Selepas Liwat II, akhbar Umno tuduh Anwar bela hak golongan gay


KUALA LUMPUR — Hanya beberapa hari selepas bebas tuduhan liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dituduh mempertahankan hak golongan homoseksual, dakwa Mingguan Malaysia mendakwa beliau berkata demikian semasa temubual dengan BBC.


Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan Mahkamah Tinggi memutuskan tidak cukup bukti untuk membuktikan Anwar melakukan perkara itu.

Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” sementara Berita Harian pula dengan tajuk “Tindakan Anwar sokong homoseksual dikecam”.

Mingguan Malaysia berkata ketua pembangkang itu semasa temubual dengan BBC mengatakan undang-undang berkaitan hak golongan seksual di Malaysia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

Wartawan BBC bertanya kepada Anwar sama ada beliau bersedia untuk menolak idea anti-diskriminasi hak golongan gay yang menjadi kebimbangan di mana beliau berkata “kami akan kaji semula undang-undang lapuk ini.”

“Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.” kata Anwar kepada BBC.

Tetapi ayat sambungan pemimpin pembangkang itu tidak dinyatakan di kedua-dua akhbar itu.

Anwar juga berkata pandangan Pakatan Rakyat adalah “kami tidak menggalakkan homoseksual di domain awam dan kami tidak perlu meminta maaf.”

Laporan Utusan itu menegaskan pembebasan Anwar diterima baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Sementara itu Berita Minggu, edisi mingguan Berita Harian mengkritik Anwar kerana menyokong hubungan sesama jenis.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.

“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.

“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya dipetik Berita Minggu.

Bekas ahli Parlimen PKR Wee Choo Keong berkata keberanian Anwar adalah untuk mewujudkan undang-undang membela hak golongan gay dalam manifesto Pakatan Rakyat.

“Setahu saya, homoseksual perbuatan serius dalam hukum syariah Islam dan sebarang pandangan mengenainya perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam. Dalam hal ini, seharusnya Anwar lebih faham berbanding saya,” kata Ahli Parlimen Wangsa Maju ini.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

11 comments

comments
pr = skong kaum nabi luth??
January 16, 2012 at 10:44 AM delete

hahha..persatuan gay filipina pon skong nuar..nuar akn pinda udang2 liwat kalo die berkuasa n org awam bebas meliwat sesiapa sahaja..n nuar akn meliwt semaksimum mngkin..hahahaha...

Reply
avatar
Anonymous
January 16, 2012 at 12:49 PM delete

Perghhhh Gay Filipina pun sokong Nuar???

tau dah

Reply
avatar
anwar = munafikun!
January 16, 2012 at 1:44 PM delete

nape nuar ade adik angkt jambu yg lembut si sukma darmawan aaa..hahhaha..korng leh pkir x..seorang lelaki ade adk angkt lelaki jambu yg lembut..utk ape ye..hahaha

Reply
avatar
Anonymous
January 16, 2012 at 2:32 PM delete

Klu ikut pecacai punya mentaliti sodomi 1 & 2 adalah benar. Mahashit dan Najis adalah pemimpin Islam agung yg bukan sekadar mengamalkan Islam buat diri sendiri malahan merangkumi isteri dan anak2 mereka. Tapi pernahkan anda semua tahu cerita sebenar? sbg pemandu anwar dlu pada 1998 azizan si munafik sekarang senang lenang sebagai shareholder syarikat besar. Tak payah susah payah kerja hingga 7 keturunan. Begitu juga pada tahun 2008 keluarga saiful telah terjamin hidup di dunia tp adakah di sana? Adakah anda semua pasti 'fakta' yg anda kemukakan adalah benar jika hanya anda berkiblatkan media UMNO? Igtlah sekiranya anda memanjangkan fitnah amat berat hukumannya. Itu pun kalau korang betol2 amalkan Islam selain Islam ajaran dua tokoh yang aku nyatakan kt atas.

Reply
avatar
Anonymous
January 16, 2012 at 4:48 PM delete

Sex.Sex.Sex...itulah saja nyawa UMPORNO yang tinggal sekarang..kesian

Reply
avatar
rakab
January 16, 2012 at 5:14 PM delete

non 2.32,

Fakta yang paling penting adalah kejadian liwat telah berlaku antara Anwar dengan Azizan !!

Begitu juga dengan Saiful..!!

Reply
avatar
rakab
January 16, 2012 at 5:16 PM delete

Selagi peliwat tua tu nak jadi PM Malaysia, selagi itulah dia wajib ditentang !!

Reply
avatar
Rauna
January 16, 2012 at 5:25 PM delete

kes sepol ni..aktiviti liwat mmg brlaku...karpl sndri yg ckp..cume nuar dilepskn sbb integriti sampel blh dipersoalkn..so lepas la si peliwt dr hukumn..

aku xnk berperdana mnterikn seorg peliwat..berlagak alim...menipu pandai..putar belit..

Reply
avatar
kelisa
January 16, 2012 at 9:33 PM delete

bagus2.. ko xnak berperdanakan seorang peliwat..tahu x ko dah pn berperdana menterikan seorang kaki sex (pompuan)dan pembunuh!! lagila plak kaki putarbelit belajar dgn mahabelit..? ha..ha..

Reply
avatar
Rauna
January 16, 2012 at 10:50 PM delete

Hahahaha kelakarnya aku tengok pendapat pencacai dan penulis upahan UMCO nih. Macam nih punya mentaliti mampuihlaa hangpa PRU13 nih.

Reply
avatar
Rauna
January 17, 2012 at 12:15 AM delete

oi kelisa...ni xlain xbkn msti ko cite psl atlantuya kn..oi malaun..sume gmba2 superimpose najib n atlantuya yg korng jaja selama ni tu hanyalah fitnah...tian chua sndri ngaku..tp siang mlm pencacai2 nuar juburi aja gmba tu..memandai je ckp org pembunuh..padahal najib dh pon bermubahalah...tp peliwt tu msih lg tkt utk bermubahalah..kalo dlu konn2 tkt jejaskn perbicaraan mhkamah..skrng peliwt tu dh pon bebas..so ape lg wahai peliwt n munafikun..bersmphla skrng..xsmpi 5mnt pon..bicara ko pegi tngguh2 smpi 3thn snggup plak..dasar munafik btul la ko ni..

16sept..agung skong kita!atm skong kita!..ceh..rupanya berdusta..xubah seperti org munafik..org mcm ni ke nk jd pm..berlagk alim dpn org..tp blakang org Allah je tau..konon xknal eskay..skali gmba n vid msk lif dgn eskay tersebar..Allah maha besar..tp pencacai2 taksub msh xreti beza antara org yg berckp benar n munafikun yg berpura2 alim..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive