Pemuda DAP, MCA terkejut kenyataan 'rasis' Shamsul



Pemuda DAP hari ini menyelar kenyataan Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin yang mencabar Umno meminda perlembagaan untuk memastikan hanya Melayu boleh menjadi perdana menteri.


Ketuanya Anthony Loke berkata, kenyataan yang disampaikan dalam ucapan dasar Kongres AMK di Johor Baharu semalam bersifat rasis dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat merampas Putrajaya.

"Saya terkejut dengan kenyataan bersifat rasis Shamsul kerana sayap Pemudanya sentiasa menganjurkan prinsip pelbagai kaum PKR.

"Kenyataan rasis dan melulu sebegitu akan melambatkan usaha PKR untuk menyumbang kepada penamatan (era) rasisme di negara ini," kata Loje dalam kenyataannya semalam.

Katanya, ucapan Shamsul itu boleh digunakan oleh komponen BN bagi menuduh PKR sebagai parti rasis.

Loke bagaimanapun menegaskan bahawa ucapan Shamsul tidak melambangkan pendirian bersama Pakatan yang menuruti prinsip meritokrasi.

Bagaimanapun, ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Shamsul tidak memberi komitmen jelas sama ada pergerakan itu meminda perlembagaan bagi usaha tersebut.[Baca berita penuh]

MCA: Sebar prasangka kaum

Sementara itu, Pemuda MCA juga dalam kenyaaannya hari ini berkongsi nada yang sama dengan DAP.

"Dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia, kenyataan Shamsul akan menyebarkan prasangka kaum.

"Kenyataan seperti ini, yang keluar dari mulut ketua Pemuda PKR amat mengejutkan," kata Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen.

Dalam kenyataannya hari ini, Chai berkata, kenyataan sebegitu untuk tujuan politik tidak harus diucapkan dengan mudah kerana semua parti politik bertanggungjawan memastikan keharmonian kaum dan kestabilan sosial.

"Walaupun belum mentadbir kerajaan persekutuan, mereka sudah membuat kenyataan perkauman yang tebal; oleh itu saya rasa Shamsul hanya mahu menggunakan peluang dalam kongres PKR untuk muncul sebagai wira di media," katanya.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
bik mama
November 26, 2011 at 12:56 PM delete

Kalau DAP terkejut aku boleh terima lagi tapi kalau MCA terkejut tu aku xboleh terima... MCA lagi teruk rasis nya!!! bukan setakat pada bangsa, agama pun dia hina!!!

Reply
avatar
PengikutPenganutPAS
November 26, 2011 at 1:16 PM delete

ape2 pun si dia ni tak layak pagang jawatan ni la. .
ada dengar?? dia tak layak !!!
ada faham?? dia tak layak !!!
tqvm le ye

Reply
avatar
November 26, 2011 at 1:49 PM delete

DAP toksah ambik hati. Dia ini memang pendek akal. Omputih kata: His mouth is faster than his brain. Selalu cari publisiti murah. Beats me how Chegubard can be defeated?

Reply
avatar
Anonymous
November 26, 2011 at 2:31 PM delete

apalah itu taktik nak bagi apco-ameno lagak MCA/Gerakan/MIC. hang semua bodoh tak faham2 strategi.

Reply
avatar
anti sam
November 26, 2011 at 3:42 PM delete

sam ketot tak ptt ucap mcm tu..
org bkn melayu pandang serong pd pkr...sebab yg ucap tu ketua amk pkr !
kesilapannya membuatkan ameno ketawa besar....bodo punya org

Reply
avatar
Anonymous
November 26, 2011 at 4:07 PM delete

chegu bard sewajarnya layak dulu menjawat AMK. tp masalah teknikal yg blm ada ksudahan maka dia gagal. chegu bard seorang yg rasional dan hebat.Banyak isu dapat dibangkitkan oleh beliau seperti isu cincin, altantuya dan sebagainya.

Reply
avatar
Anonymous
November 26, 2011 at 4:28 PM delete

piiiraaahhh chegu bard,..geng dia dah bnyk lompat jd bebas....silap2
dia satu hari nnti pon akan lompat..

sam paling setia dgn anwar..
sam for vice president !

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 5:18 PM delete

Hello PengikutPenganutPas,

lama tak tengok nick name ni..
mana hang menghilang ??
pii jaga lembu shahrizat kaa..??

hang muncul TEORI rahman pulak hilang...

hahaha hihihi huhuhu

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 5:23 PM delete

Triple P,

kat sini ramai yang pro chegubard laa,..termasuk ASD !

Sam Ketot tu orang kuat Anwar tau..
hang jangan perlekeh dia..

Reply
avatar
Anonymous
November 26, 2011 at 5:44 PM delete

Ini satu sindiran jee.. umngok perasan sgt hny melayu unngok je yg layak jd PM. Melayu lain tak layk samada dr PAS atau pun PKR. slogan hny umngok yg boleh menyelamatkan org melayu.

Jd kalau betul ubahkan lah perlembagaan. Kesilapan shamsul ialah dia kata melayu tetapi lebih tepat melayu umngok. sbb kita raja berpelembagaan jd tu sbb umngok kata hny org melayu aje yg boleh jd PM.

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 6:09 PM delete

non 5.44,

tak payah laa kau nak cover si ketot tuu..

kenyataan dia dah terang lagi bersuluh,..memang itu agenda AMK..!

malangnya Anwar sendiri menolak..

nampak sangat Sam ketot dan AMK ni bodoh..

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 6:26 PM delete

Anwar Ibrahim kata Pakatan Rakyat tidak akan menyokong sebarang usaha Umno jika mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi semata-mata menjamin hanya orang Melayu boleh menjadi perdana menteri.

" Sekiranya Umno melaksanakan perkara itu, PKR akan menentang kerana mereka menyokong sentimen politik perkauman "

Kalau Umno terima dan lakukan cabaran itu, bermakna Umno cuba bermain sentimen perkauman ?

“Kami tidak akan sokong. Jika mereka berani buat syor, kami akan jawab bahawa anda hanya bermain sentimen perkauman meskipun anda tidak membantu orang Melayu."

Jadi itulah strategi AMK, yer ??

Statement si Ketot semalam tentang cabaran itu sebagai membuktikan keadilan, tentang justice as fairness, tentang meletakkan sesuatu pada tempatnya, tentang rukun damai dan suasana harmoni,..... semua itu cuma strategi AMK ??

Kalau pun ia disifatkan sebagai strategi, kenapa Anwar pergi londehkan strategi itu ??

Orang kalau pergi berperang cara berstrategi, dia tidak akan umumkan pada semua orang apa strategi itu...!! Tak masuk akal.

Melainkan orang itu sendiri takut strategi makan tuan !!

Reply
avatar
Anonymous
November 26, 2011 at 9:17 PM delete

hang tulih berjela apa barang rakab.aku nak habaq mai.takda satu manusia berani bagi ayaq free.dia ni la satu2 hang tau dak.betapa kami rakyat hepi tak ingat hang tau.samdoi la hang rakab.skandal video tu lagi bodoh,hang tak perasan ka semua barang dalam hotel tu kaler hitam putih,hang pi la cekin hotel tengok kurang2 ada la merah ka biru ka.aku lansung tak pecaya aihh!mampuih aku x caya aihh!

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 11:05 PM delete

dik non 9.17,

Hang jangan happy sangat,..dapat ayaq free bawah RM20. Kekayaan negeri bangsa lain yang sapu !

gejala murtad hang jangan ambik mudah. Pluralisme makin menular..

hang dok kelabu mata dengan ayaq free bawah RM20 tu saja..

Kalau hang tak percaya video tu, tak semestinya perkara tu tak benar..
tentu laa hang tak percaya sebab dapat ayaq free bawah RM20..

Reply
avatar
Anonymous
November 27, 2011 at 2:05 PM delete

mampuih aku tak caya aih!mana ada barang2 dalam hotel semua hitam putih aih.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive