Selangor tak turut bubar DUN, buatkan UMNO gelabah.



Pengumuman kerajaan negeri Selangor untuk hanya membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Jun tahun depan mengundang kegusaran pelbagai pihak, terutamanya di kalangan BN dan Umno, kata setiausaha politik, menteri besar, Faekah Husin.


Katanya, ramai daripada mereka itu melenting dan pelbagai tuduhan pula dilemparkan.

Menurutnya, kerajaan negeri melihat tiada sebab pilihan raya awal diadakan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013.

“Alasan yang diberikan oleh menteri besar amat jelas bahawa kita tidak mahu mencontohi amalan Umno-BN pada 2008 bila mana pilihan raya diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan ADUN Umno-BN pada tahun tersebut telah habis digunakan walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya.

“Menteri besar juga menegaskan kerajaan negeri mahu memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2012 benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Faekah, seperti dijangka, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang juga adalah timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor mempertikai keputusan berkenaan.

Malah, katanya, Noh juga menuduh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai cuba tunjuk dan gila kuasa dan takut menghadapi pilihan raya.

“Sejak isu penyalahgunaan dana untuk projek menternak lembu dibongkar, Noh menjadi tidak keruan. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang menteri.

Ghairah main politik

“Noh tiada kredibiliti untuk mempertikaikan keputusan kerajaan negeri Selangor ini. Selaku menteri kabinet, beliau telah gagal melaksanakan tugas malah terlalu banyak isu kontroversi yang gagal ditanganinya.

“Isu lembu-NFC misalnya, sebagai anak syarikat yang diletak di bawah kementeriannya, Noh bertanggungjawab untuk menjelaskan bagaimana geran RM250 juta dibelanjakan termasuk untuk membeli kondomonium,” katanya.

Menurut Faekah, agenda sebenar Noh adalah untuk menonjolkan dirinya di mata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya beliau dilantik menerajui Selangor.

“Noh telah membuktikan dirinya gagal selaku menteri malah cetek ilmu dalam pengurusan kewangan. Noh nampaknya lebih ghairah bermain politik untuk menonjol diri dengan harapan dapat menerajui Umno Selangor.

“Noh begitu ghairah untuk menonjol di mata perdana menteri serta cuba untuk menenggelamkan peranan Datuk Satim Diman selaku ketua pembangkang, apatah lagi ketua pembangkang itu sendiri turut bergelumang dengan skandal,” katanya.

Faekah berkata, dengan tidak semena-mena pula Noh turut menuduh kerajaan negeri tidak mahu bekerja sama dengan pusat dan berpolitik dalam isu pertanian.

Noh, ujar beliau sepatutnya menjadi orang yang terakhir untuk memberi pandangan jangan berpolitik dalam isu rakyat.


Malaysiakini

21 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kenapa ??..Tau takutt ???

    Sebelum ni, bukan main lagi nak suruh bubar parlimen !!
    tu, tup,..nak bubarkan DUN pun tak berani..!!

    kahkahkahkah...

    Sebenarnya pakatan dalam kedudukan yang lemahhh !!..tak ada konfident...

    semua orang boleh nampak perkara tuu.....

    PAKATAN LEMAH

    ReplyDelete
  2. UMNO gelabah ker PR selangor goyang nk bubar sebab banyak lg khazanah nk songlap? yg tulis blog sama banggang dengan kerajaan negeri selangor...haha

    ReplyDelete
  3. hahahaha..kalo dh tkt nk bubar dun tu mcm2 alasan diberi..ape cer..pr ni mcm goyang je nk hadapi pru..tkt dgn kuasa rkyt yg dh xsabar nk buang pr dlm laut ke..hehehe

    ReplyDelete
  4. pr sudah kecut..ceramah2 dieorg dh xde smbutan..dh xrmai nk dgr kencing dieorg..pr bodo dulu kini dan selamanya!

    ReplyDelete
  5. Bodohnya puak2 Umporno kat atas ni
    Dlm pilihanraya 2008 tu yg dpt mandat drpd rakyat adalah BN bawah pimpinan Pak Lah
    Apbl Najib naik jadi PM, dia hanya mewarisi mandat yg dimenangi Pak Lah
    Kalau tengok balik sejarah, apbl Tun Mahathir dan Pak Lah dilantik sbg Presiden UMNO dan Perdana Menteri, mereka bubar parlimen dan buat pilihan raya utk mendpt mandat tersendiri dlm lebih kurang 3 bulan selps dilantik
    Tapi Najib ni dah tunggu lebih 2 tahun
    Orang bodoh pun tahu Najib adalah penakut sebenar, bukan PR

    Rakyat Selangor memberi mandat kpd TS Khalid utk memerintah selama 5 tahun
    Jadi biarlah PR Selangor menunailan tanggungjawab mereka tanpa terburu buru nak tanding pilihan raya

    ReplyDelete
  6. mcm2 la zakwan ni..kerajaan yg memerintah blh bubarkn parlimen bile2 ms dlm tempoh memrintah wlpon blm ckup 5thn n kebiasaanya dun2 jgk akn dibubarkn..ko xpyh la nk banding plak thn 2008 dlu time pak lah dlu..rakyat dh bg mandat kt bn utk memerintah..tempoh smpi 5thn..tp mcm aku ckp td..biasanya dun2 akn ikut sm bubar..tp skrng ni pr tkt nk bubar dun serentk dgn parlimen..hahahahah...nmpk sgt penakut!!dlu beria2 sukekn pru..skrng tkt plak..br sedr ke rkyt makin muak dgn pr..hahha

    ReplyDelete
  7. Selangor jangan lah dengar provokasi2 orang yg bodoh dan yg akan kecewa....buat lah keputusan yang bijak .Yg penting kena kalah kan BEENEE

    ReplyDelete
  8. dlu suke sgt pilihnrya..skrng tkt pilihnrya plak..hahahaha...rkyt semkin menymph dgn pr!!

    ReplyDelete
  9. keldai2 dap dh rmai yg sedar ke..ke rmai org xdpt paymnet dr nuar juburi..hahaha

    ReplyDelete
  10. umporno sudah pening sb selangor xnk bubar parlimen ikut pusat...hahahah..ambik ko umporno..

    ReplyDelete
  11. woi umporno ko ingat semua org bole ikut telunjuk ko...lembu2 cai2 umporno bole laa ko suruh...hahaha..kesian2

    ReplyDelete
  12. rakyat selangor kalau boleh jgn bubarkan langsung DUN Selangor ni sehingga puak puak umngok ni meraban mcm babi hutan minum todi.

    aku tahu pencacai pencacai sakit hati sbb MB Khalid gunakan kuasa dia sbg MB dgn bijak. Undang undang pun tak melarang MB Khalid bubarkan DUN selepas bubar Parlimen.

    he he he.. noh dgn sekutunya tlh bersedia utk prn tp bila di lambat kan, byk lah lagi duit yg umngok kena laburkan.. percaya lah dgn cara mcm ni rakyat sel yg paling beruntung dan silap hr bulan pokai dan papa lah org umngok selangor.

    ReplyDelete
  13. hahhaaha..aku rs pust xkish pon korng nk bubar dun xserentak...bgs jgk..sbb kalo time pru13..masing2 akn focus pd parlimn n dun2 yg selain pr punye..lps tu kalo 4negeri pr ni nk wt asing2..bn leh fokus btul2 kt 4negeri ni.kasi kempen kaw2.kasi bungkus keldai2 dap ni sume..

    ReplyDelete
  14. dan kalau difikir dgn betul eluk jugak idea bubarkan dun selangor sepas pru 13.

    sb, selepas 6 bulan pru 13 kita akan dpt lihat janji palsu dan cakap kosong pemimpin umngok yg menjanjikan mcm mcm semasa pru 13. Jd kalau nak tawan Selangor Bee End kena tunaikan janji pru 13 dulu.

    he he he.. kalau buat sekali pru 13 dan pr dun .. umngok guna duit RM sekali je.. kalau PRU 13 dan PR DUN Selangor di buat berasingan.. mana nak cari duit.. tak kan nak buat jalanraya tempat yg sama.. tak kan nak buat sekolah tempat yg tlh dibuat masa pru 13, tak kan nak buat dewan sampai 2 buah di taman yg sama.. fikir fikir kan lah

    ReplyDelete
  15. Kalau melibatkan selangor biasanya mmg panas. Semua cybertrooper cetek akal upahan Najib (sila baca entri najib upah cybertrooper)akan serang habis habisan untuk menspin cerita2 asalkan boleh menarik minat dan kepercayaan pengundi terutama atas pagar dalam memebangi kembali negeri terkaya di malaysia. PR selangor tidak takut tp mahu rakyat negeri nikmati bajet 2012 sekurang2nya enam bulan. Tak macam 2008 dahulu di mana PRU di adakan pada mac 2008untuk sama dengan pusat, tetapi UMNO-BN selangor masa itu telah habiskan bajet tahun tersebut yg baru saja masuk bulan ketiga. Ini semua tidak akan diceritakan oleh gerombolan toyol2 jawa dalam UMNO. Aku rasa yg dok tak puas hati kt selangor ni ada dpt air free tak? Korang igt bawah toyol jawa akan dpt free ke? Kena rompak lagi adalah. Kesimpulannya spinlah seberapa banyak anda boleh spin tapi Maha Kuasa lebih hebat. Mungkin gerombolan cetek akal dan buta hati macam anda akan ikut jejak langkah anda tp tidak bg rakyat yg lain.

    ReplyDelete
  16. Dulu pakatan bukan main garang nak pilihanraya sampai sanggup kosongkan kerusi supaya PRK semula
    sebab yakin pakatan kuat.

    Hari ni, telor dah kecut..!!

    cakap pun dan lain bunyi...

    Pakatan memang dah lemah,...tunggu hari nak kena sembelih jer...

    ReplyDelete
  17. lancau...pakatan harami dah ilang kote..
    kihkihkih

    ReplyDelete
  18. Eh.. AnakPolis 8.30pm menyamar aku la.. Aku sumpah ko 7 keturunan hidup x senang kat dunia ni..

    ReplyDelete
  19. Peduli apa dengan kata-kata bodoh juak-juak UMtoya ini. Jangan layan depa. PR perlu cerdik. Gunakan segala peluang untuk memikir dan melakukan strategi-strategi yang boleh membuat bangkai-bangkai ini hilang punca. PR should be on the offensive but focussed on your enemy. Peerah dengan bangkai-bangkai macam bakak ni. Orang macam ni seduit pun tak guna.

    ReplyDelete
  20. RM 100 dah di bagikan. Hrp jika praya ni bulan mac penerima yg mengundi masih terasa seronok dan berterima kasih.

    emm .. nampaknya kena lah tambah duit lagi utk rakyat selangor jika praya 6 bulan lagi..

    lebih baik dr umngok yg bodooooh..

    ReplyDelete
  21. apapun....pembangkang selongor duk menyalak lebih2 pun...melayu tunggang langang pun last2....keturunan jawa juga yg jadi MB kalau umno menang pun.
    melayu jgn harap la yea...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post