gunakan polis dan penyamar polis utk cetus huru hara.

    jika peserta nk cetus huru hara, KL sudah terbakar dah. peserta berada disetiap jalan dan lorong celah2 kedai di KL....

    kalau semua agresif darurat dh KL.

    umno memang tk berakal dan berniat jahat.

    takkkkkaaannn lah umno nk biar perhimpunan tu amaan saja.

    mestilah mereka nk cetus huru hara utk alasan menekan PR.

    apa malu nk mengaku umno hoooii!

    bukan sehari dua rakyat kena umno...parti munafik.

    ReplyDelete
  14. Masa student dulu..saya sokong dan minat ngan umno dan BN..bila dah kerja..masih suka lagi..bila tv3,b. harian dan uts msia buat berita bohong setiap hari..saya jadi makin jauh dan terus benci umno..tiada lagi undi untuk BN dari saya..ramai lagi mcm saya ni rasanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post