Salim Parlan akhirnya mengaku berkhalwat



GEORGETOWN: Selepas beberapa kali dihadapkan ke mahkamah, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, dan bekas pembantu peribadinya akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Ferringhi, di sini, April lalu.


Pengakuan itu dibuat Salim dan Nur Diayana Norslan, 30, di hadapan Hakim Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya sejurus pertuduhan dibaca semula ke atas mereka di Mahkamah Syariah Batu Gantung, di sini, semalam.

Salim yang memakai baju putih dan berseluar hitam dilihat hanya menunduk dan sedikit gelisah, manakala Nur Diayana pula menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan di kandang tertuduh.

Salim didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996, manakala Nur Diyana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama.

Sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember ini bagi menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, pada 21 Jun lalu, Salim mengemukakan semakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Nik Bukhari Hashimy yang membenarkan perbicaraan kes khalwatnya diteruskan.

Pada 15 September lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan perbicaraan kes khalwat itu diteruskan.

Sejurus prosiding selesai, Salim dilihat terlebih dulu keluar dan Nur Diayana pula dilihat keluar kira-kira lima minit selepas itu sebelum dilihat menaiki Perodua Alza putih yang menunggunya di luar mahkamah.


myMetro

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
November 22, 2011 at 11:31 AM delete

INI SEMUA KERAN PEMIMPIN PEMBANGKANG LAH NI YANG TELAH MERACUNI PEMIKIRAN...........

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN PUNYA TIM. MENTERI PUNYA KENYATAAN......merujuk kepada beberapa insiden di SEA GAMES......HAHAHAHAHAHAHA

Reply
avatar
Anonymous
November 22, 2011 at 12:06 PM delete

apa ada kena mengena dgn pemimpin pembangkang berkaitan kes khalwat salim parlan dgn pembantu peribadi nya nur dayana norslan, ini semua umnongok yg mengajar nya mcm lembu kondo bangang punya orang 11:31 AM...hehe

Reply
avatar
Anonymous
November 22, 2011 at 1:03 PM delete

bgsla ngaku..lps ni blh bertaubat...jgn jd mcm anwar juburi.dh meliwat berthn2.langgan pelacor..tp xnkngaku n xnk bertaubat..hahahaha

Reply
avatar
Anonymous
November 22, 2011 at 1:42 PM delete

ini semua ikut tebiat aljuburi ler....kaki juburrrr...
nak buat maksiat,..piii penang.

Reply
avatar
Datuk Trio
November 22, 2011 at 1:51 PM delete

Dia mengaku sebab dia buat...
Yang Nuar tak ngaku sebab dia tak buat....
12.06 kalau kau pulak macamana..
rasanya kau tak ngaku kalau kau buat..ka..ka..ka..

Reply
avatar
November 22, 2011 at 5:51 PM delete

http://batutepijalan.blogspot.com/2011/11/bila-mb-pahang-akan-akui-lynas-bahaya.html

Reply
avatar
Anonymous
November 23, 2011 at 2:53 PM delete

anon 1:03 pm

tu sbb maksiat dan kejahatan dlm umngok tak kurang sbb di lakukan dgn kecuaian yg di sengaja. lepas buat senang senang taubat. lepas menipu dan sebat harta negara g haji. balik terus menipu membohong lg.

org dlm kumpulan ni susah nak bertaubat tp org yg melakukan dosa krn kelemahan diri ada jalan taubat utk dia.

Reply
avatar
Anonymous
November 23, 2011 at 2:57 PM delete

selalunya org dlm atau dr kementerian aliran pemikiran dia org ialah dr umno.

anon 12:06 dan sewaktu tak buat tp dia rela mengaku. yg untung bela lembu shahrizat.. tp yg mengaku dan jd lembu anon 12:06.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive