Game 'Aku Jimat' ala Rosmah pulakdah!!


Menurut pengusaha permainan Antartica Group , permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.


Boleh belajar cara cara menabung sejak dari kecil kemudiannya boleh beli cincin berlian $24juta, beg birkin, rumah banglo, kereta mewah dan sebagainya...

Satu saja masaalahnya ialah ianya hanya compatible untuk iPhone, iPod touch dan iPad..



Pengguna alat elektronik Apple - iPod, iPad dan iPhone - kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk membolehkan mereka ‘membeli-belah’.

Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.


Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).


Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).


Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.


Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.


Untuk download sila klik di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
January 19, 2012 at 6:37 PM delete

Game bodoh yang mengajak anak kita berhayal dan tidak mungkin mencapai matalamat yang diharap-harapkan.
Games ni juga akan mengajar anak kita untuk mencari calon suami yang jutawan dan berkelakuan seperti Datin Maimon.
Tengok semua harga-harga beg tangan tu, puluhan ribu ringgit......ingat Rupiah kah mata wang kita? atau mungkin beg dibuat daripada kulit dubur saiful atau lembu Shahrizat.............pi hayal luuuuuuuuu!

Reply
avatar
Anonymous
January 19, 2012 at 6:52 PM delete

Anak kita menabong sejak kecil. Selepas 15 tahun dapat $9k. Pi kedai beli beg harga RM 9k. Nama game Jimat, Logik kah atau satu penghinaan keatas rakyat Malaysia dari penasasnya.
. Suami kata Jimat kedai 1 Malaysia, BR1M, SARA, rumah kos rendah dll- macam mana nak naik sara hidup rakyat asek disajikan dengan Jimat.
Game (si isteri) pun kata jimat tapi belanja boros....betul-betul menghina rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
January 19, 2012 at 7:15 PM delete

Hina rakyat?? Tak ertikah? Nak perli Rosmamak pun x faham. Bodoh betul.

Reply
avatar
Anonymous
January 19, 2012 at 11:28 PM delete

Anon 6:37 dan 6.52 ni bangang kot.. tak faham sindiran..

Reply
avatar
Anonymous
January 19, 2012 at 11:42 PM delete

bukan tak faham .. nak elak dr kena tuju pd rosmahal..

karetor game tu ilham dr ros.. kalau kita kata game tu teruk makna nya kak ors teruk lah.

Reply
avatar
January 20, 2012 at 9:18 AM delete

ala....mcmana nak jimat..game ni kene beli..bagi la trial..kekekeke

Reply
avatar
Anonymous
January 25, 2012 at 7:43 PM delete

Apsal org bodoh sgt skang ni???

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive