Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?

Betulkah berita ini??

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.


Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.


Lidah Rasmi UMNO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

21 comments

comments
Anonymous
January 23, 2012 at 10:46 AM delete

sakit jiwa dia nih...

Reply
avatar
Pakcu Rantau Panjang.
January 23, 2012 at 11:02 AM delete

Satu pendedahan yang baik....semoga kekayaan yang tuan miliki akan dapat disalurkan kepada asnaf yang memerlukan melalui zakat disamping turut menyumbang untuk negara, bangsa dan agama....semoga Allah memberkati tuan....walahualam

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 11:28 AM delete

Bersangka baik saja lah derr...!
hehehe..!

Reply
avatar
January 23, 2012 at 11:36 AM delete

Huh..biar betul..kekadang terasa bangang sgt kita ni sebabnya mensensasikan berita mcm ni. Sepatutnya dibuat kajian dan dipastikan dulu betul/salah mamat ni. Selepas itu barulah dikeluarkan berita di media/blog..
Tak mustahil mamat ni betul tetapi mesti ada autoriti untuk disahkan dulu.

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 12:37 PM delete

kekayaan di dunia hanyalah sementara, kekayaan di ahkirat yang kekal abadi...

Allah jadikan kekayaan, kesenangan hidup, zuriat den sebagainya adalah untuk ujian...

Firman ALLAH swt... harta benda, kekayaan dan anak pinak adalah perhiasan semasa hidup diatas muka bumi...

Reply
avatar
January 23, 2012 at 12:39 PM delete

apa pulak dakwaan mamat ni tak betul. dia memang banyak duit apa??. Company dia Seirra Petrolium tu memang modal besar dan punya teknologi paling canggih di dunia.

Dia sendiri yang cadangkan terminal minyak di kerpan . lepas tu timbul pulak cadangan talian paip minyak dari kuala muda ke bachok kelantan. kemudian satu bandar pemprosesan minyak di bachok kelantan .

Bukan kah projek ini dijual dan dilaungkan bila mana PAS mula memerintah kedah dulu ????

PAS sekadar Parti exco Adat resam melayu dan Sukan (Parti Adat Sukan)

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 1:22 PM delete

Kalau nak tgk paper2 ubs..citibank..hsbc..nak tgk trustee sukarno..pegi la lepak vistana..grand season...or lepak kat foodcourt jln damai..kat situ suma jutawan paper..wakakakakaka...

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 4:48 PM delete

NAMPAK FISHY... jgn cepat pecaya, org kalau kaya betul tak bagitau org dgn bangganya macam ni kecuali lah org yg kaya palsu hehe...

kenapa projek perlancongan ala pirates of the carribean.. tak buat projek yg islamik sikit?

ingat dulu jutawan palestin yg nak buat hospital cancer tu.. hehe last2 rembat anak dara org melayu cam gitu aje...

tak salah bersikap berhati2.

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 6:20 PM delete

HANG SEMUA TAU NOOOH PPAS,

Hang tau dak yg mat najib kongkek ziana.....
Hang tau dak rosmah berjanda2 masih anak dara...
kalau nak putarbelit simpan la sikit...
hang ni memang wartawan sensati pukimak...
kah...kah...kah....kah...

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 6:36 PM delete

kenapa nama tak termasuk dlm senarai 10 org terkaya di Msia???

dia ckp pasal harta je.. mcm mana dgn hutang hutang? Donald Trump tu pun dengar khabar ada berhutang...

kenapa pulak nak tolong melayu tp tak pulak org ini beli Proton?

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 6:54 PM delete

Proxy je tu,,,,aku permah dengar cerita ini dari dulu ...kawan aku pun ada jadi proxy bekas2 president Indon....

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 8:18 PM delete

Orang terkaya didunia sememang nya sudah termasur , bisnes network kontek sana sini jelajah benua , tapi nak invest 1 trillion gunakan media taraf sampah, berapa saja boleh kumpul dalam negara , sedangkan pelaburan billion pun, negara berharap kepada kewangan luar, kalau pun benar menteri kita ngap projek ni dulu runding dalam.......... Ko orang tahu lah apa motif dia dan apa connection dia.

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 9:19 PM delete

gila ke dia ni?
macam2 jenis gila la ni....
kah....kah...kah...

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 8:30 AM delete

apa jadi pada pak arab dari lebenon tempoh hari bikin kechoh saja habuk pun tarak ..... maseh ingat lagi dak.

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 12:07 PM delete

Kaya? Biasanya org kaya ada pangkat Tan Sri, Datuk Seri, Datuk ke dll. Dia ini ada ke tak?

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 12:42 PM delete

Siapa percaya si mamat ini memang bangang. Tenggok rupa pun dah tahu. Memang pemimpin Melayu dah desperate nak ada orang Melayu terkaya di dunia, seperti si mamakote tu yang sanggup tumpukan semua harta negara pada seorang dua untuk menjadikan mereka amat kaya. Dengan itu bolehlah istihar se antero dunia ada Melayu billionaire sehingga seorang Jawa pun nak dibanggakan sebagai Melayu 'beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.. '.

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 5:48 PM delete

Masih ingat warga lubnan yang menipu dengan mengatakan dia terkaya didunia, Dr. Elie Yousef Najem yang mendakwa memiliki kekayaan bernilai AS$46 bilion (RM175 bilion).. last2 bila si siasat, kaki penipu.. pompuan melayu lak kawin dengan dia!!

Seseorang yang kaya, proses rakyat mengenal dia adalah panjang!! seperti Bill Gate, bukan tahun 2000an dia baru dikenali tetapi sejak 1980an lagi melalui proses pencapaian beliau dalam bidang masing2 begitu juga donald trump, micheal dell dan lain2 bilionaire dunia!

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 9:53 PM delete

Salam...cuba check online pasal Financial Tyranny by David Wilcox....skrg tengah heboh pasal Fed Reserve US salahguna emas milik China dan negara dari Nusantara....menarik tu...check juga Book of Maklumat dan Perjanjian The Green Hilton Agreement antara JF Kennedy dan Soekarna....mcm ada kaitan dgn Si Kamal ni....

Reply
avatar
Anonymous
January 27, 2012 at 2:53 AM delete

http://blog.zakariamohamad.com/news-issues/gempa-imam-mahadi/

Reply
avatar
Anonymous
January 27, 2012 at 3:00 AM delete

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F1%2F26%2Fnation%2F20120126072339&sec=nation

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive