Penternak mohon RM250j dana sama seperti NFC

PUCHONG – Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor (PPRNS) mendesak kerajaan menyediakan dana sebanyak RM250 juta kepada kira-kira 500 ahli persatuan itu seperti mana yang diberikan kepada Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Pengerusinya, Samad Kassim berkata, kebanyakan ahli adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing mendakwa sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan atau institusi kewangan untuk memajukan ternakan masing-masing.


Menurutnya, ia berbeza dengan apa yang diberikan kerajaan kepada NFC, sedangkan penternak tidak diberikan kemudahan sama.

“Penternak yang juga ahli PPRNS memerlukan dana untuk memajukan lagi industri dan kita menjamin 30 peratus peningkatan pengeluaran produktiviti industri ternakan termasuk susu segar, daging, susu kerbau sapi, daging kambing dan baja organik selepas tiga tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Samad berkata, dengan kemudahan dana yang disedia­kan itu, mereka dapat membeli induk lembu, kambing dan kerbau, malah tidak mustahil pembangunan bidang ternakan menjadikan Malaysia antara negara pengeksport untuk produk berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan penternak sudah menceburi bidang ternakan lebih daripada 10 tahun dan mengetahui selok-belok industri yang dijalankan.

“Kita mempersoalkan mengapa kerajaan memberi dana kepada syarikat baru seperti NFC sedangkan ia se­patutnya diberikan kepada penternak yang sudah ber­puluh tahun dalam industri ini.

“Persatuan memohon kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi perhatian serius terhadap permintaan ahli bagi menjamin peningkatan industri ternakan di negeri ini,” katanya.

Sinar Harian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
November 22, 2011 at 12:59 PM delete

bagus tu..mintak terus kat rosmah...

Reply
avatar
hulu langat
November 22, 2011 at 1:33 PM delete

Syabas en samad, saya sokong 100%. berilah pd kita yg berpengelaman mengendalikan hal2 penternakan. Pd mes. agung PPRNS yg lalu sy dah jumpa exco N.Selangor Yb Dr Yaakob Sapari dan sekali lagi ketika menziarahi Allahyarham AP Titiwangsa di Masjid keramat, mohon pinjaman/bantuan utk beli mesin buat baja dll. Nak tahu apa dia jawap " jual je beberapa ekor kambing dpt lah beli mesin tu". Kecewa sy dengan jawapan tu. Sy ambil positif mungkin dia bergurau. Sy akan jumpa en samad utk perkara ini. Perjuangkan hingga berjaya.

Reply
avatar
Anonymous
November 22, 2011 at 1:39 PM delete

Mintak dgn kerajaan Selangor ler..
drpd buat kandang babi sampai 300juta tu,..lebih baik bagi penternak lembu.

Reply
avatar
aku
November 22, 2011 at 2:13 PM delete

Anon 1:39

APE LAH BEBAL BENO DEME NIH..DIA NAK TERNAK LEMBU..BUKAN NAK TERNAK BABI...APE KE BEBAL BENO..KALO DIE NAK TERNAK BABI SEKALIPUN DIA BAGITAU..MINTAK SECARA SAH..TAK SELEWENG....MINTAK DUIT TAPI BAGI ANAK BERANAK MAKAN...KALO BELA LEMBU TAPI ASEK NAK MNIPU PUN...HARAM JUGE JADINYE..BODOH LA DEME NIH...

Reply
avatar
rakab
November 22, 2011 at 3:31 PM delete

PPRNS hang semua melayu tak layak. kena jadi mamak utk dapat tahu tak?

Reply
avatar
Anonymous
November 22, 2011 at 6:07 PM delete

Buat pijaman dan senang nak diluluskan kerajaan umno bn mamak, kena join ahli mamak kutty minaci kutty halal haram mamak sapu bersih, melayu telan air lioq basi.

Reply
avatar
TEORI rahman
November 22, 2011 at 11:54 PM delete

bodoh punya orang..mintak dengan khal;id gagap le..
dia kan MB !

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive