Ribuan juga mendengar amanat Anwar di Subang Jaya.. (Gambar)


Dari apa yang dilaporkan oleh Tulang Besi @ Malaysia Waves, ceramah DSAI di Padang Bola 3K, Subang Jaya, SS13 hampir 10,000 Rakyat Subang Jaya telah hadir memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.


Dalam ucapannya di Subang Jaya ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat neraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan...Anwar masuk atau tidak ke dalam penjara tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara.

“Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh,” katanya.

Anwar menuduh “musuh politiknya” memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual.

“Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya.

“Tetapi jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu,” dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi “sebarang kemungkinan” yang berlaku.








Bagi aku jumlah tersebut adalah satu jumlah yang biasa dalam setiap ceramah yang DSAI merupakan pemidato utamanya.

Aku tertarik dengan ulasan sebuah Blog Pro UMNO yang dengki dengan jumlah kehadiran tersebut, dalam laporan oleh Pencacai UMNO itu beliau menulis ceramah Anwar telah gagal kerana menurutnya orang ramai telah diangkut dengan bas sekolah.

Dalam postingnya itu disertakan dua keping gambar, gambar pertama disiarnya sekeping gambar yang nampak seperti gambar pada awal ceramah diwaktu orang ramai masih belum memenuhi ruang padang.


Gambar kedua pula ialah gambar sebuah Bas Persiaran, yang ditulis sebagai gambar bas sekolah yang diletakkan jauh dari padang..



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

22 comments

comments
Anonymous
January 7, 2012 at 9:56 AM delete

Takpe lah. Biar diorang tipu sendiri. Kalau depa kata sikit biarlah. Dah 50 tahun diorang tipu sendiri. Ditipu bangsa sendiri. Ditipu parti sendiri. Biarkan lah.

Bagi mereka yang hadir kami tau lah besarnya lautan manusia yang ada kat situ.

Nampaknya PR akan terus memerintah di Sgor.

Reply
avatar
Mazlan Hamid
January 7, 2012 at 10:09 AM delete

Bagi saya....
BN akan kalah beberapa kawasan peti undi tetapi untuk bertukar kerajaan rasanya masih terlalu jauh.... Hal ini kerana tahap kesedaran masyarakat melayu masih rendah dan amat sukar untuk diubah. Apatah lagi dengan penggunaan pelbagai media proBN dan agensi kerajaan yang digunakan secara maksimum untuk menjatuhkan PR.

Cuma, pada jangkaan saya Perak akan jatuh semula ke tangan PR dengan majoriti lebih besar kerana dendam rakyat setelah berlakunya perubahan kerajaan yang dianggap tidak sah oleh rakyat beberapa tahun lalu. Negeri PR lain rasanya tidak terjejas.

Terengganu nampaknya seolah-olah akan bertukar tangan kepada PR semula tetapi dengan majoriti yang kecil. Negeri-negeri lain rasanya masih seperti biasa cuma PR akan menambah beberapa kawasan yang dimenangi.

Bagi BN, kesilapan besar dan kekalahan akan berlaku jika silap meletakkan calon yang berdepan dengan kontroversial.

Sementara itu, untuk menang PR masih bergantung dengan beberapa program terutamanya "BERSIH" serta harus mampu membina pelbagai isu negatif terhadap UMNO.

Bagi BN, kegagalan menutup isu-isu yang kini berbangkit akan mendatangkan masalah yang besar. Memenjara anwar pada ketika PRU13 hampir tiba rasanya satu kesilapan yang maha besar. Menyatakan anwar bersalah tetapi membenarkan ikat jamin dan rayuan MUNGKIN satu jalan selamat bagi BN kerana rakyat akan membandingkannya dengan kes bekas menteri besar selangor.

Rakyat, khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar yang terdedah dengan dunia internet, tidak akan terpengaruh dengan hujah-hujah PM atau menteri-menteri lain yang mengatakan BN semakin kukuh. BN perlu mencari jalan lain. Pemberian RM100? Rasanya tiada pengaruh kerana duit tersebut telah habis dalam sehari dua digunakan ditambah pula kenaikan harga barang yang melampau yang tidak mampu dihadapi rakyat miskin. Golongan rakyat miskin mudah dieksploitasi oleh PR.

PR juga menanggung masalah. Isu besar ialah Hassan Ali yang nampaknya berjalan tidak seiring dengan PR.

Apapun, PR akan bertambah kukuh tetapi masih belum mampu menumbangkan parti berpengalaman seperti BN.

Namun, Allah mampu mengubah segala-galanya. Doa siapakah yang lebih ampuh? Najib atau Hadi?

Reply
avatar
Anonymous
January 7, 2012 at 10:10 AM delete

sudah ada tanda tanda umno akan Berkubur PRU 13, lautan manusia mendengar amanat DSAI.. UMNO semakin gentar menghadapi PR PRU 13....tumbangkan UMNO...ABU kan UMNO...

Reply
avatar
Anonymous
January 7, 2012 at 10:32 AM delete

... dgn berbagai tipu helah dan tuduhan keatas anwar begitu dahsat dr hari ke sehari.. jerih penat mrk menghancurkan karier anwar dgn apa yg berlaku ternyata tidak berbaloi.

sayang dan sedih sekali dlm hal spt ini ialah pencacai pencacai yg dpt tidak seberapa sama sama bersongkol mendpt saham utk ke neraka.

umno mempunyai peluang utk berubah dlm semua hal setelah mrk kalah di selangor pp perak dan kedah ttp mrk terus menganggap rakyat masih bodoh dan tidak memperdulikan perubahan kehendak rakyat.

Mungkin benar kata sdr Mazlan ttp kemenangan tatap kpd Pakatan dan ketika kemenangan kita meningkat ttp tidak dpt tawan Putrajaya sekali lg pemimpin umno diberi peluang utk berubah. Tinggalkan UMNO atau terus dgn memperbodohkan diri mrk sendiri.

dr bau harum suasana politik skg sy dpt merasska ada dikalangan pemimpin b_end dan UMNO yg akan melakukan kejutan besar.

cara begini lebih selamat bg kita semua krn jika kita menang diluar dugaan membimbangkan ujud nya tidak puas hati kpd org yg tidak pernah merasakan kekalahan.

dr memenjara kan anwar lebih baik pemimpin b_end dan umno serious memerangi rasuah dgn lebih beramanah ! ttp nasi sudah basi tak boleh dijadi bubur !

mrk hendak lah memperbaiki nawaitu mrk semula !

Reply
avatar
Anonymous
January 7, 2012 at 10:40 AM delete

sokongan kpd BN mungkin akan meningkat jika Shahrizat dan Jamil sanggup berkorban di kena kan tindakan mengikut peraturan yg tlh ditetapkan.

Dan sebelum Pakatan yg menurun kan harga minyak maka lebih baik Najib dgn berani nya turun kan harga minyak.

Bebaskan SPRM spy mrk bertgg jwb kpd Parlimen.

Membataskan peranan kak ros dr melibat secara langsung dlm hal hal pentadbiran negara.

Reply
avatar
Anonymous
January 7, 2012 at 10:51 AM delete

DSAI dipenjara 6 tahun, PR menang lebih separuh undi rakyat malasia, Kalau umno penjarakan lagi beliau...tidak mustahil seluruh malaysia insyAllah dapat kita tawan.

LAWAN TETAP LAWAN

Reply
avatar
Rauna
January 7, 2012 at 10:58 AM delete

Mati2 aku ingat media UMNO RTM, TV3 dan Utusan akan mengubah strategi kepada ulasan yang lebih adil dan telus sebaik saja BN kalah teruk pada PRU12.

Terkejutnya aku melihat media2 ini tidak pernah mempunyai strategi dan bermuhasabah diri sendiri. Mungkin tamak dan lahap dengan habuan yang diterima dan mengikut arahan pemimpin2 UMNO yang syok sendiri bila menatap media2 ini.

Bagaimanapun aku bersyukur dengan situasi inilah maka PR mendapat lebih simpati drp rakyat yang semakin cerdik dan luas pemikiran mereka.

Sebenarnya BN tidak mempunyai apa2 pun pilihan.... untuk menang PRU13.

Reply
avatar
Anonymous
January 7, 2012 at 11:38 AM delete

Panas melampau sangat skrg ni dkt M'sia. Ni semua pasal bahang fitnah Umno la. Klu DSAI masuk ke dlm, alamatny brtambah brbahanglah lgi negara ni. Negara Islam itu hancur d sbbkn pemimpinny yg ketandusan ilmu & iman.

Tengok cara hidup keluarga PM & anak2ny dan tengok pula cara hidup keluarga ketua pembangkang & anak2ny... dari situ pn kita dah tau siapa orng yg lbih kita percayai.

Tajamkan minda anda. Jgn trtipu oleh tipu-daya iblis, syaitan & cucu-cicitny..

Reply
avatar
January 7, 2012 at 12:02 PM delete

mana ada bas sekolah
aku sendiri dok kat flat sebelah #k tu..
x nampak langsung bas skolah

Reply
avatar
Anonymous
January 7, 2012 at 12:13 PM delete

Kalau Pemimpin AGUNG Bee End datang berceramah, kalau tak diangkut LEMBU-LEMBU DAN DIBERI MAKAN MAMPUIH TAK DATANG LEMBU-LEMBU.

KONFIRM KETAR LUTUT PAK JIB NIE, TAPI TAKPE SPR BOLEH TOLONG JANGAN RISAU.

-wakleman

Reply
avatar
Anonymous
January 7, 2012 at 12:41 PM delete

aikkkk ... anwar nak menafikan pulak fahaman pluralisma yang dia bawak tu ker ???

rakyat boleh lihat , dengar dan kaji ucapan Anwar kat LSE dan New York . Hasil seminar di UMT dan Kuala Lumpur dah mengesahkan fahaman sesat Anwar ni . Hanya yang buta hati jer tak nak kaji betul betul.

Tu pasallah Hasan Ali terlebih dulu melarang orang ramai ikut membela kes liwat Anwar . Kerana tak nak kau orang ikut sesat.

Jika tidak , kawan2 ABIM dan sebahagian reformis98 Anwar dulu tak lari tinggalkan Anwar. Yang ikut Anwar sekarang ni hanyalah keldai dan buaya nak ambik kesempatan.

rm1 billion beb dana pilihanraya , Transparency International - Malaysian Chapter yang cakap.

Reply
avatar
najid
January 7, 2012 at 2:29 PM delete

Btl mazlan ckp.mlm td aku,g sana tp,x leh masuk sbb parking x de.aku g dgn org umno pekan.mcm2,dah wat kt pekan termasuk kem yang d kuantan tp,parlimen pekan serta isu ic org kemboja.aku rasa isnin nikeputusan dtunda sbb mcm2 alasan

Reply
avatar
rakab
January 7, 2012 at 2:57 PM delete

Woi kau orang semua,..berhenti laa berangan tuu..

Laa ni Kuli dan persiapkan diri nak jadi PM sementara...
hahahahaaa..

Pak Tiri hang dah maiiii....pii lah sambut !!

Hampa suma betul-betul kambing yang diperbodohkan anuat semata-mata..

Reply
avatar
Anonymous
January 7, 2012 at 3:55 PM delete

Kami ada sana dengaq ceramah Anwar semlm. Mn RM50 yg Yaakob Sapari janji nak bg sbg elaun makan semlm tu? Tak bg lg pun! Atau si Jonah, Ketua AMK tu dah rembat lg duit kami ni....!!!Sori la terpaksa tulih kat sini pasal dah bengang sangat ngan janji2 si Jonah dan Yaakob ni.


Aris
Budak Kilang Seksyen 19
Shah Alam

Reply
avatar
Rauna
January 7, 2012 at 4:38 PM delete

Hahahah rakab! Ku Li tu orang UMNO mana boleh jadi PM kalau PR menang...

Otak hang simpul biawak ker???
Tak intelektual langsung kalau hang bagi pendapat. Hang copy and paste dari mana2 blog lagi baik... macam selalu hang buat. Hahahaha!!!

Reply
avatar
Anonymous
January 7, 2012 at 4:43 PM delete

Betul tu Selangor akan tetap di tangan P R dan Perak akan jatuh semula di tangan PR ....kawasan bandar akan jatuh di tangan PK ....kawasan kampung dgn ada nya. Issue Lembu ....mrk lebih menyebelahi PAS , org kampung memang suka issue Lembu NFC ....dari issue economi Msia dan ramai complain tentang harga barang naik...PR akan memang di PKR 13 regardless DSAI masuk atau tidak ...Kalau DSAi masuk lagi PR akan memang , simpati akan menyebelahi beliau....

Reply
avatar
Anonymous
January 7, 2012 at 6:58 PM delete

Pada PRU 12 , Anwar masuk penjara Pr berjaya di beberApa2 negeri ...sekarang ni ...dgn byk keraguan dalam kes ini ..ANwar masuk penjara lagi PR akan berjaya ....apa lagi dgn kes2 salahguna wang dana awam .hancur lah UBN nampak nya ...No turning back ....

Reply
avatar
Anonymous
January 7, 2012 at 10:05 PM delete

rakyat dah tahu.
mana satu kaca,
mana satu permata.
anwar ibarat
permata di perlimbahan.
macam nabi musa.
apa seksa yang tak
dilakukan oleh firaun padanya.
tapi nabi musa tetap tabah dan menang.
begitu juga anwar.
penjarakanlah dia.
putrajaya pasti dalam tangan pr.
pemimpin2 bn/umno yang rasuah dan menyeleweng
akan ditenggelamkan seperti tenggelamnya firaun dan askar2nya di laut merah.
tanda2 dah nampak pun.
kes taib mahmud.
kes shahrizat.
kes jamil baharum.
kes awang adek.
kes isa samad.
kes mat sabu.
kes lim guan eng.
kes adam adli.
dan macam2 kes lagi
menyebabkan bn/umno akan dibatunisankan.
insyaalah.

- pengundi atas pagar.

Reply
avatar
Anonymous
January 8, 2012 at 1:10 AM delete

anon 3:55 pm

brape pulak rakab bg aris tulih psl jonah dan yaakob? tahu tak brpa rakab rembat yg sepatutnya bg kau rm600.

lain kali jgn biarkan org bodoh kan aris.. ambil duit dulu.. sanggup pulak kau jual harga diri dng rm50 je. hrg lembu nfc pun lg tinggi dr harga diri kau.

Reply
avatar
January 8, 2012 at 3:25 AM delete

yang penting kita doala banyak2. nampak aca PRU nih xyah buat jeh. pecah belah umat. ini xseharusnya berlaku. kita kena sokong yang adil. namun segalanya jadi celaru. semua mata dah kabur. semua stesen dah menipu. aku sendirixtau mana intan permata mana batu sungai ka.. keliru2. yg penting jgnnla korunk gado ! paling pntg kita neh umat MUHAMMAD> XD

Reply
avatar
Anonymous
January 8, 2012 at 1:28 PM delete

petunjuk allah kpd kebenaran dah byk jat_010 oiii..

pertimbangkan hujah rakab akp dan Ppas... nilaikan pemimpin umno dng iman..

mmg umno nak sgt org melayu terkeliru. hujah umno bukan mengatakan umno lebih baik ttp hujah mrk mengatakan lawan mrk pun sama.

yg lebih mengelirukan krn mrk yg konon berlatar agama menyokong tindakan kotor dan jijik umno.

Reply
avatar
Anonymous
January 8, 2012 at 6:01 PM delete

apa barang rm50? tu pak aris? yang kau terkejar sangat rm50 tu buat apa... lainlah kalau setakat komen... orang lain pun boleh dapat lebih dari itu...ha ha ha!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive