Bekas SU politik Nor Mohamed Yakcop hadapi 28 tuduhan



SHAH ALAM - Hasbie Satar, bekas setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 28 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan wang tunai berjumlah RM935,000 ke dalam akaun 11 individu termasuk anggota keluarganya.


Hasbie, 39, yang memakai sut kelabu membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di beberapa bank dan Tabung Haji di tiga lokasi iaitu di Salak Tinggi, Sepang, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya antara 4 Dis 2008 dan 18 Jun 2009.

Hasbie didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis dan Hazril Harun mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dan memohon kesemua 28 pertuduhan itu dibicarakan bersama.

Pihak pendakwaan turut memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang di mana tertuduh mempunyai satu lagi pertuduhan di bawah akta yang sama.

Permohonan di bawah Seksyen 165 Kanun Prosedur Jenayah itu dibuat atas alasan kesemua 28 pertuduhan tersebut melibatkan seksyen yang sama dan kebanyakan saksi adalah saksi yang sama dalam kes di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Pada 10 Feb tahun lepas, Hasbie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan memiliki wang daripada hasil aktiviti haram berjumlah RM2,134,656 dan dia dibebaskan dengan jaminan RM60,000 serta dua orang penjamin.

Peguam Y. Sheelan Samuagam yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM30,000 atas alasan jumlah yang ditawarkan pihak pendakwaan terlalu tinggi memandangkan anak guamnya telah dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM90,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes.

Beliau turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar kesemua 28 pertuduhan dibicarakan bersama tetapi menolak permohonan mereka untuk memindahkan kesemua kes itu ke Mahkamah Sesyen Butterworth. - Bernama

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
Anonymous
March 20, 2012 at 7:03 PM delete

AKU TAK FAHAM PULAK DENGAN TUDUHAN TU ' AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PEMBIAYAAN KEGANASAN' aku syak kira kira bermaksud duit hasil yang haram pusing sana sini , masuk keluar akaun bisnes bersihlah dia jadi halal boleh biaya penganas- samseng UMNO bila kempin PRU 13 nanti , Aku heran kenapa tak ada Akta Melindungi Wang halal Rakyat dari diharam kan dan jadi biaya beli hartanah.......Ini mahu kena Usul kat Parlimen ni ASD.

Reply
avatar
Anonymous
March 20, 2012 at 9:17 PM delete

Pokok persoalan yg tidak dijelaskan dari msna sumber wang yg mamat ni perolehi

Reply
avatar
fidel castro
March 20, 2012 at 10:14 PM delete

rasanya duit komisen yang di hantar keluar negara. kemudian dipinjamkan kepada para usahawan dengan berselindung sebagai oversea funder. dalam erti kata lain nak bersihkan duit haram ke halal

Reply
avatar
anak mat lela gila
March 21, 2012 at 9:47 AM delete

Dalam perbicaraan nanti ceritalah siapa yang suruh buat kerja ni...mungkin ada serigala menyorok belakang biri-biri...kalau biri-biri nak selamat ceritakan duduk perkara sebenar...apa takut...lepas PRU 13 nanti BN dah terduduk...tulang belakang...duit semua tak adaeeeee!!!

Reply
avatar
penternak_lipan
March 22, 2012 at 7:09 PM delete

transaksi duit oleh konco2 amenot ni lebih kurang macam cerita tamil sivaji the bos aje lakonan rajnikhant .duit siap disorok bawah atap genting lagi atas bumbung rumah...tapi sivaji transaksi wang haram untuk bantu rakyat miskin( ikut dari sinopsis cite tu la) tapi puak2 amenot haramjadah ni..transaksi wang haram untuk kepentingan diri.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive