Apa punya kenyataan Najib keluarkan ni??



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak terus berahsia mengenai bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.


Perdana Menteri berkata, melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

"Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini.

Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.

Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.

Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.

"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya, sambil menambah kata, ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya.

Menjawab satu pertanyaan, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.

Mengenai lawatannya ke Myanmar pada 26 Mac, Perdana Menteri berkata, lawatan itu akan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. - Bernama

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
najid
March 20, 2012 at 7:43 PM delete

Kwn aku kt pwtc bgtau lps bsidang ni parlimen bubar.undi mgkn bln mei.x tau btl ke x.

Reply
avatar
Anonymous
March 20, 2012 at 9:00 PM delete

tarikh dah tak mustahak , I guess by now kebykan pengundi dah tahu siapa mrk nak undi ...

Reply
avatar
Anonymous
March 20, 2012 at 9:45 PM delete

kenyataan najib adalah kenyataan orang bodoh songoi!!!

Reply
avatar
Anonymous
March 21, 2012 at 12:33 AM delete

kalau rakyat dah semakin bijak selain maklumat yg mudah di perolehi.. so apa problem nya bagi tahu tarikh praya. Pakatan dah bersedia. Rakyat pun dah Bersedia. Jadi maknanya Pakatan Rakyat dah bersedia. Tp akibat nya ialah palabur dr luar negara yg tertanya tanya.. nak labur skg ke atau tunggu?

Reply
avatar
naSib naJib
March 21, 2012 at 3:24 AM delete

Tak perlu berteka-teki tarikh pilihanraya, itu perangai budak2.
Di Selangor ceramah diadakan hampir setiap mlm, bendera parti tergantung di setiap simpang jalan & daerah. Pengundi dah tahu nak pangkah sapa.
JIB.. lu syok sendiri la.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive