Survey kata hanya Pencacai UMNO yakin BN mampu tawan Pulau Pinang



KUALA LUMPUR, 17 Nov ― Majoriti pengundi kalangan kaum Melayu tidak yakin Barisan Nasional (BN) boleh merampas balik kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum akan dipanggil waktu terdekat.


Kajian kendalian Ilham Centre berkaitan persepsi dan tanggapan orang Melayu menunjukkan keadaan itu disebabkan perpecahan dalaman Gerakan dan ketiadaan Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang melepaskan jawatan perdana menteri dua tahun lalu, dalam kepimpinan Umno pusat telah menggelapkan harapan BN untuk kembali memerintah Pulau Pinang.

Kajian itu dijalankan awal bulan lalu dengan memfokus 720 responden dari dua kerusi Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri - yang kesemuanya berada dalam tangan Umno-BN. Salah satu kerusi Parlimen melibatkan Kepala Batas yang penyandangnya ialah Abdullah sendiri.

Pagi tadi Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang turut mengetuai BN Pulau Pinang mengumumkan tidak akan bertanding pilihan raya umum ke-13. Beliau tewas pada pilihan raya umum 2008.

Berhubung soal sama ada BN akan memerintah semula kerajaan negeri Pulau Pinang hanya 18.6 peratus yakin manakala 16.4 peratus mengatakan tidak. Pun begitu responden yang mengatakan tidak pasti adalah dalam lingkungan 60.8 peratus.

Berhubung soalan sama ada Pakatan Rakyat akan kekal memerintah negeri itu, 25.3 peratus bersetuju berbanding 17.8 peratus mengatakan tidak. Sekali lagi bilangan mereka yang tidak pasti agak tinggi iaitu 56.7 peratus.

Daripada 720 respoden yang ditemui itu, seramai 57 peratus merupakan pengundi dikategorikan sebagai mereka atas pagar manakala 43 peratus lagi kalangan ahli Umno.

Bagamanapun menurut hasil kajian itu, pengundi Melayu mengharapkan agar nasib mereka dibela dan lebih mendekati mereka dan prihatin atas segala masalah mereka.

Pengundi-pengundi Melayu juga mahukan bantuan secara terus kerana mereka tidak suka kepada persaingan, kata hasil kajian itu sambil menambah, “jika boleh, salurkan bantuan secara terus, bukan berlumba-lumba dengan kaum lain.”

“(Mereka) mahukan bantuan ‘one-off’ dalam bentuk tunai dan keperluan harian kerana itu lebih menyebabkan mereka yakin kepada kepimpinan kerajaan negeri.

“Mahukan agar kerajaan negeri tidak bersikap ‘bias’ dan mengamalkan diskriminasi dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan,” katanya lagi.

Selain itu, pengundi-pengundi Melayu mahukan tokoh atau calon yang boleh duduk bersembang, turun ke bawah ‘down to earth’ dan boleh sedia mendengar segala keluhan dan masalah mereka.

Hasil kajian Ilham Centre ini juga menunjukkan bahawa Umno Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu “berketurunan mamak.”

“Oleh itu, pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini. Namun begitu, orang Melayu masih lagi melihat dan meyakini bahawa Umno adalah harapan dan pilihan terbaik bagi mereka untuk terus membela nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang,” katanya lagi.

Di samping itu, Umno yang memiliki 11 kerusi Dewan Undangan Negeri, yang kesemuanya dimenangi tiga tahun lalu, tidak mempunyai tokoh yang dikatakan berkaliber dan berdedikasi setelah kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam PKR dan Pakatan Rakyat dan peletakan jawatan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, dipecat dari Umno pada September 1998 dan kemudian menubuhkan PKR.

“Namun rakyat masih lagi bergantung harap dengan Umno,” katanya lagi.

Ilham Centre juga berkata orang Melayu di kawasan kajian tidak mengetahui segala dasar baru kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

“Mereka lebih cenderung kepada segala manfaat yang mereka akan terima secara ‘one-off’ sama ada dalam bentuk bantuan kebajikan dan barang-barang keperluan harian seperti; beras, gula, tepung, telur dan wang tunai kerana ia lebih dirasai berbanding dengan pengumuman program dan rancangan pembangunan yang bernilai jutaan ringgit,” katanya lagi.

The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

11 comments

comments
Anonymous
November 17, 2011 at 6:00 PM delete

Kaum Melayu selalu mengharapkan bantuan..Lumpuhkah bangsa kamu?

There's no free lunch in this world la..Please wake up la!

Reply
avatar
rakab
November 17, 2011 at 6:10 PM delete

Survey ni tentu di taja oleh Dap,..
sebab hujah yang di ketengahkan
banyak memperlekehkan melayu !

Survey yang dirancang untuk mengelabui melayu P.Pinang semata-mata !!

Hakikatnya melayu semakin bersatu di bawah payung Umno/BN P.Pinang.

Reply
avatar
rakab
November 17, 2011 at 6:21 PM delete

Aku yakin BN belum mampu untuk menumbangkan kerajaan Dap P.Pinang ketika ini.

Umno berada dalam keadaan yang cukup kuat untuk menambah kerusi Dun yang bermajoriti melayu.

Tetapi Gerakan agak bermasalah..
masih belum mampu mendapatkan kepercayaan masyarakat cina..

Pengumuman Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding dalam PRU13 nanti,
mula memberikan sinar harapan..

Masa masih ada,...Gerakan perlukan ikon baru di Penang..

Reply
avatar
rakab
November 17, 2011 at 9:46 PM delete

bagus sekali survey. jangan percayakan orang2 kapiaq. biar kita undi saja orang2 melayu walaupun pemimpin melayu itu rasuah, perompak, pembunuh, pencuri dsbnya. hidup umno!

Reply
avatar
rakab
November 17, 2011 at 11:15 PM delete

anon 9.46PM, tuu...anjing pkr yang
menyamar aku...

PAKATAN BANGANG

Reply
avatar
Anonymous
November 18, 2011 at 12:37 AM delete

anon 6:00 pm

ketika kita merdeka org melayu kebanyakan nya masih dgn pemikiran kekampungan.

mmg ada org cina yg datang ke tanah melayu yg tak berniaga ttp membuka kebun dan ladang. ketika itu pun csara mrk berkebun dan berladang lebih terkehadapan dr org melayu . apa lg hal hal berniaga.

apabila kehidupan ini semakin maju dimana keuntungan/ekonomi menjadi sangat perlu, baru lah org melayu nak berubah. dan membawa org melayu dr kampung ke bandar yg moden. atas sbb ini satu persetujuan tlh dicapai spy mrk dpt dibawa bersaing dgn memberi keistimewaan supaya hak mrk dijamin.

tp sehingga skg, tanya lah sesiapa pun di Msia ini, org melayu masih lg ketinggalan. Bukan krn kesalahan org cina tp hak 30% tsbt telah disalah guna oleh pemimpin melayu sendiri. tepuk dada tanya selera.

sy yakin kalau pemimpin dahulu jujur kita tidak ada masalah spt ini iaitu harap kan bantuan.

dlm hsl ini saudara ken jujur. di kilang kilang jelas perbezaan pendapatan dan kenaikan pangkat antara kita. membeli barang utk spare part pun kita dpt lihat 2 keadaan yg berbeza.

sy bg contoh. sy menanam buah nangka. di bantu oleh kawan cina sekampung dgn sy. ada satu baja dia suruh sy beli. tp dia kata sy susah nak dpt. sy suruh dia tulis dlm bahasa cina. sy ke kedai tny dulu ada tak baja tsbt. tuan kedai mcm terkejut. sy tunjukkan kertas tulisan cina tsbt. tuan kedai kata 'oh u cina tolong ka' Baru sy dpt baja tsbt.

sy beli rumah. hrg sy beli dgn harga jiran sebelah (cina) beli pun tak sama.

krn itu kita perlu kjaan baru iaitu Pakatan Rakyat supaya kita dpt berganding bahu. Sdr pasti tahu apa akibat jurang ekonomi di antara kaum yg jauh antara satu sama lain.

Reply
avatar
Anak kg pertama
November 18, 2011 at 12:44 AM delete

Benar ke buat servey tu..ada ke kenal mananya org UMNO atau penyokong BN dan mananya org PR..ada tertulis didahi ke nama parti org yg diservey tu?

P/S: Syok sendiri org2 PR...ramai org dah benci dan meluat dalam hati kt PR..siapa tahu..

Reply
avatar
Anonymous
November 18, 2011 at 8:29 AM delete

hahaa pakatan haram syok sindiri hahaha lucu giler

Reply
avatar
Anonymous
November 18, 2011 at 10:09 AM delete

pencacai MAMAK je yang sokong umno PP...PHUIIII....

Reply
avatar
Anonymous
November 18, 2011 at 10:41 AM delete

bgus la klu BN blh menang di Pulau Pinang..moga2 nasib Melayu terbela

Reply
avatar
Anonymous
November 18, 2011 at 3:48 PM delete

"Oleh itu, pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini. Namun begitu, orang Melayu masih lagi melihat dan meyakini bahawa Umno adalah harapan dan pilihan terbaik bagi mereka untuk terus membela nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang"

Jika UMNO harapan adalah terbaik untuk terus membela nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang, mengapa masih wujud lagi permintaan one off atau tidak mahu bersaing dikalangan bangsa lain?

Adakah bantuan yang sewajarnya diberikan kpd orang melayu cukup sekadar wang saku dan harapan shaja. Seperti pepatah Inggeris menyebut. “Give a man a fish, you have fed him for today. Teach a man to fish, and you have fed him for a lifetime". So sememangnya UMNO sentiasa akan memberikan bantuan berupa wang ringgit daripada sanggup berkeras untuk membiarkan melayu berlajar berdikari untuk bersaing dengan kaum lain agar dapat membangunkan keyakinan diri dan kehebatan dalam diri setiap orang melayu.
UMNO mahu melayu UMNO sentiasa dalam keadaan dalam dilema dengan tidak membenarkan keupayaan mereka berkembang melalui pemberian wang semata2 agar dapat meraih undi dan sokongan kpd mereka. Dan isu ini tidak hanya bertepuk sebelah tangan sahaja dimana Melayu UMNO yang mempunyai sikap malas bekerja, mengharapkan jalan senang utk kaya, suka berhibur dan sikap suka mendapatkan bantuan akan sentiasa mengharapkan yang mereka dibantu oleh UMNO dan sudah pasti melayu jenis ini jika pihak UMNO gagal membantu mereka akan mengugut untuk beralih undi kepada pihak lain maka kenyataan pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini dan orang Melayu masih lagi melihat dan meyakini bahawa Umno adalah harapan dan pilihan terbaik bagi mereka untuk terus membela nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang membuktikan sikap mereka tersebut. Kita sedia maklum bukan semua melayu sebegitu tetapi sudah pasti melayu yang tegar dalam UMNO yang sentiasa ingin bersenang lenang tanpa usaha yang menjadikan usaha bangsa melayu untuk maju menjadi sampah, tidak progresif dalam membina kejayaan dan gagal bersaing dengan bangsa lain.

Melayu yang bagus akan sentiasa membina keyakinan diri dengan tidak harap bantuan kerajaan sepenuhnya. Rajin bekerja dan berniaga. Sentiasa bersikap positif ketika berfikir dan berhujah di dalam kehidupan mereka seharian. Dengan adanya kefahaman dikedua2 pihak (orang melayu dan kerajaan) sudah pasti akan bertambah hebat bangsa ini..

Achmad Abdollah
notoracist@gmail.com

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive