Harga Gula Dunia Menurun Tapi Subsidi Gula Malaysia Meningkat?


Jumaat lepas, Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga gula pada harga RM2.30 sekilogram walaupun harga pasaran dunia telah meningkat.


Sehubungan itu, subsidi gula meningkat daripada RM262.41 juta tahun lepas kepada RM567 juta pada tahun ini.


Betulkah harga gula didunia telah meningkat? Atau subsidi dipertingkat oleh kerajaan UMNO/BN untuk meningkatkan keuntungan kroni mereka?

Mengikut rekod setelah pengeluaran gula Malaysia dikuasai oleh kroni UMNO/BN harga gula di Malaysia telah meningkat sebanyak 4 kali ini sejak daripada tahun 2010 :

1- 1 Januari 2010 : RM1.65 sekilo (Harga gula meningkat 20 sen)

2- 16 Julai 2010 : RM1.85 (Harga gula meningkat 20 sen)

3- 4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen - menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)

4- 10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta)

Peningkatan harga gula sejak daripada tahun 2010 adalah bersamaan dengan 58.6 peratus. Kalau dahulu, negara mengimport sehingga 99 peratus gula daripada luar, sekarang ini kerajaan terpaksa import gula telah meningkat sehingga 100 peratus yang sebahagian besarnya datang dari negara Brazil.

Tetapi yang peliknya apabila dirujuk harga gula dunia sebenarnya, ianya telah jatuh sejak 6 bulan lepas. Sepatutnya apabila melihat situasi sekarang ini, subsidi gula akan berkurangan berbanding kenyataan Ismail Sabri baru-baru ini :

Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga gula pada harga RM2.30 sekilogram walaupun harga pasaran dunia telah meningkat


Lihat graf harga gula dunia di bawah ini..



(Sumber : Indexmundi)



- Harga gula dunia naik, harga di Malaysia naik
- Harga gula dunia turun, harga di Malaysia masih lagi kekal sama
- Harga gula dunia menurun, subsidi kerajaan telah meningkat?

Hakikatnya, harga gula dunia telah mencecah kepada paras tertinggi AS$29.47 (RM89.66) setiap £100 pada bulan Julai 2011. Walaubagaimanapun selepas daripada itu, harga gula dunia telah mula menurun setiap bulan kepada paras AS$ 23.42 pada bulan Disember 2011 yang lalu di mana penurunannya telah mencecah sehingga 20.5%.

Nak kencing rakyat pun agak-agak la....

Pemimpin UMNO kena tahu.. bukannya semua rakyat Malaysia boleh diperbodohkan seperti pencacai UMNO..

Tak cukup dana untuk pilihanraya ke?

Dua syarikat kroni UMNO/BN yang memonopoli pengeluaran gula ialah MSM Holdings dan Tradewind Corporation Bhd.

MSM Holding merupakan anak syarikat Felda dengan nilai pegangan saham sebanyak 71 peratus, dan Tradewind dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebanyak 43 peratus dan 20 peratus oleh Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd.


Info dari Berita Semasa

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

10 comments

comments
Anonymous
January 30, 2012 at 11:59 AM delete

lpeas ni kena tanam tebu la belakang rumah..

Reply
avatar
Rauna
January 30, 2012 at 12:05 PM delete

Macam2 kaedah digunakan kerajaan UBN untuk menipu rakyat.

Kenaikan harga minyak dikatakan 'pelarasan harga minyak'

Bila rakyat dapat sumbangan dikatakan 'rasuah'. Bila kroni UBN makan rasuah berjuta2 dikatakan 'komisen'.

Sama2 kita hapuskan penipuan besar2an terhadap rakyat ini dengan menumbangkan Kerajaan UBN pada PRU13.

HIDUP RAKYAT!!!

Reply
avatar
Anonymous
January 30, 2012 at 12:11 PM delete

TANAM UBN LA...

Reply
avatar
Bombo
January 30, 2012 at 1:00 PM delete

subsidi gula hanya membebankan duit rakyat,kan lebih baik hantar saja rumah kerumah kopon gula utk mengelak penyeludupan dan perabih duit rakyat.

tanpa subsidi 4.80 pakai kopon,tak apa harga tu kerana rakyat boleh beli dgn harga 2.30
jadi yg untung rakyat,penyeludup tak dpt beli,cerita senang mcm ni pun menteri pasola tak boleh atur...bodo tahap Datuk T.

Reply
avatar
Anonymous
January 30, 2012 at 1:12 PM delete

menteri bangang...
kah...kah...kah...

Reply
avatar
Anonymous
January 30, 2012 at 1:18 PM delete

apadaa asd..graf tunjuk US cent per pound..maksudnya harga satu kati gula dalam US sen. Cuba ko kira balik..sekati gula baru RM0.74

Reply
avatar
Anonymous
January 30, 2012 at 2:11 PM delete

Ni bukan menteri kencing, tapi MENTERI BERAK ... Lepas kecing dia nih BERAK PULAK. Dia ingat rakyat nih bodoh sangat ke ... dasar KAPITALIS ...

Reply
avatar
Anonymous
January 30, 2012 at 2:37 PM delete

Nak untung kan croni at the expense of rakyat.....haram jadah betul.....belit je kerje kerajaan skrg...

Reply
avatar
Anonymous
January 30, 2012 at 2:47 PM delete

Menaikkan wang 'subsidi' untuk disalurkan ketempat lain (kroni laaa).. Bukan semua bodoh, bangang!!

Reply
avatar
Anonymous
January 30, 2012 at 2:55 PM delete

Biasalah tu menteri umno pakat dok mentakedarah duit haram...umno kaki rasuah!!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive