Menjelang BERSIH 3.0 : Malaysiakini diserang DDOS!!


Server Malaysiakini diserang lagi menjelang berlangsungnya perhimpunan duduk bantah BERSIH 3.0 di ibunegara esok.

Pembaca dan pelanggan, terutama mereka yang menggunakan laluan antarabangsa seperti telefon Blackberries, tidak dapat mengakses Malaysiakini sejak jam 5:30 petang ini.

Serangan tersebut yang dikenali sebagai serangan penafian perkhidmatan (DDOS) - melibatkan penggunaan sejumlah besar komputer untuk membanjiri server Malaysiakini dengan trafik 'sampah', mengakibatkan kesesakan laluan yang menafikan akses kepada pengguna yang sah.

Serangan tersebut biasanya dilakukan oleh sindiket antarabangsa yang dibayar untuk mengganggu lamanweb yang disasar.

Malaysiakini berdepan dengan serangan yang sama April dan Julai tahun lepas, masing-masing semasa pilihan raya negeri Sarawak dan perhimpunan BERSIH 2.0.

Pasukan teknologi Malaysiakini sedang mengkaji corak serangan dan akan mengambil langkah-langkah untuk menanganinya.

Pengguna tempatan yang terjejas dengan perubahan tersebut juga boleh melayari www1.malaysiakini.com dan www2.malaysiakini.com jika kehilangan akses dengan lamanweb utama Malaysiakini.

Pengguna juga boleh melayari www.facebook.com/malaysiakini untuk maklumat terkini mengenai serangan DDOS tersebut.



Malaysiakini

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post