Rosmah jadi mangsa?.. dah agak dah.....


"Dah agak dah," itulah jawapan spontan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar apabila Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa beliau "menjadi mangsa".


Sabtu lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA hari ini, Malaysiakini memetik isteri Perdana Menteri itu berkata: "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

"Saya selalu menjadi mangsa," dakwa Rosmah ketika ditanya tentang laporan SMH tentang tabiat berbelanjanya.

Bagaikan mengundang simpati, Rosmah yang mengiringi suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis sambutan itu berkata, beliau berkali-kali menghadapi tuduhan sedemikian.

Ketika terus ditanya adakah laporan mengenai perbelanjaan sehingga RM325,000 itu benar, Rosmah berkata: "Saya tidak ada masa untuk melayan semua ini".

Mengulas lanjut penafian Rosmah, Mahfuz mengulangi gesaan agar Najib dan Rosmah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut.

"Heret akhbar tersebut ke muka pengadilan di Australia dan kemukakan tuntutan hukuman dan ganti rugi paling maksimum ke atas SMH jika benar laporan itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," kata Ahli Parlimen Pokok Senan itu.

Mengulangi lagi ingatannya, Mahfuz berkata, jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku dalam keengganan Najib mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang mendakwa tentang kaitan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Kalau benar tidak bersalah, takut apa mengheret akhbar tersebut ke mahkamah di Australia?

"Tengku Razaleigh Hamzah pernah menyaman akhbar luar negara di negara akhbar itu sendiri dan oleh kerana beliau tidak bersalah, beliau menang kes tersebut dan mendapat ganti rugi yang lumayan pula," katanya.

Sambil bergurau, Mahfuz berkata, kalau Rosmah mendapat ganti rugi yang lumayan hasil tindakan undang-undang ke atas SMH itu, rakyat tidak marah kalau beliau berbelanja besar-besaran dengan wang ganti rugi itu.

"Kalau dapat ganti rugi RM24 juta, rakyat tidak marah kalau isteri Perdana Menteri itu mahu membeli cincin berlian semahal ganti rugi yang diperolehi itu.

"Kalau dapat ganti rugi lumayan dari SMH, rakyat juga tidak marah kalau Rosmah mahu memborong di semua butik terkemuka di seluruh dunia, beli beg tangan Birkin banyak-banyak, semuanya rakyat tak marah.

"Rakyat lebih suka lagi kalau Rosmah menderma, maklumlah sebelum ini beliau menderma sehingga RM1.5 juta kepada Tabung Gaza. Mana dia dapat duit, kita tak tau," kata Mahfuz.

Dalam seksyen 'Private Sydney' SMH, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai first lady of shopping (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan Najib juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.


Harakahdaily

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

11 comments

comments
Anonymous
January 23, 2012 at 9:14 PM delete

bukan altantunya yg jadi mangsa?
bukan saifool juboq koyak yg jadi mangsa?
woit janda saman la...
kah...kah...kah...

Reply
avatar
kak mah gila shopping
January 23, 2012 at 9:38 PM delete

dah banyak kali media asing buat cerita tak betul dan memalukan kak mah ni.saman je media tu.nape? takut?

Reply
avatar
January 23, 2012 at 11:51 PM delete

Kesian kak mah kita ni kan.. tak habis2 kena fitnah.. mesti agen2 DSAI yg upah media antarabangsa untuk burukkan dia kan. tak patut betul.. lagi tak patut kalau kak mah kita biarkan saja tuduhan ni.. diam bermakna setuju kak mah!

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 12:23 AM delete

Permohonan maaf akan cuma dicetak di medai umngok.

Penafian designer pun cuma di cetak di medai umngok.

Selesai.

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 12:26 AM delete

Apa motif Australia Sydney Morning Herald buat berita liar dan tidak benar.

Kalau Harakah .. Kalau Suara Keadilan .. Kalau Rocket... kenapa pulak cepat nak saman???

Reply
avatar
BOMBO
January 24, 2012 at 12:31 AM delete

kakmah tak ada lawyer profesional nak saman,lawyer buruk adalah,termasuk ppas dan rakab,anda berani naik gelanggang mahkamah,waa pikiq kecut burit

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 1:07 AM delete

Rakyat luar negara skang ketawakan kita...kenapa la bangang sgt rakyat malaysia pilih diaorang ni..ekekekekekeke

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 1:39 AM delete

Mati balik hidup ,dia tak akan mengaku...Tak faham mengapa mesti sokong BN UMNOoooo lagi ...kan pilihan lain ada ..yg lebih elok ..Sokong mereka tu serupa menghalalkan perbuatan mrk.

Reply
avatar
penternak_lipan
January 24, 2012 at 1:41 AM delete

untuk pengetahuan semua....
tindakan susulan akan diambil oleh pihak rosuah mansur melalui menteri agama di jabatan perdana menteri yg akan melantik lawyer dgn menggunakan wang zakat.jika asnaf ada 8 kategori...jamil khir akan menggunakan kuasanya untuk mewujudkan asnaf yg kesembilan yg baru diwujudkan oleh mufti w.p iaitu asnaf fisabillah untuk kaum2 berada yg mampu dari segi kewangan.tapi bila menuntut kebenaran tidak mampu menggunakan duit sendiri akan dikategorikan sebgai asnaf yg kesembilan ini.jadi pakat2 kita tunggu dan lihat..

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 5:49 AM delete

MahKAKMAH tu kan ke KAKMAH yg control...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive