Yang ada hubungan dengan Israel itu, Anwar atau UMNO?


Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.


Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

ANWAR IBRAHIM

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
January 29, 2012 at 12:11 PM delete

konfrom PR yg naikkn,bukan Umno baik hati yg buat.Hidup Umno kn?kn?kn?mane owg2 yg sokong umno tu?

Reply
avatar
Batu Nisan (BN)
January 29, 2012 at 3:40 PM delete

kantoi bendera israel,najib kena jelas pada rakyat kenapa bersekongkol dgn israel,apa itu kerja anuar kah..

Reply
avatar
Anonymous
January 29, 2012 at 5:18 PM delete

MENGAPA DAH TERANG LAGI BERSULUH.BUAT HABIS BATERI AJA.

Reply
avatar
penternak_lipan
January 29, 2012 at 6:43 PM delete

untuk pengetahuan semua
adam adli yg mensabotaj bendera tu...wehehehehehehe.bukan puak amenot tau..
amenot baik.....

Reply
avatar
January 29, 2012 at 9:02 PM delete

Aku pun sokong Two-State Solution , tapi nak jadi two state tu kenalah iktiraf negara palestin dulu .

Yang bodohnya Anwar , apa kejadahnya nak "support all efforts" israel ni ???? Apa kau ingat kau tu calon president Amerika yang mesti jamin keselamatan Israel untuk memang pilihanraya. Ker kau tu memang boneka Amerika??

Tu pasal lah kan bila PKR diajak sertai Flotilia Kebebesan Gaza , PKR menolak dengan seribu alasan . Kerana jelas dasar luar PKR adalah menyokong setiap langkah yang perlu untuk menjamin keselamatan Israel.

Apa kau berani ker nak sebut menyokong State of Palestine dalam media antarabangsa ???

Reply
avatar
Anonymous
January 30, 2012 at 9:53 AM delete

kan anwar bukan nya presiden US.. dia cakap "support all efforts" tak bantu pun apa apa pun .. tu yg berkibar bendera di bumi Msia yg pemimpin nya Islam .. di tiang PWTC .. patut lah lalu kat PWTC ada bau hanyir darah .. ingat darah org mati accident!

suatu ketika dulu nama mat sabu di batalkan utk hadir dan berucap pd majlis bantuan palestin.

beza pemimpin ppas dgn pemimpin kita ialah mrk sokong je.. tp kita "respect aspirations of Palestine."

apa pun soalan wartawan tsbt mengenai dasar luar negara seolah olah mcm tahu .. tahu je .. anwar nak jd PM!

bangang lah betul ko ppas.. dah nama pun Two-State Solution .. dua dua lah kena sokong .. dua dua lah kena di nasihatkan .. dua dua lah ada hak ! dah! pergi makan roti semalam tu cecah dgn taik lembu.

Reply
avatar
rauna rakab
January 30, 2012 at 6:04 PM delete

Orang bijak pandai semua dah tahu umno bn yahudi apco jadi penasihat mereka ,sebab otak orang umno bn semuanya bangang bangang belako tak tahu nak fikir dan pilih mana baik dan buruk halal dan haram sebab itu mereka semua hentam kromo kankan kan.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive