Subsidi Gula: Kerajaan UMNO/BN perbodohkan rakyat.


Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?"


DAP tuntut KPDNKK perjelas isu subsidi gula

KUALA LUMPUR, 29 Jan - DAP mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyatakan keperluan kerajaan menaikkan kadar subsidi gula dan menjelaskan sama ada benar kerajaan membayar sehingga RM198 juta setahun kepada dua syarikat yang memonopoli perniagaan gula di Malaysia: Malayan Sugar Manufacturing Holdings (MSM Holdings) dan Tradewinds Corporation Bhd.

Setiausaha Publisiti Nasional DAP Tony Pua meminta Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan perkara tersebut berikutan harga pasaran gula dunia secara keseluruhannya mengalami penurunan.

Jelas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini, berdasarkan laporan akhbar, kementerian berkenaan telah meningkatkan kadar subsidi gula sebanyak 20 sen kepada 54 sen sekilogram bagi mengekalkan harga gula pada RM2.30 sekilogram ekoran "kenaikan kadar gula dunia."

"Kerajaan perlu menjelaskan kenaikan kadar subsidi gula tersebut, berikutan kenaikan kadar subsidi sehingga 170 peratus setahun itu adalah tidak relevan berikutan harga pasaran gula dunia mengalami penurunan.

"Apa yang menjadi persoalannya, adakah harga pasaran gula dunia sejak enam bulan lepas terus meningkat sejak kali terakhir pada Mei 2011, sedangkan pasaran dunia menunjukkan penurunan.

"Malah, sejak meningkat pada nilai USD29.47 (RM89.66) seratus paun pada Julai 2011, harga gula mengalami penurunan berterusan setiap bulan, dengan USD28.88 (RM87.87) pada Ogos, USD26.64 (RM81.05) pada September, USD26.30 (RM80.02) untuk Oktober, USD24.52 (RM74.60) pada November, dan USD23.42 (RM71.26) untuk Disember pada kadar seratus paun," katanya.

Harga gula meningkat kali terakhir pada kadar 20 sen pada bulan Mei 2011 kepada RM2.30 sekilogram.

Namun begitu, kenaikan tersebut merupakan peningkatan daripada kadar RM1.45 sejak Januari 2010 dan apabila dinilaikan ia menjadikan peningkatan kepada 58.6 peratus kenaikan bagi tempoh hanya 18 bulan selepas tindakan kerajaan mengurangkan kadar subsidi.

Menurut beliau lagi, walaupun mengekalkan kadar harga gula pada RM2.30 sen sekilogram, kerajaan masih dapat mengurangkan perbelanjaan untuk kadar subsidi, bukannya semakin menambah perbelanjaan terhadap subsidi, seperti dakwaan menteri berkenaan yang dilihat berbangga dengan tindakan tersebut.

"Apa yang lebih mengelirukan adalah, jumlah subsidi kerajaan telah meningkat kepada 170 peratus bagi disesuaikan dengan "peningkatan mendadak" kadar semasa gula yang tidak wujud," katanya lagi.

Akhbar The Star semalam melaporkan, Ismail Sabri berkata,"harga gula dunia meningkat, tetapi kami tidak akan menaikkan kadar harga ... Kami mencuba sedaya upaya kami untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat."

Tindakan itu menurut Tony seakan-akan menarik perhatian rakyat supaya melihat kebaikan kementerian berkenaan memberikan subsidi bagi mengekalkan harga barangan keperluan itu, sedangkan hakikatnya, pasaran gula dunia pula menunjukkan penurunan berterusan.

Kira-kira 99 peratus keperluan gula mentah Malaysia hari ini diimport, sedangkan pasaran gula di negara ini dimonopoli oleh dua syarikat gergasi, MSM Holdings dan Tradewind Corporation Bhd.

MSM Holding merupakan anak syarikat Felda dengan nilai pegangan saham sebanyak 71 peratus, dan Tradewind dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebanyak 43 peratus dan 20 peratus oleh Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
Anonymous
January 30, 2012 at 1:39 PM delete

100paun gula = RM71.26. 1paun gula baru RM0.7126sen. 1kilo gula baru RM1.57. Harga gula kat malaysia RM2.30. Kerajaan bagi subsidi gula pada rakyat ke...rakyat bagi subsidi gula pada kerajaan@tokey gula???

Reply
avatar
Anonymous
January 30, 2012 at 1:53 PM delete

Kerajaan skrg byk belit? Macam2 lagi perkara yg di belit nya ,depa ingat org ramai bodoh...

Reply
avatar
Anonymous
January 30, 2012 at 2:47 PM delete

tajuk yg betul:

Subsidi Gula: Kera jajan UMNO/BN perbodohkan pencacai dan juak juak UMNO .. sb dia org percaya dan terima mentah mentah alasan bodoh tu.

krn mrk lah dan krn sokongan membabi tu mrk lah.. hrg gula ikut suka je bila nak naik dinaikkan.

skg mcamana nak turun ..bila brg naik peniaga pun jd teruk kena buat pinjaman atau ada yg dah rugi sebelum ini.. kalau turun mrk jd teruk ... tu sb JGN MAIN SOKONG .. bila brg naik kita bantah lah !!!

Reply
avatar
Anonymous
January 30, 2012 at 2:57 PM delete

hanya pecacai murahan umno macam penganutpas saja yg bodoh sanggup diperlembukan oleh umnooooo.
ahli umno, bodoh, bangang dulu, kini dan selamanya.

Reply
avatar
Anonymous
January 30, 2012 at 3:15 PM delete

Rakyat kena bersyukur mendapat kerajaan yang sangat prihatin kerana kerajaan sanggup berkorban memberi malah menaikkan subsidi gula untuk rakyat.(Sila tukar "rakyat jadi "kerajaan /tokeh gula" dan "kerajaan" jadi rakyat.) Susah ker nak faham...senang2 TUKAR kerajaan kepada PAKATAN RAKYAT dalam PRU13! REFORMASI!

Reply
avatar
bakar
January 30, 2012 at 3:26 PM delete

Kerajajan umporno/rosmah akan berterusan memperbangangkan anjing pencacai seperti rakab dan penganut pas piss..

Reply
avatar
Anonymous
January 30, 2012 at 5:24 PM delete

Untungkan croni , rakyat tanggung beban ....nama je negara Islam , tak ada kebajikan langsung dah jadi kapitalis....entah apa2 lah kerajaan skrg....teruk sgt.

Reply
avatar
rauna rakab
January 30, 2012 at 5:58 PM delete

cuba anda perhatikan para anak menteri umno bn kaya rayo apa cerito disebaliknyo termasuk bekas MB umno dibawah kerajaan pakatan rakyat siasat jangan tak siasat.

Reply
avatar
Anonymous
January 31, 2012 at 7:32 PM delete

1.Komen saya harga gula dalam carta adalah harga gula (mentah) import dan ex-transportation. Sebab itu ada question kenapa gula di malaysia lebih tinggi daripada data ini.
2.Penulis hanya highlight penurunan harga gula dalam tmepoh 6 bulan...coba tengok tempoh 5 tahun... baru saudara2 dapat melihat gambaran sebenar. Harga gula July 2007 pra krisis hanya 9.09 US cent /pound berbanding dengan 23 sent kini... cuba kira berapa % kenaikan dari penurunan?....

http://www.indexmundi.com/commodities/?commodity=sugar-us-import-price&months=60nonul

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive