Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dilelong di internet..


Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.


Tinjauan Berita Harian mendapati beberapa laman blog dan forum internet, termasuk Facebook dan mudah.com.my, digunakan pelajar untuk mengiklankan tawaran menjual BB1M yang sah laku selama tiga bulan sehingga 31 Mac ini.

Antara iklan ditemui adalah:

~Saye tak menggunakan baucar ni... saye lebih memerlukan duit dari menggunakan baucar ini. so, kepada sesiapa yang berminat dengan Baucar Buku 1Malaysia yang berjumlah rm200, saye ingin menjual baucar ini dengan harga rm180 tunai. Harge boleh kurang lagi. Nego. Tarikh luput baucar adalah 31/3/2012... contact me 01X- XXX XXXX'.

~Price: RM150. I don need the 1 Malaysia voucher, hereby I offer the 4 vouchers for only RM150. Voucher can be use at any bookstores include XXXXX bookstore. Price include postage delivery.

~Want to sell book voucher worth RM200 for RM190.

Wartawan yang menghubungi tiga pelajar IPT tempatan semalam dengan alasan untuk membeli baucar yang diiklan, dimaklumkan sudah menjual baucar masing-masing, tetapi memberitahu ada ramai lagi rakan yang mahu menjual baucar jika ada yang masih berminat.

Ada juga pelajar yang sanggup menghantar baucar melalui pos selepas bayaran dibuat dengan mendeposit kadar yang dipersetujui ke dalam akaun bank mereka.

Dalam pada itu, dua pelajar yang dihubungi sanggup mengurangkan harga sehingga RM140 bagi empat baucar berbanding nilai keseluruhan RM200. Seorang daripadanya turut menawarkan potongan harga lebih menarik berdasarkan berapa banyak baucar yang mahu dibeli.

Ada antara mereka mendakwa pelajar tahun akhir pengajian dan tidak memerlukan sebarang buku lagi, manakala yang lain memberi alasan kerana sudah membeli semua buku diperlukan lebih awal.

Ditanya sama ada sebarang pengesahan diperlukan apabila menggunakan BB1M, pelajar terbabit berkata, seseorang hanya perlu mengisi butiran nama dan nombor kad pengenalan apabila mahu membeli buku di kedai terpilih.

Sebelum ini ada laporan pelajar menggunakan BB1M yang diberikan kerajaan yang sepatutnya untuk membeli buku ilmiah, membeli bahan bacaan lain selepas berkomplot dengan penjual buku.

Awal bulan ini, ketika BB1M mula diagihkan, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa, berkata kerajaan memperuntukkan RM260 juta bagi pemberian baucar buku dicetak RM50 setiap satu.


Berita Harian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
Anonymous
January 23, 2012 at 12:58 PM delete

nilah kebebasan akedemik yang di perjuangkan

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 3:53 PM delete

Menteri pasola manalah yang banggap buat dasar beri baucar buku rm200 ni dengan cara begini.... nak kata banggap memang banggap dari umnongok yang banggap. Dah tahu ramai penyanggak penyamun, dibuat pemberian cara mudah utk menyamun. Kalaulah umnongok benar2 nak bagi rm200 kepada pelajar ipt, bagilah dalam bentuk rebet yuran pengajian, ... kan elok dan lebih telus, mudah dan tak boleh tipu nyek..... menteri umnongok mana lah yang buat dasar ngok ni....

Reply
avatar
Anonymous
January 23, 2012 at 8:29 PM delete

zahirnya untuk rakyat, hakikatnya untuk kroni jua

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 12:12 AM delete

DAH TAHU NAK BAGI BAUCER TU... BIARLAH BUKU BUKU NYA BANYAK DAN CUKUP DI KEDAI.. INI SKG BAUCER LEBIH BYK DR BUKU.. JGN SALAH KAN MRK JIKA MRK GUNA UTK BUKU LAIN..

JUAL BAUCER DGN HRG RM 150 KEDAI BUKU MASIH UNTUNG..

Reply
avatar
Anonymous
January 24, 2012 at 12:51 PM delete

Ini lah tahap kebijaksanaan pemimpin kita. Otak memang dikepala lutut. Sanggup keluarkan wang untuk membeli undi sedangkan di universiti banyak peruntukan telah dipotong kerana tak ada duit. Jadi macam mana kualiti graduan kita nak ditingkatkan. Semuanya nak disuapkan semata mata kerana undi. Cilaka punya pemimpin.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive