Hassan Ali jual kismis jampi?


Aku ingat semua penyokong UMNO ni gembira bila Hassan Ali menggunakan platform UMNO untuk menyerang PAS dan juga Pakatan Rakyat.. rupanya tidak.


Bacalah apa yang Blogger Pro UMNO ni tulis tentang Hassan Ali..

Lagi pasal jelajah Hassan Ali di Ampang..

Saperti yang aku janjikan,aku ulas sedikit tentang ceramah Hassan Ali yang berlangsung di Ampang malam tadi.Aku pada mulanya memang tak mahu turun membuang masa mendengar ceramah bekas motivator dan Pesuruhjaya Pas Selangor ini,tapi atas desakan beberapa sahabat AJK Bahagian aku turun lah juga.Semua pun tahu aku ini skeptikal sikit dengan karektor Hassan Ali dan pernah aku sarankan dia jual KISMIS JAMPI dari membuang masa menjelajah negara menerangkan sebab dia DITENDANG keluar Pas dan perjuangan IMR (Islam Melayu Raja) yang baru diilhamkan nya itu.

Memang sejak dipecat dari Pas aku tak pernah menulis atau membaca artikel tentang Hassan Ali ini malahan video video siri jelajah dia setakat hari ini yang banyak dipromo sahabat sahabat bloggers pun tak pernah aku tonton lagi.Hanya sekadar tertonton bila menonton Buletin Utama TV3 setiap hari,itupun klip klip pendek yang disunting TV3 untuk tujuan propa,jadi tak adalah aku ambil serious sangat apa yang dilalakan Hassan Ali hampir setiap hari.

Jadi misi aku turun ke Ampang Indah malam tadi adalah untuk mengikuti sendiri secara LIVE apa yang akan diperkatakan Hassan Ali yang aku rasa tidak akan banyak berbeza dengan apa yang telah dia perkatakan sebelum ini dalam siri jelajah nya.Aku berharap aku SILAP dalam membuat andaian aku terhadap dia sebelum ini dan mungkin malam ini akan mengubah PERSEPSI aku tentang susuk tubuh yang bernama HASSAN ALI.

Tapi setelah mengikuti ceramah penerangan/penjelasan Hassan Ali malam tadi,aku tambah menyampah dengan manusia bongkak dan hipokrit ini.Tiada apa yang diperjuangkan oleh Hassan Ali kecuali KEPENTINGAN DIRI dia sendiri dengan menjaja keburukan Pas yang dianuti dan didakapi nya selama bertahun tahun.Persetan lah dengan alasan PERJUANGAN DEMI MENEGAKAN AGAMA TOK NENEK yang konon nya menjadi sebab mengapa dia DISINGKIR Pas!Semua nya sembang kosong dan terlalu plastik pada aku.

Hassan Ali tidak lebih dari PEMECAH MELAYU dengan agenda KUASA KETIGA dan NGO JATI yang bakal dia lancarkan pada 21 Feb ini.Tidak kah secara terang terangan Hasan Ali berniat memecahkan kesatuan orang Melayu kepada kumpulan baru yang akan bernaung dibawah NGO JATI?Tidak cukupkah perpecahan sebelum ini yang melibatkan Perkasa dan lain lain NGO?

Nampaknya UMNO masih buta dengan menyediakan platform untuk PENJUAL KISMIS JAMPI ini menjual temberang nya.Meskipun Ketua Bahagian dan Timbalan nya tidak duduk dalam kemah dan memilih untuk duduk dalam samar samar cahaya belakang kemah utama,tapi kehadhiran ramai AJK Umno Bahagian Ampang memperlihatkan program malam ini di Ampang adalah dengan kerjasama Umno Bahagian.Tenguk saja kain scallop merah putih orang dah tahu anjuran siapa program ini.

Tak tahulah aku apa MILEAGE yang Umno akan perolehi dengan MENGUSUNG Hassan Ali kesana kemari memberi ceramah?Apa yang aku nampak Hassan Ali hanya berminat menarik penyokong nya didalam Pas untuk menyertai JATI yang mungkin akan digunakan nya sebagai PLATFORM untuk dia bertanding sebagai Calun Bebas di PRU13.Program malam tadi tak ubah macam sessi motivasi yang diberi percuma ditengah padang dan tidak dikenakan bayaran saperti lazimnya.Hasan Ali saperti ramai pemimpin Pas tidak lebih dari SAUDAGAR AGAMA!Jadi persoalan nya...

APAKE JADAH YANG UMNO TERHEGEH HEGEH PROMO HASSAN ALI INI..???

Sumber : Aku Peduli Apa

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

12 comments

comments
February 6, 2012 at 6:35 PM delete

Pecaya atau tidak.,

Hassang Alio.,hanya akan laku sebelum PRU13 nie sahaja.

Slps tue.,dia akan kesunyian.,sahingga banyak waktu nya akan berada di Masjid.,.

Biasa lah org.seperti dia.,selepas solat akan wirit panjang...sahingga jemaah lain sudah duduk berklumpuk berbual kosong.,dia akan bangun dan cuba mendekati kelumpuk yg. dia kenal..,dgn harapan akan mendapat sambutan,ie.Jemaah bangun menghulur salam.

Malang nya jemaah.,sudah tidak menghiraukan nya lagi.

Waktu tue baru dia akan menyesal dgn perbuatan atau keterlanjuran nya selama ini.

Pengalaman ini benar berlaku pada saorang pemimpin yg.sangat rapat dgn sya., yg.begitu hebat di zamannya.,

Apabila dia meletakan jawatan pada hari Khamis.,hari Jumaat dia ke Masjid Negara bersama sya.menunaikan solat Jumaat.

Waktu tue tidak ada lagi yg.sudi menyambutnya.,malah yg.bersalaman dgn nya hanya yg melintas di hadapannya saja.

Walhal sehari sebelum tue dia saorang yg.sangat tertinggi jawatanan nya di Negara ini.

Begitu lah nasib pemimpin yg.lahir bukan atas kepakaran kebijaksanaan keikhlasan nawaitu ilmu nya lillahita'ala.

Kita tunggu dan lihat.

Wallahuaklam

Jgn maree.

Reply
avatar
Anonymous
February 6, 2012 at 7:37 PM delete

Ada warna PKR juga kat pentas tempat dia berceramah tu yah!

Reply
avatar
Anonymous
February 6, 2012 at 9:45 PM delete

.

Lain kali PKR pulak guna warna merah utk pentas ceramah.

Reply
avatar
Rauna
February 6, 2012 at 9:48 PM delete

Hassan Ali bukanlah ahli politik sejati. Dia tak punya pengikut langsung. Yang hadir ceramah dia cuma pencacai2 UMNO yang nak dengar apa keburukan PR yang hendak diceritakan oleh Hassan Ali. Malangnya ucapannya dan tuduhannya adalah yang biasa2 disebut oleh pemimpin UMNGOK. Hassan Ali ni sebenarnya 'Ada pun tak menambah, tak ada pun tak mengurang' dalam mana2 parti pun. Cuma jadi lembu tunggangan UMNGOK bila pemimpin UMNGOK dah letih bercakap...

Reply
avatar
Anonymous
February 6, 2012 at 10:05 PM delete

.

Hassan Ali adalah sorang pejuang Islam yg tlh terbukti menegakkan Islam dgn serbu dan larangan minuman arak di tempat terbuka.

tindakan Hassan Ali ketika itu di sambut beriya iya oleh org umngok terutama pencacai pencacai.

kehandalan Hassan Ali ini lah yg sepatutnya memberi menafaat kpd umngok. dan sepatutnya tindakan Hassan terhadap arak dan serbu yg ditunjukkan nya mendapat sokongan padu dr ahli umno.

bila Hassan didlm PAS/Pakatan, tembelang Hassan ini dibela oleh pencacai pencacai. ttp tidak berkekalan lama.

dan silap lah Hassan menguna platform umno utk menarik sokongan ahli PAS menyertai JATI. sb yg datang semuanya penyokong umno.

Reply
avatar
KIBAS
February 6, 2012 at 11:39 PM delete

kalau waa,cerita the drunken master ni memang waa tak hebohkan,lagi kita heboh,lagi itu hassan drunken master ni syok mencarut..dia dah gila dah...tak perlu dilayan,buang masa bloggers baca artikel murahan ni...waa sememangnya tak minat...boleh bella....

Reply
avatar
February 7, 2012 at 10:36 AM delete

pada aku la kan.. biakan je dia ni melalak ke san ke mari.. Rasanya pemimpin PAS yg lain pun tak ambil peduli lagi dengan org macam dia ni.. Lagipun kalau kita dok kecoh dan sebut hari2 nama dia, lagi dia akan rasa diri dia masih diperlukan oleh masyarakat. jadi bak kata mat Sabu, biarkan je.. lama kelamaan dia sedar siapa diri dia yg sebenar. Lebih ulamak dari ulama2 dalam PAS dan Dewan Syura PAS. Kalau dia betul2 mmperjuangkan Islam, sunnah Allah dan Rasulnya kenapa masih bersongkok tidak pula berserban.. kan ke itu sunnah Rasulullah?

Reply
avatar
carlossani
February 7, 2012 at 10:54 AM delete

biasalah lah tu...bila dh dpt apa yg dikhendaki tanpa ada rasa bersyukur & ikhlas...beginilah jadinya!!!itulah namanya manusia ciptaan Tuhan yg maha esa.

Reply
avatar
Anonymous
February 7, 2012 at 12:12 PM delete

biar dia kembangkan hidung dia....
kah...kah....kah...

Reply
avatar
Anak kg pertama
February 8, 2012 at 1:19 AM delete

Hassan Ali teruskan membela aqidah umat Islam...ramai bersamamu...

P/S: PR dah mula kecut perut dgn Hassan Ali...itu baru berapa hari aje dia turun berceramah..belum sebulan lagi...kalau dah tiga bulan..mau PR tinggal nama aje..

Reply
avatar
Anonymous
February 10, 2012 at 3:25 PM delete

Jangan dok war2kan Selamatkan AQIDAH tetapi motif untuk org masuk CLUB JATI dia.Dia ni faham tak apa yg menyebabkan rosak AQIDAH.Adakah dengan himpun sejuta manusia AQIDAH umat Islam selamat.Kalau betul dah lama Nabi suruh himpun ramai2 lagi ramai berhimpun lagi selamat Aqidah masing2.Selamat Aqidah bukan dgn terpekik terlolong pagi petang siang malam dok canang keburukan orang.Baik Hassan Ali check Aqidah dia balik....sebab sekurang-kurang ulama dah gariskan ada 20 cabang yg boleh merosakkan AQIDAH Seseoarang.Club JATI sekadar nak perbodohkan manusia yg dia rasa boleh diperbodohkan.Lebih baik DIAM dan muhasabah diri.Lagi bayak cakap..lagi banyak dosa.Buku kutab Ilya Ullumuddin Jilid 3...baca ada 20 perkara angkara lidah.Tak takut ker?Kita semua pun sama2 berdoa agar dijauhkan drp sifat2 mazmumah ini.Taubatlah Hassan Ali.Minta pertunjuk drp Allah.

Reply
avatar
Anonymous
February 14, 2012 at 8:48 AM delete

pengakuan Hasan Ali

“Selepas pilihanraya (ke 12)..memang betul saya jumpa dengan Khir Toyo..nak bercerita tentang penyatuan umat..nak cerita tentang akidah..nak cerita tentang syariah..nak cerita tentang akhlak seluruhnya..tanpa saya bersembunyi..tiap-tiap satunya dalam pengetahuan Presiden PAS.

“Bahkan Presiden PAS memberitahu saya..kalau ada orang tanya..dr tak payah jawab..suruh dia telefon saya sendiri”, katanya dalam ceramah ‘Selamatkan Akidah Umat Islam’ di Kampung Pengkalan Peguh, Lahat, Ipoh Perak, 10 Feb - AIDC

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive