Nak tahu siapa rempuh pagar dan sekatan Polis? Baca apa SU UMNO tulis diwall FBnya ini...


Gambar yang disiarkan oleh Jeebond dari Blogpolitik mempersoalkan sipakah lelaki-lelaki yang tidak memakai ‘T’ Shirt BERSIH tetapi mengenakan jacket yang membuka halangan yang telah didirikan oleh pihak DBKL di sekitar Dataran Merdeka.


Tindakan mereka yang mengalihkan atau membuka halangan tersebut telah menyebabkan para Peserta BERSIH 3.0 memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Akibatnya tindakan dari Pihak Polis bermula maka berbagai berita yang buruk tentang Himpunan BERSIH 3.0 disiarkan oleh Media yang dikawal pihak UMNO/BN.

Antaranya adalah berita seperti di bawah..

KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.

Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.

Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.

Tindakan ganas kumpulan itu bermula apabila mereka merempuh benteng pasukan polis yang berbaris di depan pusat beli-belah KLCC kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga mengakibatkan beberapa anggota polis mengalami kecederaan – Lidah Rasmi UMNO

Dalam ramai dari kita yang tertanya-tanya.. tiba-tiba muncul Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak yang juga dikenali sebagai Sang Kelembai membuka cerita..

Bacalah apa yang di tulisnya dalam wall FB miliknya ini…


Dalam mengatakan orang lain bodoh.. dia sendiri mempamirkan kebodohannya kerana terlalu bangga untuk menceritakan rahsia yang sepatutnya dirahsiakan beliau mendedahkannya kepada umum..

Patutlah Mahathir kata hanya orang bodoh kini bersama UMNO... benar rupanya.. 

Ini pula satu dari contoh yang dinyatakan oleh SU UMNO kat atas tu..


Gambar ni aku dapat dari Edyes

20 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ha ha ha.. tgk gambo polis tu teringat kata2 sudin dlm pendekar bujang lapuk. alif tendang mim, nun tendang wau. Zaman p.ramlee lagi dah suruuh tolak umno. Fikir-fikirkan la

    ReplyDelete
  2. thanks for giving out the info to the public! bravo admin!

    ReplyDelete
  3. Anti Polis LahanatApril 29, 2012 at 10:29 PM

    rakyat dah tahu pun yg dlm peserta Bersih ada SB polis berpakaian awam join perhimpunan sama....
    dulu kat Kg Baru polis jgk yg bakar kenderaan untuk nampakkan demonstrasi tu ganas....
    gelak ketawa lar penyokong UMNO BN...jilatla Najis Razak dulu kini selamanya....konon2 bijak la....mari kita tengok kezaliman korang lebih bijak dari Allah SWT.....adakah korang rase Allah SWT pun gelak berbangga dgn kejayaan provokasi korang tu?....adakah dgn kejayaan provokasi korang tu akan mendapat balasan syurga di akhirat?....adakah Allah SWT kowtim dgn BN UMNO jika banyak nyawa rakyat mati disebabkan provokasi korang tu??? Bangal punya UMNO BN!

    ReplyDelete
  4. Dalam sebuah kapal (umno), nakhoda dah tau awal2 kapal nak tenggelam, cuma pecacai jerr yg leka lagho tak sedar diri. pemimpin umngok dah prepare awal2 beli rumah kat oversea, umno kalah diorang lari tinggalkan balaci kokok berderai2, ekor bergelumang tahi.

    ReplyDelete
  5. dalam dunia ini hanya 2 negara yg guna gas pemedih mata & memukul wartawan, pendemo iaitu israel & malaysia..kau org cakaplah @ kutuk mereka akan buat tak tahu jer macam polis yahudi agak2nya mcm berjaya jer apco kat pdrm

    ReplyDelete
  6. gambar last tu yg aku sgt suka... tpt berlainan dengan aksi yg berlainan... mimik muka polis tu sedikit pun x berubah...sangat2 likeeee...

    ReplyDelete
  7. Yg gambar pasal last tu saya terbaca satu artikel mengatakan yg dia tu memakai gelang kuning semasa belasah polis trafik tu. lagipun, dia tak memakai baju kuning atau hijau, sama je dgn taktik PDRM yg diceritakan oleh SU UMNO Bdr Tun Razak tu. Orang yg sama ke tak, saya tak pasti.. rasanya lain orang. tapi muka cam bangla, polis import kut.. Hasil pemutihan PATI.
    Pasal posting SU UMNO tu, entah² nanti dia cakap facebook dia kena hack pulak, orang proBersih yg tulis. Jadi, cepat² baca, screencopy atau bagi tahu je kekawan semua.
    Terakhir, saya ingin mengucapkan takziah kpd mereka yg terkorban. Mereka yg tercedera tu, termasuk polis, cepat²lah sembuh.
    BERSIH! BERSIH! TERIMA KASIH!

    ReplyDelete
  8. Polis sila cari orang2 yang langgar baricade dan bangla tu... Senang jer nak cari, ada dalam balai nko orang...

    ReplyDelete
  9. Mana pi habis puak2 bn. Terus senyap ka? Mau tidak bukan main kutuk asd. Bila bukti dah terang lagi bersuluh terus hilang. Minta asd dptkan lagi gambo anjing bn yg pakai wristband kuning. Kasi tunjuk kebodohan bn. Bersih. Bersih. Bersih

    ReplyDelete
  10. alasan polis bertindak krn peserta buka halangan dataran merdeka yg dh seal. tertanya gak identiti org yg buka halangan tu btul2 peserta Bersih atau anasir2 2 yg menyamar utk mulakan kekecohan supaya polis boleh mula bertindak kerana peserta telah melanggar arahan.

    bermula dari sinilah keganasan bermula. spt biasa media2 barua BN menyalahkan 100% kpd peserta & penganjur BERSIH. dgn keganasan yg berlaku tdi adale alasan polis utk mengharamkan apa2 siri perhimpunan BERSIH & seumpamanya pd masa akan dtg dgn mengambilkira kekecohan yg timbul dlm BERSIH 3.0 utk mewajarkan alasan larangan ini.

    ReplyDelete
  11. Bayangkan gambar anjing polis tu letak jadi berita utama akhbar bn. Ha ha ha . Mau terkencing najib dgn sepupu dia. Harap agar harakah dgn keadilan jadikan tajuk utama utk isu minggu ini. Dan ada ahli parlimen yg boleh membawa isu tergempar ini dlm sidang parlimen.

    ReplyDelete
  12. Entah lah knape org yg bernama zahrin dan zaharin ini tak berotak .. yg komen pun tak cerdik ... konon rahsia ..

    Hal Polis buat kerja kotor masa perhimpuanan ni pro Pakatan dah tahu So rahsia apa nya? Dulu masa reformasi siap video tunjuk Polis dikepung dan Pegawai tu terpaksa melepaskantembakan amaran. Yg zaharin tu ckp bukan nya rahsia tp PENGAKUAN.

    Skg org ambil gambar bersepah. Bila Polis mulakan provovasi ke atas Polis ..apa lagi Pucuk dicipta Ulam mendatang lah. Kalau tidak,.. tak de sesiapa pun yg akan mulakan dan tak de kemuncak spt Tahun Baru tak de bunga api.

    Dan selesai perhimpunan akhirnya Polis jugak yg di salahkan.. Hehehe Sb yg mulakan ialah Polis sendiri.

    dr pandangan aku adalah lebih bijak perhimpunan ini dibenarkan dibuat di Dataran Merdeka.Sb masalah Polis yg aku nampak pd hr itu ialah Polis hny boleh menembak di depan sdgkan di belakang org berkumpul .. tembak lagi di depan org berundur kebelakang.. tu sb perhimpunan yg bermula dr 11 pg selesainya 6 ptg.

    ReplyDelete
  13. huh aku tak percaya yg dlm gambor tu pulis....sbb sah sah aku pun pelik kenapa puak pakatan haram tak percaya dgn video aljub dan chinadoll

    hahaha hahahah

    tahniah
    pendemo bersih baik
    pendemo bersih sopan
    pendemo bersih murni
    pendemo bersih aman
    hahahaktuih

    ReplyDelete
  14. Anti Polis Lahanat 10:29 PM

    JANGAN kamu samakan sifat Allah SWT dengan sifat manusia,
    Kalau kamu seorang Islam, bertaubatlah.
    Nak komen tu agak agak laaaa...
    Menggunkan perkataan Allah & Nabi dalam komen komen kita, hati hati sikit takut takut kita tergelincir dari landasan.
    Maaf yaaa....
    Mudah mudahan Allah buka hati kamu pada.....
    Amin.

    ReplyDelete
  15. Ganas betul puak pakatan ni !
    tak layak diberi kuasa.

    ReplyDelete
  16. Percaya puak amnot lg ganas bila hilang kuasa nanti..

    Ini baru sikit sikit Allah ambil kuasa dr puak amnot..

    lihat lah sendiri dng mata iman tanda tanda org hilang kuasa..

    ReplyDelete
  17. cian sunguh org Melayu.
    yg berdemo BERSIH org Melayu.
    yg tembak gas polis Melayu.
    yg kaki provok SB Melayu,
    yg naik hangin bngsa Melayu.
    yg nulis blok org Melayu.
    yg pengulas goblok pun Melayu.
    yg dikutok org Melayu,
    yg mengutok juga Melayu.
    Mentri2 kabinet Melayu.
    Exco2 pun ramai Melayu.
    Ketua2 ajensi org Melayu.
    Ketua2 kg pun Melayu.

    Sultan2 Melayu.
    Raja2 mesti Melayu.
    Agong x sah jika bukan Melayu.

    54 thn merdekanya Tanah Melayu.
    Bercako sokmo Melayu dgn Melayu.

    Apa jdi Melayu.
    Melayu yg semakin layu.
    sapa pimpin Melayu.
    UMNO parti Melayu.

    UMNO sedar tak?
    Siapa jdikn Melayu berontak?
    UMNO sekadar memekakkan badak.
    Kerna UMNO Umat Melayu Naif Otak.
    Baik monyetnya dri katak.

    ReplyDelete
  18. Saya nak jwb komen Tok Wan Penchen terhadap komen Polis lakhnat dgn mengunakan perkataan Allah & Polis, Saya pelik Tok Wan Pencen nak berlaggak jadi Tuhan, saya pun curiga apa mazhab dia, apa tariqat yg dia amalkan , kenal ke dia Allah dng sebenar2 kenal ,kenal ke dia Muhammad saw, ini ruang komen syber yang tak menyentuh ke Esaan Ilahi, Alam ni milik Allah , sbb Allah tidak berkehendak kpd makhluk sbb Allah itu Maha Agong Maha Adil .Tidak ada kuasa mutlak manusia diatas muka Bumi ini.Soalan ? Apa Neraka dan Syurga untuk dipersenda oleh Makhluk ? Apakah Allah itu pencacai kpd manusia untuk mohon ampun bila dah berbuar fasad dan mungkar terhadap kpd hamba hambanya yang ikhlas. Allah tidak zalim mengapa manusia berbuat zalim.Firaun dan tenteranya dibenam didasar laut olen Musa as berseoranagan. Bihaqi Laillah 'Aillallah Wa Bihaqi Muhammad Wa'alii Muhammad Wa 'Ajir Farajahum.Wa'Lakhnatullah 'Aada'allah Hi Zalimihim Minal Awalin Wal Akhirin.

    ReplyDelete
  19. yang buka pintu pagar tu gembala lembu...untuk halau lembu-lembunya masuk kandang...tapi malangnya tersalah kandang pulak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post