Malaysia pembekal Minyak Masak kepada Israel.



Sebelum itu, ada sumber mengatakan selain dari membekalkan minya masak kepada Israel, Israel pula adalah agent atau pengedar minyak kelapa sawit Malaysia ke seluruh dunia, kira hubungan dagang dua hala lah ni.. tak apa korang baca yang ni dulu..


Berikut adalah kenyataan Media dari Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard yang yang aku tunggu dari pukul 12.00 tengahhari tadi, mendedahkan bahawa Malaysia adalah pembekal Minyak Masak kepada Israel..

***********************************************
Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

8 Febuari 2012

REGIM HARUS TAMPIL PERJELAS DAGANGAN SAWIT DENGAN ISRAEL

1. SAMM dengan ini menegaskan semula pendirian SAMM iaitu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Umat Islam wajib menentang Israel kerana isu penjajahan kiblat pertama umat Islam (al Aqsa) namun semboyan penentangan kepada Israel ini melangkaui isu agama dan harus disambut oelh semua kerana ia isu kezaliman dan penindasan serta penjajahan moden dengan mewujudkan negara haram Israel.

2. Isu hubungan Malaysia - Israel ini kembali menjadi perhatian apabila media milik Umno dan para pemimpinnya sedang giat menggunakan petikan kata-kata Anwar di WSJ yang berbunyi "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" untuk melakukan serangan bertubi pada beliau sebagai penyokong zionis.

Ketua Umum PKR itu turut mengeluarkan satu kenyataan mengecam pihak-pihak yang memutarkan kenyataannya dan menjelaskan bahawa beliau ada menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi ketika ditemubual oleh WSJ pada hari Khamis, 26 Januari 2011.

“Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati,” kata beliau, sambil menegaskan bahawa pendirian beliau selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

2. Malaysia sebelum ini secara hipokrit telah menipu rakyat Malaysia kononya negara ini tidak lansung mempunyai hubungan dengan Israel. Hipokrasi pemerintah negara telah dirobek apabila 7 November lepas melalui sidang Dewan Rakyat, SAMM den gan kerjasama dan melalui YB Er Teck Hwa, ahli Parlimen DAP Bakri telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel. Tidak boleh lari dari soalan yang turut disertakan dokumen beberapa borang kastam yang menjadi dokumen rasmi penghantaran/penerimaan barang dagangan Israel-Malaysia akhirnya YB Mukhriz Timbalan Menteri kemneterian Perdagangan Antarabangsa (MiTi) terpaksa mengakui bahawa hubungan dagang memang wujud tetapi hanya dagangan 'terkawal' melibatkan syarikat asing (Multi Nasional Company-MNC) yang beroperasi di negara ini. Ini kononya terpaksa diberi kebenaran atas menjaga kepentingan pelabur yang datang ke Malaysia. Mukhriz menyatakan selain dari itu tidak ada lansung hubungan dagang. Menteri (MiTi) YB Mustafa Mohamad lansung diam dan tidak berani memberikan kenyataan mengenai perkara ini. (KLIK SINI)

3. Tidak berpuas hati Er Teck Hwa bangun mencelah beberapa kali dengan menyebut ia bukan transaksi biasa. Er mendedahkan kewujudan borang JK 69 yang menunjukkan syarikat yang beroperasi di Malaysia mengambil barang (tidak siap) dari Israel dan kemudian memasangnya di kilang di Malaysia kemudian menjualnya sebagai produk dari Malaysia. Maka secara tidak lansung barangan Israel berjaya sampai dipasarkan ke negara yang memboikot Israel dengan bantuan Malaysia. Panik dan tidak mampu menjawab pendedahan Er Teck Hwa yang dibantu SAMM maka hasilnya Er Teck Hwa diarahkan keluar dari dewan.

4. Terbaru SAMM telah menemui beberapa dokumen membuktikan bahawa wujud hubungan dagang lain secara terus dan melibatkan syarikat Malaysia. Dua dokumen 'Booking Conformation' melibatkan dua syarikat dari berpengkalan di Johor telah didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung pelepas terus ke Ashdod iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 km dari Tel Aviv.

5. Dokumen ini telah didedahkan kepada wartawan dalam sidang media 8 Febuari 2012, 11.30 pagi di Komtar, Pulau Pinang.

6. Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda. Persoalannya adakah minyak hasil sawit peneroka Felda turut terlibat dihantar ke Israel ?

sumber : utusan bulan lepas

7. Hasil dari dokumen yang berjaya di akses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan Malaysia membekalkan minyak sawit ke Israel. SAMM yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran tetapi sehingga kini SAMM cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.

8. Jumlah penghantaran yang banyak ini bukan sahaja cukup untuk kegunaan domestik Israel, tetapi menyebabkan Israel mampu memasarkan semula minyak sawit. Malah sudah ada usaha Israel menyimpan stok minyak sawit dan jika ini tidak dikawal maka Israel pasti mampu menjadi antara pemain utama pasaran hadapan sawit maka ekonomi negara pasti terancam apabila Israel boleh mengawal harga. Banyak kali rakyat negara didera kerana kehabisan minyak sawit dipasaran tetapi dalam pada masa yang sama Malaysia dengan 'selamba' membekalkan minyak sawit ke Israel.

9. Lebih memeranjatkan terdapat bukti bergambar yang membuktikan 'pihak kerajaan' Israel juga telah hadir ke kawasan pelabuhan Malaysia untuk memastikan 'keselamatan' dan 'kebersihan' minyak sawit yang dihantar. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Malaysia diwajahkan langsung tidak punya hubungan dengan Israel ? Ternyata regim ini 'munafik' !

10. Satu surat rasmi akan dihantar ke MiTi untuk meminta penjelasan mengenai perkara ini. SAMM menuntut regim tampil memberikan penjelasan dan menghentikan segera semua bentuk hubungan dagang dengan Israel serta meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Palestin kerana sikap hipokrit Malaysia.

11. Mengikut laporan Kesatuan Eropah Malaysia merupakan negara ke 15 yang aktif membantu ekonomi Israel.

Sekian ;

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
http://www.anakmudamalaysia.com

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

14 comments

comments
Anonymous
February 8, 2012 at 10:55 PM delete

Anwar menjelaskan mengenai isu Israel "Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati"..

Anwar menyatakan hak rakyat Israel dihormati BUKAN pemerintah Zionis Israel dengan syarat kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Mungkinkah kerajaan zionis Israel akan menuruti kemahuan dan hak rakyat Palestin? Jika benar telah lama mereka melaksanakan sejak perjanjian tahun 1993. Maka jelaslah hubungan antara Israel dan PR tidak sama sekali akan berlaku kerana Israel sendiri begitu bongkak untuk menuruti kemahuan dunia apatah lagi dari Malaysia.

Namun lebih malang kerajaan sedia ada telah berurusan dengan Israel dari segi perdagangan semata2 untuk mendapat keuntungan yang 'tak seberapa' di dunia ini dan bagi mengumpul semula wang yang telah mereka bazirkan untuk diri dan keluarga mereka sendiri.

Reply
avatar
February 9, 2012 at 12:45 AM delete

Kan aku dah kata.. di mulut kata benci tapi di hati kata sayang, muahmuah dengan Israel.. memang kerajaan BN tak boleh dipercayai. Bukan ke sebelum ini Tun Mahataik ada menulis surat menyatakan tahniah kepada Pak Ehud serta sokongan kepada Israel. Dan dana pilhanraya tahun 2004 sebahagiannya adalah dari israel..

Kemasukan APCO dan Asiasoft secara senyap2 dan direstui oleh kerajaan menunjukkan kerajaan BN memang dah termakan budi dengan Israel.. sebab itu perdaganan minyak pun dibuat secara senyap2 agar rakyat tak tahu.. tapi rakyat bukan bodoh selama-lamanya.. cukup la sekali dua diperbodohkan..

PRU 13 nnti HARAM beri undi kepada BN

Reply
avatar
Anonymous
February 9, 2012 at 12:47 AM delete

.

kan aku dah cakap tu sbb pemimpin umno berani kutuk terang terang si israel ni..

sape tu hari yg bg maksud ayat al-quran yg menegaskan hendak lah engkau jgn bersekutu dgn yahudi dan nasrani..

Reply
avatar
Anonymous
February 9, 2012 at 12:50 AM delete

.

apa komen Tun M yg dianggap sbg pejuang pentas dunia yg berani mempertahan kan plasetine mengenai hal ini.

dia tak terkejut puuuuuun...

Reply
avatar
Anonymous
February 9, 2012 at 12:57 AM delete

.


Israel kejam.

UMNO lg kejam.

Minyak masak lesap dlm pasaran di Msia. Dan harga minyak akan naik.

jd Israel bunuh org palestin yg kejam ke. atau tp umno yg mengkhianati rakyat sendiri yg kejam.

Reply
avatar
penternak_lipan
February 9, 2012 at 4:21 AM delete

"unlimited used" yg ditawarkan oleh tun mahataik ni dan isu2 minyak sawit ini hanya boleh di jawap oleh penganutpaspispooen mak dia.sbb dia sebuk bab2 kapal fortillia mungkin penganutpaspispoen mak dia tahu maksud tersirat.bahawa agen yg ada dalam gambar yg didedahkan oleh SAMM itu hanya...super impose sahaja. apa2 hal pun...kita tunggu pejuang a.k.a penjilat jubuq mahataik bagi keterangan dalam sini nanti.

Reply
avatar
February 9, 2012 at 6:15 AM delete

Minyak dihantar ke sempadan thailand! dapat harga lebih mahal daripada dijual di dalam negeri sendiri.

Reply
avatar
Anonymous
February 9, 2012 at 7:17 AM delete

singkap terus kebobrokan dan pelacuran yg dilakukan dan sebarkan luas luas2 &^%#(%@( tapi otai2 kat kampung dan pendalaman memang totok gambar dacing ni yg susah aku harap agen2 PR buat roadshow kat tempat2 macam tu lebih kerap

Reply
avatar
Anonymous
February 9, 2012 at 8:21 AM delete

tuan asd maaf nyelit

nak ucap tahniah pada bang nuar yg kini popular di jepang sbg bintang

tahniah nuar

Reply
avatar
rakab BODOH
February 9, 2012 at 9:24 AM delete

Kerajaan umporno memang hyprocrite sekian lama dibawa mamakkuty lagi. Melayu tulen yg bodoh masih tak nampak! Bila nak bangun?

Reply
avatar
Anonymous
February 9, 2012 at 10:26 AM delete

anon 8.21.

hahaha.. video anwar yang rambut pendek dan perut boroi tu ke.. hahahaha tahniah kepada blogger yang membodohkan diri mereka sampai ke Jepang!!

Reply
avatar
Anonymous
February 9, 2012 at 2:02 PM delete

umno penipu umat islam malaysia, konon perjuangkan islam tapi menjadi musuh dalam selimut umat islam no. 1
pemimpin2 umno adalah terdiri dari munafiq dan fasiq.

Reply
avatar
November 5, 2018 at 6:10 PM delete


Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive