Anwar guna ejen Yahudi pulakdah...



Setelah gagal meyakinkan rakyat Malaysia dengan cerita dongeng bahawa Anwar itu ejen Yahudi, kini pihak UMNO menukar strategi mereka.. daripada seorang ejen Yahudi, Anwar dituduh menggunakan ejen Yahudi pula..


Ya lah.. siapa nak percaya.. sekejap Anwar dituduh sebagi ejen Yahudi, kemudian ejen Amarika, kemudiannya ejen India, lepas tu ejen Cina, ejen Kadazan, ejen Iban, ejen Melanau dan berbagai-bagai ejen lah.. akhir sekali entah ejen apa tah..

Secara lojik jika benar Anwar itu adalah ejen-ejen yang dituduh UMNO dah lama Anwar mati ditembak..

Hari ini.. UMNO Selangor mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi membantu PKR merancang kempen dan jentera Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).

Aku kurang pasti mamat yang buat tuduhan ni berada dalam keadaan sedar atau tidak atau dia saja nak buat lawak sedangkan yang jelas bersahabat dengan Yahudi itu adalah UMNO sendiri..

Dan yang disahkan membayar Firma yang ada kaitan dengan Yahudi itu adalah UMNO juga..

Paling melucukan ialah bila mamat ni tuduh ejen Yahudi itu telah menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD) dan dalam sekretariat PKR.

Yahudi tu nak masuk melalui pintu Imigresen yang mana satu agaknya?? korang bacalah..


*******************************************

Umno dakwa Anwar guna ejen Yahudi gerakkan PKR

SHAH ALAM: Umno Selangor hari ini mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi membantu PKR merancang kempen dan jentera Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed berkata agensi itu, Yayasan Konrad Adeneur (KAF) membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).

KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims Conference berpakat menghasilkan ‘Perjanjian Luxemburg’.

Mohd Zain dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana pembangunan teknologi dan latihan kepada PKR.

Ini termasuklah pembabitan beberapa individu asing dalam sekretariat PKR yang memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai beberapa perkara seperti penyusunan propaganda, gerakerja Unit Khas DUN dan Pasukan Khas, Perisian SisMap (Sistem pangkalan data PKR) serta menggodam emel (terutamanya agensi kerajaan).

“KAF secara terbuka menaja Pakatan menghantar ahli-ahlinya menjalani latihan kepimpinan di German yang ditanggung sepenuhnya oleh KAF.

Kader asing

“Individu ini secara halus dilatih untuk menjadi kader asing yang berkhidmat dibawah PKR tanpa disedari mereka sendiri,” katanya dalam sidang media di Pejabat Umno Selangor di sini hari ini.

Selain KAF, Mohd Zain mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR dan menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.

Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.

“PKR menganggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk menghadapi pilihan raya nanti,” katanya.

NDI, salah satu daripada empat cabang NED diketuai oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeline Albright yang pernah menyokong Anwar semasa beliau dipecat.

Selain NDI, cabang lain ialah Institut Republikan Antarabangsa (IRI), Pusat Solidariti Buruh Antarabangsa Amerika (ACILS), dan Pusat Perniagaan Swasta Antarabangsa Amerika (CIPE).

“IRI dipengerusikan Senator John McCain, yang juga sekutu Anwar. Agensi-agensi ini merupakan proksi kepada golongan Yahudi Zionis,” katanya.

Beliau mendakwa agensi itu turut menggunakan kempen kebencian secara subversif apabila membangkitkan isu ‘Malaysia Spring’, Hindraf, dan isu Kristian semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sarawak tahun lalu.

“Menggunakan sentimen agama dan mewujudkan kebencian di kalangan rakyat bagi merampas kerajaan adalah satu kaedah yang paling primitif dan tidak bertamadun,” katanya yang mahu membuat pendedahan lagi pada masa akan datang.


Free Malaysia Today

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

14 comments

comments
Anonymous
March 14, 2012 at 12:22 AM delete

kita tunggu apa bukti yg depa nak bg.dlm berita td,ckp ada bukti.tapi tak tunjuk

Reply
avatar
penternak_lipan
March 14, 2012 at 5:55 AM delete

lawak pagi2 remang alahai.....tuan lembu mat zain oiii...dah kata pkr nak menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik..buat apa nak sediakan buku manual menghadapi pilihanraya lagik...ngok nyaaa hang niiii wahai lembu mat zain oiii..kalau dah jadi kitab..minta la KDN mengharamkan kitab tersebut mcm buat kat kitab injil berbahasa melayu..wahai lembu mat zain ngok.

Reply
avatar
rakus
March 14, 2012 at 7:22 AM delete

apa pun muka betina yang dok sebelah mat zain tu layak bubuh kaki...mcm sial kahkahkah

Reply
avatar
Anonymous
March 14, 2012 at 8:23 AM delete

Chop chop..

Buku dr NDI ni sebagai kitab tu masa praya 12 dah ada ke..?

Hello Hello bukan beruk kat hutan je yg terkejut Pakatan menang byk.. Yahudi Israel pun terkejut Pakatan boleh menang..

Jgn lah main main lagi .. Rakyat dah sedar.. dah bijak.

Reply
avatar
Viva Oren
March 14, 2012 at 8:35 AM delete

haha..lepas nie, mesti diorg ckp bro nuar ejen MLM, ejen tappeware, ejen ali cafe..

huhu..ejen ala2 james bond 007, x nk ke?

Reply
avatar
March 14, 2012 at 9:21 AM delete

Persoalan yang paling asas :

Dari mana PKR mendapat begitu banyak dana sejak 1998???

Untuk apa dan dari mana Datuk Soh Chee Wen membiayai ibupejabar PKR di Tropicana ???

Mustahil jika kutipan dana hanya bersumberkan dalam negeri tidak diketahui oleh umum.

Reply
avatar
Anonymous
March 14, 2012 at 1:35 PM delete

hoi penyokong pakatan haram cepatlah jawab apa yg ditanya si penganut paspispus tu hoi

Reply
avatar
Anonymous
March 14, 2012 at 1:56 PM delete

1998 PKR ada bnyak dana...buktikan

Reply
avatar
Anonymous
March 14, 2012 at 2:07 PM delete

UMNO selangor dihadiahkan rm2.71billion oleh Najiz menjelang PRU13 atas usaha mendapatkan kembali negeri terkaya di malaysia itu. Tapi dengan menggunakan duit persekutuan (mengambil kira kaum melayu bukanlah pembayar cukai terbesar) layakkah samseng2 dan pecacai2 UMNO khususnya di selangor menggunakan wang tersebut untuk tujuan pilihanraya? Maka tidak hairanlah jika laporan audit tahun 2012 akan datang ketitisan mungkin melebihi audit 2010 sebanyak 28 billion. Dengan beban hutang negara hampir setengah trilion pada permulaan 2012 (aku tak pasti puak2 pecacai tahu tak berapa kosong ada pada trillion) maka tidak mustahil malaysia akan jadi greece atau zimbabwe tidak lama lagi. Buat pecacai yang cuba pesongkan isu utama sekarang NFC, dan terbaru Shangri-la,korang dlm dunia cyber ni mcm cicak mengkarung ja. Hanya orang2 sedungu dan sebodoh anda semua akan termakan dakyah2 anda. Berapa sangat upah korang dapat?

Reply
avatar
Anonymous
March 14, 2012 at 4:26 PM delete

kalu menda tu metot tentu dah lama da dsai kena cekup... yang terang lagibersuluh tak sapa dari bnumno nak sebut... takut tak dapat carimakan ka

Reply
avatar
March 14, 2012 at 6:00 PM delete

Kalau bercakap pasal ketirisan dan Laporan Audit 2010 bacalah laporan ni :

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, daripada 229 lot perniagaan yang disewakan, 124 lot atau 54.1 peratus dikendalikan pekerja warga asing seperti Myanmar, Bangladesh dan Indonesia, 61 lot (26.7 peratus) oleh warga tempatan manakala 44 lot (19.2 peratus) ditutup atau tidak berniaga.

Kompleks Pasar Borong Selangor yang terletak di Seri Kembangan siap dibina pada Mac 2001 dengan kos RM25.28 juta dan mula beroperasi pada Mei 2001.

Pengurusan pasar borong ini menjadi aktiviti utama PKPS Agro Industries Sdn Bhd (PAISB), subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Inilah sebuah kerajaan yang cekap , bersih , berintigriti dan telus tapi sayang hanya diatas pentas ceramah sahaja . Hakikat yang pasti , mereka hanya melolong dan kecoh sahaja .

Reply
avatar
Anonymous
March 15, 2012 at 6:07 PM delete

Dah tak ada cerita lucah, cari lah cite Yahudi

Bangsat betul, Cukup cukup lah
kalau nak kuasa juga lawan lah macam orang beretika, ini macam orang kat Afrika

Reply
avatar
Anonymous
March 16, 2012 at 4:11 PM delete

Ko tolong tanye dsai...dia mo jadi ejen Mas pulok ko. Aku bleh kasi arga kaw-kaw punye.

Ramai jugo lombu dlm BN patutla kna tubuh NFC

Reply
avatar
Anonymous
March 19, 2012 at 8:30 AM delete

HQ Keadilan yg shoplot 4tingkat tu dipertikaikan lebih dari bangunan UMNO di PWTC. Sewa bulanannya tak seberapa klo nk dibandingkan dgn bil elektrik yg dibazirkan bagi menerangkan keseluruhan bangunan Umno tu. Duit siapa plak dibazirkn bagi mbayar bil TNB tu klo tak lain dan tak bukan duit rakyat!!!!!!.

Peruntukan 2.7bilion disalurkan untuk merampas Selangor tu pula dtgnya dari mana???? Klo dah dapat jgn rembat masuk poket plak.....setelkan dulu cukai pintu bangunan UMNO Bahagian Shah Alam( tu baru CUKAI pintu UMNO Bahagian sahaja.....diulangi, UMNO BAHAGIAN SAHAJA!!!!!) 800k tu yek?????

Berkenaan Laporan Audit Negara 2010 , benda ni dah lama dah. Sebelum 2008 lagi warga asing telah memonopolinya. Cuma laporan itu jelas selepas PR memerintah dan rakyat mandapat info secara telus. Zaman BN haram benda laporan ni nk ditunjukkan pada rakyat marhaen. Jangan pula asyik pertikaikan isu sebesar zarah sedangkan gajah yg telah menutup pandangan mata buat2 tak nampak.....

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive