Buku NDI juga diguna komponen BN - Merdeka Center



Sebelum ini Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR dan menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.


Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama - fitnah sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Cuba korang baca apa pula kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center pasal buku NDI kat bawah ni..

Merdeka Center: Buku NDI 'bukan bahaya'

SHAH ALAM - Buku panduan terbitan National Democratic Institute for International Affair (NDI), yang didakwa digunakan oleh PKR bagi menerapkan kempen kebencian untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui cara yang tidak demokratik bukan sesuatu yang 'membahayakan keselamatan" sehingga perlu dirisaukan oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahiam Suffian berkata, buku panduan itu digunakan di kebanyakan negara dan beberapa parti komponen BN juga menggunakannya untuk menghadapi pilihan raya.

"Saya pernah tengok kandungan buku panduan ini. Tidak ada apa-apa yang membahayakan keselamatan, malah ketika memberi ceramah kepada sebuah parti politik BN, saya juga ada melihat buku panduan ini digunakan," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Katanya, buku panduan itu pada asalnya diterbitkan dalam bahasa Rusia oleh NDI dan kemudian diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, PKR menafikan dakwaan Umno bahawa pihaknya menggunakan buku panduan pilihan raya, agensi asing yang menerapkan 'kempen kebencian' untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan buku panduan yang digunakan oleh parti itu hanya menerangkan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya.

Menurutnya, buku panduan itu tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa Umno.

Setiausaha Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan penggunaan buku itu bertujuan untuk menerapkan ‘kempen kebencian’ terhadap pemimpin negara dengan membangkitkan isu tidak relevan.

Antara kandungan buku itu, termasuk menyebarkan dakyah bahawa kononnya tiada kebebasan media dan beragama di Malaysia.

Nik Nazmi berkata, Umno tidak seharusnya memandang rendah keupayaan rakyat menilai baik dan buruk tindakan yang dilakukan oleh sesebuah parti.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya memandang serius dan memantau penggunaan buku panduan pilihan raya NDI itu.

Katanya, pemantauan yang dilakukan lebih kepada keselamatan rakyat dan negara.

Ibrahim berkata, kandungan buku panduan NDI yang dimaksudkan boleh dimuat turun dari laman web pertubuhan bukan kerajaan itu.

"Malah kita pun boleh mendapat pelbagai jenis buku panduan pilihan raya dari portal buku atas talian Amazon.com.

"Kandungan buku panduan NDI lebih berstruktur, jadi ia akan diubah mengikut keadaan sesebuah negara, ada perkara yang sesuai untuk sesebuah negara seperti Amerika Syarikat, tidak sesuai di Malaysia, sebab sistem politik berbeza," katanya lagi.

"Bagi saya ia tidak ada apa-apa keistimewaan pun," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau ada melihat buku panduan yang digunakan oleh PKR, Ibrahim berkata, "tidak."

"Saya tidak pasti," katanya apabila ditanya sama ada kemungkinan PKR telah mengubah suai kandungannya berbanding kandungan asal.

"Bagi saya buku panduan ini sesuatu yang biasa. Tidak perlu KDN pantau kerana ia hanya akan membuang masa dan tenaga, tidak ada yang perlu dirisaukan," kata beliau.


Sinar Harian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

13 comments

comments
manspecs
March 16, 2012 at 5:18 PM delete

BN mmg suka mmbuang masa pun. Pantau sana-sini. Tapi kawasan skolah rendah kecil dari khumah mentri plajaran tak pula di pantau nya.

Reply
avatar
March 16, 2012 at 9:07 PM delete

Merdeka Central tak tengok pun buku NDI tu . Apatah lagi mengkaji kandungannya .

Persoalannya kenapa perlu penceramah dari German dan Amerika ?? Siapa yang membiayai kursus PKR tu ?? Apa imbuhan yang NDI dapat ??? Apa kandungan yang diceramahkan kepada kader-kader PKR oleh NDI ???

Berkursus bukan main lagi . Siap import modul dan penceramah lagi . Tapi buat apa kaalu rakyat susah dan sengsara akibat banjir di kawasan PKR sendiri pun diabaikan. Pulak tu curi nasi untuk jamuan kenduri kawin untuk jamu selera program PKR. Apa jenis parti politik macam ni

Reply
avatar
Anonymous
March 16, 2012 at 11:23 PM delete

si bodoh 9.07pm telah muncul...

hujah tetap basi macam dulu.. la ni kerap tak muncul.. bila muncul, macam sial bangangnya..

apa2lah setannnnn

Reply
avatar
Anonymous
March 16, 2012 at 11:35 PM delete

bodoh 9.07pm .. dah lah bodoh tp pandai pulak buat fitnah. kan dia kata '"Saya pernah tengok kandungan buku panduan ini. Tidak ada.....' mandoh-mandoh kau kata MC tak tenguk buku tu...

Reply
avatar
Anonymous
March 16, 2012 at 11:45 PM delete

tu sb pemimpin PKR ada integriti dan kemampuan yg hebat sb penceramah kita org dr German dan Amerika.

Penceramah umnot. ezam, ummi, roslan kasim, zul kulim, peg kanan kjaan yg pencen (BTN/Taklimat kpd kktgn kjaan) dan terakhir dan terkini Hassan Ali. Pandai ckp psl fitnah dan psl anwar je.

Reply
avatar
penternak_lipan
March 17, 2012 at 3:49 AM delete

penganutbas lembu
sian kat hang....tak kan hang terlupa kot.yang perhimpunan agung umno baru2 ni..ada jemput pemerhati komunis dari china.apa kes...?siap ada memorandum persepahaman lagi antara komunis cina dengan umno.

hang pun tau tajuk NDI tu.aku rasa hang pegang buku dia pun tak pernah..anyways seperti aku cakapkan..aku lebih percaya berita dari Pengarah Eksekutif Merdeka Center dari mendengar ayat melalut standard macai cari makan mcm hang ni.

p/s: hang dah claim ka entry2 hang untuk pertengahan bulan mac ni? baru menyalak aja tgk..kalau tidak 4-5 hari diam.tak masyuk lagi kot masa tu.

Reply
avatar
Anonymous
March 17, 2012 at 8:38 AM delete

Yang Umno mengunakan modul dari APCO tu apa hal..bayar pulak tu

Reply
avatar
Anonymous
March 17, 2012 at 10:20 AM delete

Hoi... Mat Zin usah nk jadi herolah... Dasar parasit penghisap darah... Aku tau kalu bukan pertolongan KUB dulu utk sumber kewangan ko lingkuplah hayat politik ko . Sbg imbuhan dptkan kontrak minta komisen 10% from contract value 60 m... Masa mula2 contract awarded minta pi south africa trip bawa bini no. 2.... aku yg keja kat KUB akibarnya takde increament n bonus 3 tahun....aku tuntut hak aku nnti kat akhirat

Reply
avatar
March 17, 2012 at 4:08 PM delete

kalau betul pkr nak gulingkan kerajaan ngan cara x demokratik (nak ckp kekerasan la tu)... apa lagi... tangkap la nuar tu... haramkan la pkr... tarik balik la darjah kebesana yg nuar dapat... buat la suma tu... apa dia??... x cukup bukti... walauuuweiiii... intel BN/UMNO punyer la terrer... x kan x dpt bukti2 lgi...

Reply
avatar
Anonymous
March 18, 2012 at 12:25 AM delete

"Saya pernah tengok kandungan buku panduan ini. Tidak ada apa-apa yang membahayakan keselamatan, malah ketika memberi ceramah kepada sebuah parti politik BN, saya juga ada melihat buku panduan ini digunakan," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center ketika dihubungi Sinar Harian Online.

asal dengar cakap je, mesti terus percaya. asal orang komen kalau tak kena dgn angin dia je, mesti keluar perkataan babi, beruk, celaka, dan sebagainya.

Reply
avatar
poyo
March 18, 2012 at 1:13 PM delete

banyak sangat makan lembu gila...

Reply
avatar
zam
March 18, 2012 at 4:54 PM delete

Memang dah sahih PKR tu ejen zionis !!!

Reply
avatar
Anonymous
March 19, 2012 at 5:33 PM delete

Zam 4:5pm

Eluk lah tu. Kau mengiyakan yg kau di latih dah di beri ceramah yg diberi oleh Ezam Kotak. Nama pun Zam..

Mcm tu lah kalau mrk yg hadiri ceramah kursus oleh Penceramah umnot. ezam, ummi, roslan kasim, zul kulim, peg kanan kjaan yg pencen (BTN/Taklimat kpd kktgn kjaan) dan terakhir dan terkini Hassan Ali. Pandai ckp psl fitnah dan psl anwar je.

Dlm ceramah berulang ulang Anwar liwat. Anwar ejen zionis. Kenyataan yg lebih berupa tuduhan.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive