Scandal NFC: PERKASA pula cabar NFC lapor polis isu kad kredit..


Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini mencabar pengendali projek lembu National Feedlot Corporation (NFC) membuat laporan polis balas bagi menafikan dakwaan penyelewengan perbelanjaan kad kredit syarikat itu sehingga RM600,000.


Presidennya Datuk Ibrahim Ali secara spesifik menyebut laporan itu mesti dibuat oleh pengarah eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh yang tampil menafikannya sebelum ini.

"Baru-baru ini adalah laporan polis oleh sekumpulan yang memakai baju hitam bertulis JINGGA 13 yang membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi.

"Jadi saya cabar Izmir, oleh kerana itu laporan polis yang tidak betul, supaya minta dia buat laporan polis pula.

"Saya cabar Izmir kalau kalau di pihak yang betul, kamu (Izmir) kata itu tak betul, itu fitnah, saya cabar Izmir ini pula, kamu pula buat laporan bahawasanya itu laporan palsu," katanya.

PERKASA dan beberapa NGO Melayu hari ini diberikan taklimat oleh pengerusi NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail - yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil - lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

JINGGA 13 - minggu lalu membuat laporan polis terhadap empat anggota keluarga mereka yang didakwa membelanjakan hampir RM600,000 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu juga mempersoal sama ada benar wang itu tidak dibelanjakan untuk kepentingan peribadi atau berpoya-poya, sebaliknya untuk perbelanjaan pengurusan projek lembu atau NFC.

Dalam sidang media selepas itu, Ibrahim berkata, beliau difahamkan laporan polis itu akan dibuat atau jika tidak PERKASA akan "simpan kepercayaan" atas penjelasan isu itu hari ini.

Ibrahim juga berkata, dalam dialog dengan 12 NGO hari ini, mereka difahamkan perbelanjaan tinggi kad kredit itu itu dibuat atas nama aktiviti syarikat.

"Tetapi mereka pergi ke Australia untuk promosikan itu dan ini, jadi syarikat bayarlah guna dia punya kad kredit. Ini aktiviti syarikat," katanya lagi.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Anonymous
January 22, 2012 at 4:32 PM delete

KAH..KAH..KAH..OOI BERAHIM KATAK, TAK USAH LA DUK JADI PECACAI UMNO SAMPAI MACAM TU SEKALI.AWAT HANG INGAT RAKYAT MALAYSIA BODOH MACAM HANG KA.PI BALIK PASIR MAS JADI GEMBALA LEMBU LAGI BAIK DARI DUK MELALAK TAK TENTU ARAH...KAH..KAH..KAH..

Reply
avatar
ajib kia
January 22, 2012 at 5:01 PM delete

akhirnya lembu2 umngok masuk perangkap. mari kita tengok lembu mana yg akan disembelih dulu.

Reply
avatar
Tokwan Pencen
January 22, 2012 at 7:25 PM delete

Maklumat betul laaa tuuu.
Bocor ka tak bocor kaaa memang sah BETUL.
Ijat KANTOIIIII. cuti terus laaaa.

Reply
avatar
January 22, 2012 at 9:40 PM delete

hang xnampak mke sharizat tu??peh,klh bini2ku gangster bai.cuak2,hahaha

Controller NES Terbesar Di Dunia(Video)

Reply
avatar
BOMBO
January 22, 2012 at 9:48 PM delete

Perkassa sebelum repot perkosalah dulu lembu2 d kondo ada aircon kankankan...biar bapa katak dahulukan,anda berani,tak payah campur dlm hal ini buat malu melayu je,conner sanasini buat lawak bodo,rakyat tak sebodo dulu,yg masih bodo tahap goblok ampornogok,parti cencaluk..najis pun dah tahu asal meriah tanpa kekuatan lagi...berambussss ..

Reply
avatar
Rauna
January 22, 2012 at 10:44 PM delete

Nampak sangat PERKASA mengatur strategi politik bagi pihak Mahdet Kutty. Apa yang Mahdet cakap semua depa ikut. Brahim Katak dengan Mahdet ibarat irama dan lagu.

Dan kedua2nya akan melihat sendiri kejatuhan UMNGOK dengan mata kepala mereka sendiri tak kira dalam masa terdekat atau jangkamasa yang lama.

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 9:57 AM delete

Si katak ni dah terdesak nak jadi calon Umno di Pasir Mas kah kah kah

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 5:06 PM delete

MANA RAKAB KATAK WOIII! TAK MAHU SPIN KE WOIII.. KAH..KAH..KAH..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive