Ceramah Anwar kecoh


KAPAR - Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.


Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan suasana tegang.

Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan.

Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk.

Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula.

Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa insiden kekecohan.

Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong.

Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut.

Sinar Harian dimaklumkan, tiada mangsa yang cedera akibat kekecohan tersebut selain, Azizi Ayob hanya mengalami luka kecil di dahi kanan.


Sinar Harian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

10 comments

comments
Anonymous
January 23, 2012 at 12:27 PM delete

kalau puak-puak ni perintah Malaysia alamatnya lingkup lah ....

yang merana anak cucu kitalah ...

Reply
avatar
AnakSelangor
January 23, 2012 at 1:16 PM delete

Memang DAH lingkup pun Malaysia dek UMNO/BN memerintah..

DAH lama merana anak cucu kita ...

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 1:56 PM delete

Memang dah lengikup, sebab tu ada lelaki terkaya menjelma dimalaysia nak selamatkan negara ni.

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 3:12 PM delete

taklah lelaki terkaya tu cuma nak selamatkan kedah dengan kelantan jer.

Nanti kedah dan kelantan akan jadi bandar petrochemical macam uae.

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 5:05 PM delete

Kalau PKR mesyuarat ..berlaku kekecohan.. ada la yang kata..'cam mana la nak perintah negara..mesyuarat dah kecoh'..tapi kalau mesyuarat UMNO pulak berlaku kekecohan.. tak ada pulak ke yang nak cakap macam tu?

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 6:28 PM delete

berebut utk pengaruh (psl poster) dlm parti tak pe lah.. sb tujuan dua dua pihak tetap nak selamatkan rakyat malaysia..

bukan parti keris berebut sb nak projek dan nak jd kaya raya.. turun poster pd mrk tak jd hal.. tp kalau tak dpt projek.. praya mrk boleh baikot..

tp kalau salah satu atau sesiapa dlm pkr yg buat hal dgn cara rasuah .. yg itu kita takuti... dan kumpulan yg ini lah kita tolak..

Reply
avatar
rakab sengal
January 23, 2012 at 7:10 PM delete

rasuah+tender kerajaan+kronisme+salahgunakuasa= BN (bastard negara).

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 9:18 PM delete

dah selalu mesyuarat chabang kecoh . nak buat macam mana . terima lah hakikat dalam PKR tu ramai penyangak , peliwat , penzina dan macam-macam P lagilah ....P Kuda Rakyat

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 11:36 PM delete

wawasan Umno(BN).. 2020 capai negara maju tapi yg sebenarny negara lingkup (muflis) pd tahun trsebut. Kongsi gelap brcambh d bwh pemerinth Umno.

Reply
avatar
January 24, 2012 at 12:10 AM delete

Anon 9:18pm tu cakap mcm dia tahu benor .. setahu aku yg byk terlibat dgn kes ni org2 UMNO. Yg bwk lari anak dara orang, bawak lari bini orang, zina sana sini.. bukti pun dah ada selalu kantoi dlm paper.. toksah nak kata org lain la ..

Yg ada share bisnes arak pun org UMNO jgk, myundal anak dar org pun UMNO jgk, yg bunuh diri sbb cinta tertolak pun UMNO jgk.. pendek kata, umno dengan syaitan ibarat isi dengan kuku

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive