PM Melayu : Strategi bodoh Shamsul Iskandar?

Ini adalah satu analisa mengenai ucapan Ketua AMK, Shamsul Iskandar yang mencabar UMNO supaya meminda perlembagaan agar jawatan PM hanya disandang oleh orang Melayu..

Mungkin ia sesuatu yang sukar untuk dibayangkan, apabila Timbalan Presiden partinya datang dengan membawa "semangat zaman (zeitgeist)" dalam ucapan perasmiannya; malah dalam ucapan dasar dirinya memetik bekas Timbalan Presiden yang menekankan "keadilan untuk semua" sebagai prinsip perjuangan parti - namun akhirnya "Perdana Menteri untuk Melayu" pula yang menjadi tumpuan - dalam kongres sayap pemuda sesebuah parti yang mendakwa membawa politik baru dengan melaungkan "Keadilan Untuk Semua".


Untuk berlaku adil kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin, cabaran "pindaan perlembagaan untuk menjamin agar jawatan Perdana Menteri hanya disandang orang Melayu" - sememangnya dilontarkan dalam konteks di mana siri pengkhianatan UMNO terhadap Melayu disenaraikan. Seperti biasa, kenyataan sedemikian akan cuba dipertahankan sebagai "langkah percaturan politik", dan ia telah diakui secara tidak langsung oleh Shamsul sendiri dalam sidang media selepas itu, apabila mendakwa ianya sekadar "cabaran untuk UMNO". Bagi mereka yang masih mahu membela ketua AMK ini, mungkin hanya boleh memberikan alasan "barangkali pengolahannya kurang baik".

Sebelum kita pergi jauh kepada soal idealisme, biar kita kupas beberapa persoalan di sebalik kenyataan ini. Andaikan ini sebagai langkah percaturan politik untuk memerangkap UMNO, apakah ia strategi yang bijak?

Mati dua kali

Pertama, "cabaran sedemikian" semestinya menembak diri di depan komuniti bukan Melayu. Apa tidaknya, AMK mencabar UMNO untuk melakukan sesuatu yang lebih bersifat "perkauman", dari kaca mata bukan Melayu. Padahal kebanyakan bukan Melayu akur dengan realiti politik bahawa PM disandang Melayu, cuma, apa perlunya "jaminan perlembagaan"? Pendirian Ketua Pemuda DAPSY Anthony Loke jelas, bahawa ini mungkin bukan masanya PM disandang bukan Melayu, tetapi cadangan untuk menyekat bukan Melayu melalui pindaan perlembagaan semestinya dilihat sebagai langkah undur ke belakang.

Mungkin dari perhitungan Shamsul (gambar kiri), seandainya UMNO tidak berbuat demikian, maka ia mampu membongkarkan kemunafikan UMNO di depan masyarakat Melayu, lantas Melayu sedar dan mengalihkan sokongannya dari UMNO. Jikalau inilah perkiraanya, maka ia jelas naif - kerana UMNO terkenal sebagai parti politik perkauman. Strateginya senang, seandainya UMNO membalas cabarannya dengan menawarkan agar ahli parlimen PKR atau PAS menyokong bersama agar pindaan ini dibuat, apa pula pendirian PKR, malah Pakatan Rakyat?

Di sini langkah percaturan politik Shamsul ini mematikan PKR untuk kali kedua, di depan Melayu - sungguhpun dua kali Shamsul terselamat dalam pemilihan sebagai Ketua AMK.

Masalah kepimpinan Shamsul

Ia mungkin boleh disifatkan sebagai "bodoh", dari segi strateginya. Padahalnya ia bukan kali pertama Shamsul Iskandar melakukan kesilapan sedemikian. AMK di bawah pimpinan Shamsul pernah mencadangkan "Kongres Anak Melayu" untuk membincangkan masalah Melayu, dalam kongres AMK pada Mei 2010. Tiada masalah untuk PKR membincangkan masalah Melayu, padahal ia lebih dilihat sebagai masalah "pengolahan" pada ketika itu, jikalau dibandingkan dengan kes hari ini.

Apa yang menjadi persoalannya - adakah kongres itu telah diadakan untuk meredakan kerisauan Melayu? Jika jawapannya ya, apakah pula hasilnya?

Di sini masalah pimpinan Shamsul Iskandar - prestasi, atau hasil kerja. Pernah beliau mendakwa mahu mengumpul 100 ribu tandatangan dari seluruh pelusuk Malaysia untuk membantah pembinaan Menara Warisan Merdeka, tatkala kehangatan suara bantahan dalam laman internet. Tepuk dada tanya selera, di manakah petisyen tersebut, yang dijanjikan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri?

Budaya bercakap besar (atau kosong) dan "hangat-hangat tahi ayam" ini yang menjurus kepada kelemahan AMK pada hari ini. Tiada prestasi yang terserlah untuk diserahkan. Ketika menggulung perbahasan pada hari ini, sekali lagi Shamsul mendesak, mengugut untuk turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional, seandainya pilihan raya terus sarat dengan penipuan. Anak muda yang progresif tidak ada masalah dengan "jalan raya". Masalahnya cuma, sejauh manakah kemampuan AMK untuk mobilisasi demonstrasi jalanan, sedangkan lebih setengah kerusi dewan dikosongkan sebelum kongres melabuh tirai?

Hilang arah

Mungkin kegagalan untuk menunjukkan prestasi yang unggul menjejaskan keyakinannya, yang menjurus kepada situasi "serba tak kena". Ucapan meskipun bersemangat, tetapi berkerut-kerut dahi audiensnya. Apabila Shamsul melontar cabaran ini kepada UMNO, beliau seolah-olah lupa bahawa AMK adalah sayap pemuda untuk sebuah parti politik yang mahu mendepani zaman. Beliau bukan mencabar UMNO untuk mengambil selangkah ke depan - agar persaingan politik membawa kemajuan dalam pendemokrasian, sebaliknya cuba "memerangkap" musuh politiknya untuk berundur ke belakang. Sebagai kesudahannya, dirinya yang terperangkap.

Parti politik yang disuntik semangat zaman menggagaskan sesuatu yang progresif. Selama ini parti pembangkang meraih simpati, tidak dipersalahkan kerana golongan progresif memahami situasinya yang tercengkam dalam ruang bersuara yang sempit. Ideal yang progresif tidak diketengahkan, dikhuatiri bakal mengundang serangan UMNO, dan pembangkang tidak mempunyai saluran untuk menjelaskan pendirian atau pandangan mereka.

Namun simpati ini seolah-olah diambil kesempatan, sehingga mengeluarkan sesuatu yang konservatif, bercanggah dengan politik reformasi, malah semangat zaman! Seandainya situasi ini berlarutan, ia bakal membawa krisis identiti kepada AMK. Shamsul tidak perlu berteori atau memetik konsep canggih dalam ucapannya. Beliau hanya perlu menjawab, "Apakah yang membezakan antara AMK, dengan Dewan Pemuda PAS, DAPSY, dan Pemuda UMNO?"


Merdeka Review

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
bunbinban
November 26, 2011 at 8:29 PM delete

maaf kata la, tu bkn di panggil strategi bodoh tapi mmg sah bodoh. hahaha...Kena perati dia ni sket...start dah nak buat perangai zul kulim tu....hahaha...maklumlah, dah dekat pru nih kena up sket perangai buruk...hahaha...alaaa dlm pemilihan parti si gemuk pendek nih bole wat u turn takan tak leh nak buat dlm pru

Reply
avatar
Kafir
November 26, 2011 at 9:23 PM delete

PM melayu atau PM mamak aku tak peduli sangat. Aku dapat makan babi cukuplah.

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 10:41 PM delete

Apa dah jadi ni ??

Kongres pkr dah bertukaq jadi medan
membersihkan taik sam ketot !

hahahahaaaa...

Kongres cuma setahun sekali,..
ucapan Sam pun sesekali jer..
tentu ucapan tu dah dikaji, diteliti impaknya kepada parti dan
perjuangan AMK !

sah ler sam ketot ni bangang..
makin porak peranda pkr di buatnya..

Reply
avatar
Anonymous
November 27, 2011 at 9:11 AM delete

mat shamsul tak ada langsung kriteria kepimpinan.....
sama juga tantawi.....
tak bolen jaga kesihatan...tembam
kuatlah sikit jaga kseihatan...

Reply
avatar
Anak kg pertama
November 27, 2011 at 11:26 AM delete

Selagi UMNO tunjang BN dan dipilih rakyat selagi tulah PM org Islam/Melayu...lain le PR yg masih kelam...

P/S: Terfikir siapa lepas DSAI..siapa gantinya?..kalau anak DSAI sebagai pengantinya tentu PR parti "dinasti".

Reply
avatar
Anonymous
November 27, 2011 at 3:03 PM delete

lim guan eng la ganti.nak habaq mai hang takmoh hidup aman macam masa kalifah kelima dulu?banyak aih yang boleh ganti.limkit siang ada karpal singh ada.hang yang gapla tak nampak akhlak mulia limkitsiang dan karpal.hati hang tak celik nak habaq mai.ustad azizan boleh jadi tpm karpal nanti hang tau.dapat ayaq free la ni syukoq jaem la.banyak pulak hangpa umngok punya bunyi.

Reply
avatar
penternak_lipan
November 29, 2011 at 3:26 AM delete

ketua AMK ni minum air daun ketum banyak sangat kot.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive