Wahai Samsul Iskandar.. BERSIH bukan untuk membela Anwar!



Kata Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, AMK merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0.


Perhimpunan itu adalah untuk menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kata Shamsul.

Hairan juga aku dengan kenyataan Ketua AMK ni.. adakah beliau tidak faham atau tidak tahu apa agenda BERSIH?

Kenapa perlu digerakkan BERSIH 3.0 kalau Anwar dipenjara?

Setahu aku.. tujuan BERSIH adalah untuk menuntut 8 perkara yang punya kaitan dengan Pilihanraya, BERSIH bukan digerakkan untuk menunjukkan sokongan (membodek) Anwar, tak ada kena mengena langsung BERSIH dengan Anwar tu Bro..

Lapan perkara yang menjadi tuntutan BERSIH kalau Ketua AMK tu dah lupa..

1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Dalam lapan perkara diatas tak ada satupun agenda yang mengatakan pertahankan Anwar, jadi jelas BERSIH tiada kaitan dengan Anwar.

BERSIH juga digerakkan bukan sebagai menunjukkan sokongan kepada Anwar.. BERSIH tidak menyokong Anwar tetapi Anwar yang menyokong BERSIH.

Kalau Samsul Iskandar hendak juga melakukan demo demi mununjukkan sokongan padunya kepada Anwar, lakukan atas platform yang lain.. bukannya hijack program BERSIH.

Tak perlu rasanya BERSIH digerakkan untuk kepentingan peribadi..

Apa yang aku nampak dalam laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini dibawah ini, Timbalan Ketua AMK, Khairul Anwar lebih bijak dan memahami agenda BERSIH..

Lagipun… kalau setakat merancang saja.. rancanglah BERSIH 3.0, BERSIH 4.0, BERSIH5.0 sampai BERSIH1000.0 sekalipun, bila tiba masa demo tak nampak muka tak guna jugak Bro..

**************************************

AMK: BERSIH 3.0 jika Anwar dipenjara

Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0.

Perhimpunan itu adalah untuk menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kata Shamsul.

NONEKatanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan.

"Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat.

"Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya).

"Apakah kita akan duduk diam?" soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini.

NONESementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan.

"Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya," katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu.

Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana "kuasa jalan raya" itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya.

Malaysiakini

Tak puas hati dengan artikel ni?? baca kat ( SINI )

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

25 comments

comments
bunbinban
November 26, 2011 at 1:18 AM delete

baru korang tau peel budak gemuk pendek ni?. Menjak dia jadi ketua AMK, hanya program membuat laporan polis je dia buat. Bodek anwar bagi kat dia, yg anwar plak sengal gak, percaya sgt kat pembodek2 yg dok sekeliling dia. Kalau Anwar masuk penjara elok bawak sekali si samsul nih.

Reply
avatar
Anonymous
November 26, 2011 at 1:46 AM delete

Bersih got nothing to do with Anwar...ya nya untuk pilihanraya yang adil dan bersih...Kebetulan Anwar sokong movement tersebut...Well kalau Anwar masuk penjara PR akan dpt kelebihan..

Reply
avatar
Anonymous
November 26, 2011 at 1:52 AM delete

Perhimpunan itu akan dijalankan sebelum satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihan raya adil, BERSIH 3.0, yang dijangka diadakan pada Februari.

Reply
avatar
Isa
November 26, 2011 at 1:55 AM delete

Bro;

Baca dulu quote dari link Mkini yang lu buat tu.

"Perhimpunan itu akan dijalankan sebelum satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihan raya adil, BERSIH 3.0, yang dijangka diadakan pada Februari."

Ayatnya "sebelum satu lagi".

Betulkan gua jika salah... boleh call/sms... tq.

Reply
avatar
Anonymous
November 26, 2011 at 1:58 AM delete

Perhimpunan itu akan dijalankan SEBELUM satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihan raya adil, BERSIH 3.0, yang dijangka diadakan pada Februari.

Bermaknanya SEBELUM Bersih 3 diadakan. Satu perhimpunan untuk DSAI jika di penjarakan.

Rujuk Malaysiakini oleh Salhan K Ahmad 8:31PM Nov 25, 2011

Reply
avatar
Anonymous
November 26, 2011 at 3:06 AM delete

mat kontot ni memang tak otak pun, sama taraf ngan lembu2 kak jat di kondo tu jer

Reply
avatar
November 26, 2011 at 7:06 AM delete

Ketua AMK ni pembodeknathus. Apa yang dia cakap memang tak bijak. Sebab tu selalu di salahertikan.

Reply
avatar
Anonymous
November 26, 2011 at 7:30 AM delete

woiii sham dah lah pendek jgn otak pun pendek!!!!!!

Reply
avatar
Anonymous
November 26, 2011 at 8:37 AM delete

Aku dari dulu memamng tak setuju sgt2 bila si pendek nie jadi KETUA AMK....tak dak KARISMA sebagai ketua lainlah Chegu Bad....more gentlement

Reply
avatar
Anonymous
November 26, 2011 at 9:18 AM delete

INI AKU COPY PASTE DARI MALAYSIAKINI....
HARAP KORANG FAHAM APA MAKSUD AYAT NI.. KALAU BLOGGER NI TAK DAPAT NAK FAHAM MAKA KECEWALAH AKU...
"Perhimpunan itu akan dijalankan sebelum satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihan raya adil, BERSIH 3.0, yang dijangka diadakan pada Februari."
AYATNYA ADALAH SEBELUM BERSIH 3.0...

Reply
avatar
November 26, 2011 at 10:52 AM delete

Ini komen aku dalam Malaysiakini kelmarin (25/11/2011):

Ibn Abd Halim · Pengulas Tertinggi · DTC
Apa pula Bersih 3.0 untuk Anwar? Bukankah Bersih tu pilihanraya bersih dan adil? Kalau untuk Anwar gerakkanlah reformasi gelombang 2.0.
Balas · 1 · Suka · Unfollow Post · 13 hours ago

Reply
avatar
Anonymous
November 26, 2011 at 3:09 PM delete

Saudara Shamsul , fikir lah sebelum buka mulut ...jgn lah rosak kan agenda Bersih dan busuk kan nama PKR...Kes Anwar tu kes lain..

Reply
avatar
Anonymous
November 26, 2011 at 4:08 PM delete

hoi kwn,..hampa jgn jadi pengkhianat pd anwar plak..
kalau takdak sam dan kumpulan kami nih dah lama pkr berkubuq..

hampa pikir kalau takdak anwar pkr boleh survive kaa..

jgn lupa diri..

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 4:40 PM delete

Wah, puak pakatan sibuk berbincang
pasal kongres pkr laa..
Betul laa cakap sam ketot tuu..

Orang melayu mesti jadi PM sebab
melayu majoriti..!!

anon-anon pkr tak berani nak sokong sam ker..?
nak jaga hati kaum LGE,...maklum laa, pkr bergantung undi cina untuk menang kerusi PRU.

Undi India dah habis larii..
undi melayu lebih memihak pada Umno

pasal tu laa pkr berebut kerusi dengan Dap di Johor..!!

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 4:45 PM delete

IbnAbdulHalim,

wuuuiii,..riak jer bunyinyerr,..
kau taip jer laa komen baru,..tak payah copy/paste dari meloyakini tuu..

bukan panjang komen kau pun..

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 4:53 PM delete

Bercakap pasal rules of law,..patuh
pada undang-undang !
tapi kalau anwar masuk penjara rancang nak berhimpun ramai-ramai !

Kalau tak percaya pada undang-undang, mahkamah, polis, SPR..
lebih baik berambus jer laa..pii indon !!

Tak pun bubarkan jer negeri bawah pakatan tu..sebab kata SPR tak adil, menipu..!!

tak mau pulak !!..tau takut !!

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 4:58 PM delete

Penyokong pkr sibuk menghitung hari bila Anwar nak masuk penjara..

kahkahkahkah....

kelakar gila..

Tinggalkan saja pkr tuu..

Reply
avatar
bunbinban
November 26, 2011 at 8:25 PM delete

aloooo bro anon 4:08. Kalau lu ingat lu dgn sam je buat keje atau PKR utk anwar je lu silap bro. Pasal pe lak kalau lu org atau anwar takde PKR bungkus?. Agenda lu dlm reformasi lain ke bro?. Gua bkn geng chegu Bard tapi dah perati kan chegu Bard ni lama dah. Even gua punya kawan2 seme penyokong Samsul pendek tapi gua ttp rasa chegu Bard sebagai paling layak sebagai Ketua AMK. Persoalan dia pandai ke tak pandai BI tu tolak tepi. Kalau pandai BI tapi bodoh kehidupan lagi buang karan. Rakab...lu senyap.

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 8:30 PM delete

tak ada, tak ada wa tak kata apa-apa pun...ni masalah lu adik beradik, wa tak campur..

heheheheee..

Reply
avatar
Anonymous
November 27, 2011 at 1:32 AM delete

bunbinbun,bagi aku la nak habaq mai bard dan samsul sama2 layak.org2 kita dalam pkr semua baguih2,susah nak pikaq sapa yg layak.yg paling baguih tak disangkal lagi anwar berahin la.dia ibarat sebutiq permata.hati pun baguih.la ni kita dapat air free.skandal video mampuih aku tak caya aihh!gila apa.tak caya aku aihh!umngok pun bagi air free tapi watercanon la nak habaq mai muahaha.letrik free tu wayang ja.hangpa jgn dok caya nak habaq mai.

Reply
avatar
rakab
November 27, 2011 at 10:18 AM delete

lektrik free tu wayang jer ??
atok hang laaa..!!!

dah lama jadi realiti,...bukan sekadar fantasi !

hang baru keluar hutan kaa..??

Reply
avatar
Anonymous
November 27, 2011 at 1:45 PM delete

apa jenis barang hang ni rakab..nak habaq mai pemimpin2 belah hak kita ni lansung tak pernah buat dosa sekalipun hang tau dak.hang punya pemimpin tiap detik buat dosa.belah hak kita tak payah tobat pasai tak pernah dosa,belah hang tu tiap saat kena tobat hang paham dak.

Reply
avatar
Dr.rakab
November 27, 2011 at 3:13 PM delete

Oooooooooohhh,..sekarang baru laa
aku pahammmmm.....
rupa-rupanya hang nih sakit otakk..
apa tak habaq dari awal...!!!

Reply
avatar
Anonymous
November 29, 2011 at 12:16 PM delete

Salam semua,

ehehehe, bagusnya. sama2 geng pun bley gadoh. aku tak campor.

Reply
avatar
Anonymous
November 29, 2011 at 5:29 PM delete

klu dh terlalu taksub dgn pemimpin..cmni la jdnye..mcm nk bodek pn ade gak

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive