KITA umum alih sokongan kepada Pakatan Rakyat..



Gara-gara kenyataan tidak bertanggungjawab pemimpin-pemimpin UMNO baru-baru ini di Perhimpunan Agung UMNO yang menyaksikan Parti Komunis menjadi jemputan, terutama sekali Muhyiddin yang mendakwa Malaysia akan menjadi negara republik sekiranya pembangkang menang pilihan raya.


Zaid dalam satu kenyataan hari ini juga mengumumkan bahawa KITA akan memberikan sokongan mutlak kepada Pakatan Rakyat.

Zaid menyifatkan kenyataan Muhyiddin di perhimpunan agung Umno minggu lalu itu sebagai "berbahaya dan tidak bertanggungjawab."

Kan pepatah ada mengatakan "Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya."

Zaid: KITA tak bertanding jika jejas pembangkang

Presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim berkata parti itu tidak akan menawarkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya tindakan itu menjejaskan peluang pembangkang.

Zaid dalam satu kenyataan hari ini juga mengumumkan bahawa KITA akan memberikan sokongan mutlak kepada pembangkang dalam apa juga cara untuk memastikan "kemenangan rakyat."

KITA mengambil pendirian itu setelah mengambil kira kenyataan daripada pemimpin Umno terhadap parti pembangkang sejak kebelakangan ini yang didakwa memberi petanda buruk ke atas trend politik nasional, katanya.

"Untuk menunjukkan solidariti kita dengan pembangkang, dan penolakan kita terhadap idea fasis dan autoritarian, KITA ingin menyatakan semula bahawa kita akan terus menyokong pembangkang dengan harapan untuk perubahan sebenar," katanya.

Antara kenyataan yang paling keras menghentam pembangkang disuarakan daripada timbalan presiden Umno sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Malaysia akan menjadi negara republik sekiranya pembangkang menang pilihan raya.

Zaid menyifatkan kenyataan Muhyiddin di perhimpunan agung Umno minggu lalu itu sebagai "berbahaya dan tidak bertanggungjawab."

Mengulas lanjut, Zaid berkata kenyataan itu juga dikesali dan amat membimbangkannya kerana ia hanya akan melebarkan lagi jurang di antara kelompok kaum.

"DAP telah dilabel sebagai parti rasis dan orang Melayu di dalam pembangkang disifatkan sebagai pak turut golongan Cina.

"Nampaknya pemimpin kita hari ini mahu memang pilihan raya umum dengan apa jua cara, dan mereka hanya mementingkan kedudukan dan kuasa sendiri berbanding kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya.

Bekas menteri kabinet itu juga berkata, serangan ke atas DAP hanya akan merenggangkan masyarakat Cina tetapi tidak akan menyakiti golongan berkenaan yang mampu berdikari.

Sebaliknya, orang Melayulah yang akan menderita kerana Umno hanya hanya menawarkan retorik liar seperti itu, katanya lagi.Malaysiakini

25 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. aku tidak faham lah dengan si zaid ni sekajap sokong umno sekajap sokong PR..pening pening!!!!!

    ReplyDelete
  2. Ada masyuuukk ler tu..!

    Zaid memang dah tak ada tempat dalam Umno lagi.
    Bagi Umno, karier politik Zaid dah lama terkubur..

    PKR yang kutip dia..

    Zaid pun ramai musuh dalam PKR dan pakatan....maklum laaa, pengkhianat !!!!!


    psssstt,...Azmin Ali ada jeliiiiig jer kelibat Zaid !
    heheheheee...luka lama berdarah kembali.

    ReplyDelete
  3. if it's true ..for once KITA pun its brain at the right place ...Jangan pula hang jadi katak lompat pula apabila dah menang , macam di Perak....pembelot

    ReplyDelete
  4. jgn percaya zaid lagi..
    kaki auta...

    ReplyDelete
  5. Takut KITA tu main wayang je....

    ReplyDelete
  6. Waspada. Jangan mudah terpedaya. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

    ReplyDelete
  7. Main wayang, depan tentang, belakang rupanya tukang supply...

    Itulah yang didedahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa ada ADUN pembangkang di negeri itu yang tersenarai sebagai kontraktor yang terbabit dengan pembinaan Loji Pemerosesan Nadir Bumi (Lynas) di Gebeng.

    “Saya ada minta Lynas keluarkan senarai kontraktor terbabit dan jangan terkejut (jika) dalam senarai kontraktor itu ada rakan kongsi kepada orang yang paling menentang Lynas.

    “Ini termasuk juga rakan kongsi kepada wakil kita dari (Kuala) Semantan dan Beserah,” katanya ketika membentangkan Bajet Negeri 2012 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuantan pada Isnin.

    DUN Kuala Semantan diwakili Syed Hamid Syed Muhammad manakala Syed Mohammad Tuan Lonik adalah ADUN Beserah.

    Dua wakil PAS itu penentang kuat pembinaan kilang Lynas.

    Iiiskkh,...malunyaaaaa...cakap tak serupa bikin !!

    perangai macam anwar jugak !!

    ReplyDelete
  8. nah habaq mai

    hangpa nak pecaya tak pecaya sapa pun tak pa,janji mau pecaya sama mufti limkitsiang..balik rumah kena kopi free..best

    ReplyDelete
  9. sori..takkan nak terkena ngan zaid skali lagi kot..tobat la weiii..

    ReplyDelete
  10. nak habaq mai

    ingatla pesan tokguru nak habaq mai.jgn benarkan ulaq mematok dua kali kita di tempat yg sama.dan ingat pulak pesan tokguru kapai singh..langkah mayat saya dulu.jgn langkah kopi free aku dah la nak habaq mai.

    ReplyDelete
  11. SELAMAT KEMBALI ZAID KE PANGKUAN PAKATAN RAKYAT !!!!

    lepas ni rebut kerusi pilihanraya
    pulak yerr..

    Zaid dan KITA dah umum sokong pakatan...takkan takdak upah apa pun kottttt.....

    paling kurang 20 kerusi PKR bagi kat parti Zaid..

    isskh,...berantakan lagi...!!

    ReplyDelete
  12. Ngah Phg asal MelakaDecember 6, 2011 at 11:40 PM

    meluatnya terbaca komen rakab...masih dibawah kangkang Umno..dah nampak org ramai semakin menyokong kpd PR jd mengacau rakab ni ..

    ReplyDelete
  13. badaqqqqq,...

    uncle zaid kirim salammmm...
    dia ajaq hang minum ayaq free...
    dalam botoiiii...import lagiii

    hang nak, takkk...?

    ni aku habaq mai....

    ReplyDelete
  14. Ngah Phg,

    Ngah tak baca kaji selidik Syed Arabi Idid dari UIA tu kaa...??

    Sokongan untuk Umno dah memuncak..

    ni kisah benar ngah ooooooiiiiii...

    ReplyDelete
  15. rakab berikan komen2 bangang tu kat blog2 lain2 plak kerana ramai org makin sokong kat PR...keluarlah dr kangkang Umno tu dan melompat2 mcm lembu Ketua Wanita kau tu..

    ReplyDelete
  16. ceteknya akademik rakab ni rupanya...bukakan matahati kau..jgn ikut kesempitan otak u tu.

    buang masa aku nak melayan org Umno mcm rakab ni...aku dah kenal org Umno dr tahun 70an lg...dr dulu memang teruknya kerana ketamakan dunia ni wpun apa cara.

    Skrg adalah peluang terbaik nak tumbangkannya...aminnn

    ReplyDelete
  17. nak habaq mai

    rakab rakab terok hang dok kena balon hari2,hang bukan dapat gaji pun dok backup teruk2 sgt.kami tak dapat gaji tapi kami dapat ayaq free.

    ReplyDelete
  18. saudara kita zaid,
    harap saudara faham apabila saya dan rakan2 penyokong ikhlas pakatan melontarkan rasa sangsi dan berjaga2 sebaik kata2 saudara ditangkap telinga2 kami yg sudah cukup peka kepada ayat2 kelentong kerana yakinlah, kami rakyat negara yg kami cintai ini sudah matang dengan pengalaman pahit masa lampau.
    oleh itu jika saudara zaid benar2 ikhlas dengan ayat2 terkini yg saudara sengaja war2kan waktu ini, janganlah pula saudara berkecilhati jika ramai antara kami tidak meloncat kegirangan menggegarkan bumi malaysia dengan reaksi2 positif menyambut kenyataan saudara.
    sebaliknya, jika betul saudara zaid telah muktamad insaf tentang realiti warna politik negara kini dan saudara sahih ikhlas dan bersungguh2 membantu dan bersama2 pakatan rakyat, maka yakinlah juga, sesungguhnya dalam hati2 kecil kami tiada lain kecuali rasa lega dan kesyukuran diiring doa agar beramai2 kita bekerjasama mengembeling pemikiran, iltizam, kudrat, ikhtiar dan masa untuk menumbang dan mencampak KERA UMNgOk-BoNgok dalam pru13 seterusnya mencuba seikhlasnya memberi peluang kepada pakatan rakyat meneraju negara pula...

    semoga keadilan benar2 ditegakkan dan kesejahteraan orangramai benar2 dinikmati pasca pru13, insyaAllah

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: BINATANG PELIHARAAN SAYA 3

    ReplyDelete
  19. Parti KITA nak sokong belah mana pun tiada masalah..kan negara Malaysia guna sistem demokrasi...apa masalahnya..

    P/S:Lawan tetap lawan..

    ReplyDelete
  20. Puak pecacai telah dibodohkan UMNO-APCO akan makna sebenar demokrasi. Sila banyakkan membaca dan buka minda lebih luas. Lihat contoh negara2 yg benar2 mengamalkan demokrasi tulen. Jgn hnya berlandaskan media kawalan UMNO-APCO shj. Kt London anda boleh dgr jeritan 'kuning-kuning, najib pening' pada himpunan jalanan sempena bersih 2.0 dgn hanya dua pegawai polis membuat kawalan. Di malaysia hospital pun kena gas pemedih mata dan seorang jd mangsa demokrasi ala UMNO-APCO. Adakah media elektronik memberi peluang samarata kepada semua pihak? Berani kerana benar takut kerana bela lembu.

    ReplyDelete
  21. Zaid sudah pastinya jd alat UMNO sbg serampang dua mata. Kita dh lihat siapa dirinya semasa bersama UMNO-APCO. Syarikat guamannya monopoli segala kes2 kerajaan dan sekilas pandang kita (kecuali pecacai) dh tahu mana katak pisang dan mana katak puru.

    ReplyDelete
  22. begini lah pendirian politk pro pakatan mrk tidak pura pura dgn menunjukkan keriangan kenyataan zaid.

    kalau pro umngok mereka akan mengambil kesempatan dgn memuji muji zaid dan ujudkan kerjasama.

    Nampaknya peluag umnogk bee end makin makin tipis di kubu kuat Pakatan. Terpaksa lah cari bekas pakatan utk jd bebas.

    bgmanapun Zaid cuma kata tak letak calun jika menjejaskan pakatan. dia tak kata sokong pakatan. dan KITA pasti akan letak calun jika menjejaskan umngok bee end..

    Parlimen lebih baik jika ada org spt Zaid dan hrp hrp Zaid lwn lah Muhyuddin. Dan masa kempen tu kita sama sama berkempen dan menyerang Muhyuddin. Kasi gempak !

    ReplyDelete
  23. hahhaa..ramainye kuda2 dap bg komen..kecohnye la psl zaid ni..biarla die nk skong pr..tu hak die..kate demokrasi..dlu kn pok nik dh ampunkn dose2 minum arak die..biarla die..die terpengaruh dgn ceramh ustaz pas la tu agknya..yg kate pok nik tu nabi..hahaha..die nk la bersama saf kempimpinan nabi nik ajis..hahahhaha...lantak korng la pr oi..

    ReplyDelete
  24. anon 2:57 pm

    dgn kenyataan zaid ini akan merimaskan rosmah dan najib.

    org yg cerdik mcm kita org, bukan mcm kau.. bukan ambil kira psl tak calun kan KITA kalaudlm praya. Ttp mrk mengambilkira apa yg Zaid tak puas hati dgn ucapan muhyiddin bererti umno melebarkan lg jurang diantara kelompok kaum.

    kita tak main isu zaid tak letak calun tp isu ucapan muhyiddin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post