NFCorp perlu bertanggungjawab atas kelemahan NFC - Noh Omar


PETALING JAYA, 28 Jan — Datuk Seri Noh Omar mengakui Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan National Feedlot Corporation (NFCorp) “terikat” antara satu sama lain seperti yang dimeterai dalam perjanjian.


Justeru Menteri Pertanian dan Asas Tani ini berkata NFCorp perlu bertanggungjawab atas kelemahan yang berlaku dalam NFC walaupun mereka merupakan entiti yang berlainan.

Sebelum ini NFCorp mengatakan Laporan Ketua Audit Negara mengakui wujudnya kelemahan dalam NFC, yang merupakan agensi kerajaan dan bukan NFCorp yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

“Ia perlukan komitmen kedua-duanya,” jawab Noh apabila ditanya oleh wartawan jika NFCorp bertanggungjawab atas kelemahan NFC.

Jelas beliau, NFC dan NFCorp memerlukan antara satu sama lain untuk memberikan perkhidmatan yang baik dalam bidang pengeluaran daging lembu.

“Ya, kedua-duanya mesti tolong antara satu sama lain, dua-dua ada komitmen masing-masing sebab itu ada perjanjian.

“Ada dua perjanjian yang perlu ditandatangani, satu perjanjian pinjaman dan satu lagi perjanjian pelaksanaan dan perjanjian itu berjaya dicapai pada 2010,” katanya.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata mengenai kelemahan yang wujud NFC dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.

Beliau berkata perkara yang menjadi fokus utama pengauditan oleh Jabatan Audit Negara ialah NFC sejak penubuhannya pada 2006 dan bukan NFCorp sebagai sebuah syarikat.

Tambah Noh, segala perkembangan baru mengenai NFC akan dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati terdapat kecelaruan terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu.

Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.

Namun demikian, NFCorp menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.

Syarikat itu turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Rauna
January 28, 2012 at 7:18 PM delete

Sebenarnya sama saje NFC dgn NFCorp tu. Kalau NFC uruskan semua camana nak songlap duit bawak keluar untuk kroni? Mesti kena bagi satu syarikat kroni yang uruskan. Lepas tu sama2 lah share kan...

Sama jugak macam lain2 projek mega. Highway, syabas, MAS, Petronas dan lain2 GLC semua rakyat sedia maklum...

Reply
avatar
Anonymous
January 28, 2012 at 7:57 PM delete

Sama je keluar poket sini ,masuk poket sana, yg mengurus pun org yg sama,,,,yg penting itu Wang dari Dana Awam ....itu yg kita pertikaikan...

Reply
avatar
Anonymous
January 28, 2012 at 8:19 PM delete

"... kedua-duanya mesti tolong antara satu sama lain, dua-dua ada komitmen masing-masing sebab itu ada perjanjian..."


Yg aku tahulah bila NFCorp gagal mesti boleh saman ke tuntut ganti rugi ke kena denda ke.. sb ada perjanjian .. kan NFCorp kena bekal daging dan jumlahnya pun dah ditetapkan utk setiap tahun ..

Dan NFC kena jwb kpd parlimen dan rakyat.. NFCorp kena jawab dlm mahkamah..

Reply
avatar
ajibangsat
January 28, 2012 at 8:49 PM delete

suda tukar ka? itu hari kata lain. dasar mnatang bewak lidah bcabang

Reply
avatar
Anonymous
January 28, 2012 at 10:26 PM delete

putar jgn tak putar...
lebih baik pinda je audit report.....
macam2 gila....

Reply
avatar
Anonymous
January 28, 2012 at 11:38 PM delete

ada asas cukup kukuh utk tubuh suruhanjaya diraja sb audit mengakui wujud kelemahan dlm NFC sbg agensi kjaan dan bukan NFCorp sbg sebuah syarikat.

kalau audit cuma melaporkan mengenai NFC dan Polis pula siasat mengenai NFCorp maka sukar kita pastikan dimana berlakunya kepincangan dan kebocoran. pengasingan cara begini menyelamatkan mrk yg terlibat.

sdgkan suruhanjaya pula berkuasa menyiasat dan menyoal kedua dua pihak.

Reply
avatar
Anonymous
January 29, 2012 at 11:34 AM delete

muka dah nik pucat basi.....
muka seorang celaka....

Reply
avatar
penternak_lipan
January 29, 2012 at 6:24 PM delete

tak kira apa pun kenyataan ..seleweng atau tidak..yg pasti...
DANA AWAM telah DIGUNAKAN untuk KEPENTINGAN KRONI....

..............titik..............

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive