Ibrahim Ali! Kalau dah bodoh.. jangan berlagak pandai..


Sebelum itu.. Ada sumber mengatakan kebelakangan ini iaitu selepas 901,Ibrahim Ali sering mengunjungi rumah DS Anwar Ibrahim, menemui DS Anwar Ibrahim pada lewat malam dan beliau hadir dengan menggunakan kereta yang agak lama dan buruk supaya kehadirannya tidak disedari.. untuk apa agaknya??



Isu NFC: Rafizi terkejut kenyataan Presiden Perkasa

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyelar kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sambil menyifatkan beliau cuba ‘berlagak pandai’ dalam isu projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Beliau menegaskan, Ibrahim seolah-olah cuba mengugut Ketua Audit Negara dengan memaksa memberin kenyataan rasmi bahawa tidak wujud masalah dalam projek berkenaan.

“Saya terkejut dia (Ibrahim Ali) berani kata Ketua Audit tak buat kerja, buat laporan pun salah. Sedangkan dia tu siapa? Seorang yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang tu.

“Tekanan yang diberikannya adalah satu intimidasi yang serius kepada Ketua Audit, dia tak ada hak nak campur tangan sebab memang terbukti dia tiada kepakaran dan tidak tahu hujung pangkal siasatan. Dia tak ada hak nak tentukan apa yang patut Ketua Audit buat,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Ibrahim berkata, "kami mendesak beliau membuat kenyataan rasmi mengenainya dan berlaku adil kepada semua pihak supaya seseorang itu dibela atau dihukum atas sebab yang sah faktanya, bukan kerana persepsi politik."

Ibrahim berkata demikian selepas bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Menurut Rafizi, tindakan presiden Perkasa itu perlu diambil perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana bimbang boleh mengganggu siasatan ke atas NFCorp.

Beliau berkata, penglibatan Perkasa dalam hal ini menampakkan kepada dimensi baru skandal yang mungkin cuba digunakan NFCorp melalui politik untuk membersihkan nama syarikatnya

“Tindakan ini memburukkan keadaan, sudah empat tahun kebelakangan ini, kedudukan Audit Negara dilihat sangat penting dalam membongkar kes rasuah, melalui siasatan mereka kita sebagai rakyat dapat siasat balik.

Sementara itu, Rafizi turut menempelak dakwaan Ibrahim yang mengatakan beliau membeli maklumat daripada bekas pekerja NFCorp atas tujuan untuk membantu pekerja terbabit untuk membalas dendam.

“Saya nafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia kononnya saya membeli maklumat secara sulit. Apa tujuan dia nak cakap macam itu,” katanya.


Sinar Harian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
orang Alma
January 24, 2012 at 1:25 PM delete

Perkasa molek ditukarkan kepada Pekaka sejenis burung yang bunyi bising dan bersendirian sentiasa menunggu habuan unuk perut.

Reply
avatar
Carlossani
January 24, 2012 at 2:22 PM delete

elok pun...ckp lbh kerja kurang pun tk guna!!!Perkasa ke Perkaka ke Perkaskas tkpun Perkasam... smuanya dr melayuan!!!

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 2:39 PM delete

carlossani .. hati-hati dengan komen anada . Nanti aku report kepada exco Adat Resam Melayu dan Sukan Selangor ...... hahahhahah

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 2:54 PM delete

perkasa ni perlu ke ada? macam bodo jer...tak menyumbang apa2.

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 4:59 PM delete

Tak masuk akal Audit Negara buat kerja salah ....saman lah mrk sbb telah menyebabkan malu ...kalau berani ..Setiap "qualification" istilah accounting...mesti dibincang dgn tuan punya syarikat dan di tanda tangani...Tak logik langsung...
Memang sykt Hang ...tapi modal pakai Dana Awam ,, tak kan org ramai tak ada hak tanya , mana pergi nya wang...dah byr balik belum?
"Daylight robbery"

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 5:03 PM delete

BN memang penyamun Dana Awam .....Undi lagi BN padan muka , habis harta negara kena samun yg sepatut nya utk kebajikan rakyat...

Reply
avatar
Rauna
January 24, 2012 at 7:19 PM delete

Brahim Ali sedang mencari parti yang boleh dia bergayut untuk PRU13. Bila dah menang dia akan lompat lagi dengan seribu alasan bodoh.

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 11:48 PM delete

KITA RAKYAT MALAYSIA AKAN PATAHKAN KAKI KATAK SEKOR NI SUPAYA DIA TAK BOLEH MELOMPAT KAGI....HI..HI..HI..

Reply
avatar
Anonymous
January 25, 2012 at 3:27 PM delete

Orang Kelantan dah tak mahu terima sekor katak ni. Busuk kohong.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive