Pesawah Tuntut Noh Omar Letak Jawatan



SEKINCHAN, 22 NOV : Hampir 100 petani dan pesawah di sekitar Sekinchan, Sungai Burung dan Sungai Panjang menuntut Menteri Pertanian, Industri Dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk segera meletak jawatan sebagai menteri.


Tuntutan itu ekoran kegagalan beliau membela nasib kaum petani dan pesawah di daerah tersebut serta tidak mengendahkan nasib para pesawah untuk menambah subsidi padi.

Hari ini bertempat di Site B Sekinchan hampir 100 petani berkumpul sambil memegang kain rentang melaungkan slogan "hidup petani" , " naik subsidi RM50 seratus Kilo" dan " Noh Omar letak jawatan".

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang turut sama menyertai perhimpunan aman itu berkata kerjaan pusat tidak mengamalkan unsur monopoli dalam urusan penjualan padi yang mengakibatkan kerugiaan kepada pendapatan pesawah.

" Kita minta supaya harga padi diapungkan untuk penjualan secara bebas,kita tidak mahu Beras Nasional (BERNAS) memonopoli pasaran,kita mahu harga padi dibeli kepada sesiapa yang menawarkan pada harga yang tinggi,harga itu perlu diapungkan supaya pasaran dijual pada harga bebas.




Menurut Ng, nasib para pesawah perlukan perhatian dan pembelaan kerana golongan ini hanya menuai dua kali setahun sebagai sumber pendapatan tahunan mereka.

Katanya tekanan ini semakin mendesak disebabkan kebanyakan para petani hidup dalam keadaan tersepit dan kesusahan angkara kos saraan hidup yang semakin tinggi.

Sehubungan itu beliau meminta agar kerajaan pusat menyemak harga subsidi padi yang tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lepas.

"Harga di paras RM24.81 untuk seratus kilogram sejak 20 tahun yang lalu,kita minta yang berhormat semak harga supaya dinaikkan kepada RM50.00.

Katanya dengan kenaikan harga subsidi ini akan membolehkan petani menikmati secara terus subsidi tersebut serta mengelak dari penglibatan 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan sebagimana berlaku sekarang.

Dalam pada itu Ng juga menggesa agar Noh meletak jawatan ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh.

Wang tersebut sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi.

"Dibawah skim ini, insentif akan diberikan kepada mereka berjaya peningkatan hasil, contohnya pada musim yang pertama 5 tan,musim kedua 7 tan , dan musim ketiga 7 tan, maknanya sudah ada peningkatan sebanyak 2 tan, dan 2 tan itu akan dibayar dengan insentif ini iaitu 1 tan sebanyak RM650 dan 2 tan sebanyak RM1,300.

"Maknanya bantuan kepada golongan petani hilang,oleh yang demikian petani hari ini berdiri di sini, menyatakan rasa tidak puas hati, ke mana duit ini pergi dan Noh Omar perlu menjawab ke mana lesapnya wang RM110 juta.Dan jika Noh Omar tidak boleh menjawab kita mendesak agar beliau meletak jawatan kerana gagal membela hak petani," tegas beliau.


TVS News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
rakab
November 23, 2011 at 1:48 PM delete

ASD,

tak ada siapa yang minat entri ni,
isu pakatan dah tak laku..

heheheheeee...

Reply
avatar
Anonymous
November 23, 2011 at 3:02 PM delete

saya selalu mengikuti perkembangan politik terkini...namun apa yg saya sangat kesali kebanyakan komen2 yg selalu dikeluarkan menyakitkan hati terutama komen2 En Rakab..selaku orang Islam saya rasa amat sedih dengan keadaan spt ini...walau apa juga fahaman politik kita janganlah kita cuba utk menyakitkan hati satu sama lain....hukumnya berdosa...dosa kita dgn Allah SWT pun blm tentu diampuni apatah lagi dosa yang melibatkan org lain..saya minta maaf kerana terpaksa menegur...

Reply
avatar
Anonymous
November 23, 2011 at 3:06 PM delete

tu lah mentaliti pecacai Umno ikut bos dia ...sendiri kena comment/attack melenting

Reply
avatar
rakab
November 23, 2011 at 4:02 PM delete

Anon 3.02,

Kau cuma nilaikan komen aku jer ker...??

bagaimana dengan komen pecacai pakatan ??

kau ada fikir kenapa respon aku
bersifat macam tu ??

aku boleh menerima teguran,..tapi biar adil !!

Reply
avatar
Anonymous
November 23, 2011 at 9:43 PM delete

Terimakasih kerana sudi menerima teguran saya..itu bermaksud hati En Rakab lembut juga..Insyallah hidayah mudah akan dtg ke dalam diri..

Minta maaf saya jika En Rakab terasa tetapi apa yg saya maksudkan disini ialah semua komen2 yg menyakitkan hati sesiapa yg membacanya..tak kiralah org Umno ke PKR ke..dsbnya..yang penting selagi kita ini orang Islam sewajibnyalah kita menjaga lidah kita...sbb asbab lidahlah yg blh membawa samada kita ke syurga mahupun ke neraka...

Menyakiti orang lain tidak mendatangkan apa2 manfaat kepada orang itu..cthnya kita lihat betapa biadabnya penyokong Indonesia kepada pemain bola sepak kita..pemain kita dikepong, diludah, dicerca, bendera negarapun diconteng, dikoyakkan, dibakar,dipijak dan diletakkan dibahagian dubur dan qubul...lagu negara diperlekehkan..akhirnya apa yg mereka dapat???Hanya penghinaan..Allah SWT Maha Adil...Jadi ambillah iktibar dari kejadian ini..banyak pengajarannya..

Jangalah kita sakit menyakiti antara satu sama lain, jangan fitnah memfitnah selagi tidak dapat dapat bukti yang sohih terutama bab Qazaf...Anwar Ibrahim digelar anwar aljuburi...itu sudah keterlaluan...kalau Najib Tun Abd. Razak pun dipanggil Najib Zinari atau gelaran yang seumpama pun saya tidak setuju sama sekali...Janganlah kerana fahaman politik yg berlainan kita bercakaran dan saling sakit menyakiti..Kalau suka@tidak lahirkan saja dlm kertas undi, bukankah itu lebih baik.Belum tentu org yg kita puja & kita sokong akan membantu kita didunia mahupun diakhirat...sedangkan kita yg akan selama2nya akan menanggung dosa selagi tidak meminta maaf kpd orang yg kita sakiti...

Saya minta maaf kpd semua yg terkesan dgn penulisan ini..scara jujurnya saya tidak pernah menulis komen yg sebegini di mana blog2 politik wpun seringkali membacanya..tapi sya bimbing saya akan dipersalahkan diakhirat kerana tidak amar makruf dan nahi munkar...Maafkan saya sekali lagi..Wallahu Taala A'lam...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive