NFC akhirnya mengaku…



PETALING JAYA: Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berkata pihaknya bersedia menghadapi tindakan saman daripada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) berhubung skandal projek lembu di Gemas dan pembelian kondominium One Menerung di Bangsar.


Malah beliau menerimanya dengan terbuka memandangkan dakwaan yang dibuat PKR selama ini tidak dinafikan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

“Tiga pengakuan Mohamad Salleh mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri mempunyai unsur-unsur penyelewengan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Pengakuan itu adalah NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan, serta perjanjian RM250 juta “tidak menyatakan jadual pembayaran balik”.

“Ini mengesahkan pendedahan PKR sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa,” katanya.

Beliau turut kesal dengan kenyataan Mohamad Salleh yang bukan sahaja mengesahkan pendedahan PKR tentang pembelian kondominium mewah yang bukannya RM9.8 juta, tetapi RM13.8 juta.

Katanya, ketiga-tiga pengakuan NFC mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat.

Surat debat kepada Khairy

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan di peringkat kabinet semasa penganugerahan projek kepada NFC dan penglibatan Shahrizat dalam proses membuat keputusan.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara pada Rabu depan.

Laporan SPRM itu katanya akan menyentuh soal proses penganugerahan projek yang mempunyai unsur-unsur penyelwengan.

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi berkata pihaknya juga hari ini telah menyerahkan surat rasmi kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjemput supaya debat mengenai isu ini diadakan pada 12 Disember depan.

Ini berikutan persetujuan Khairy sebelum ini untuk berdebat dengan syarat ia diadakan hanya selepas Perhimpunan Agung Umno selesai pada 3 Disember depan.

“Kita hanya sediakan tarikh, terpulang untuk Khairy pilih tempat,” kata Rafizi.

Free Malaysia Today

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. cukup lah menyerang peniaga orang melayu, serang saja orang melayu yang menyebelahi cina sial yang mengunakan orang melayu dan melihat orang melayu jatuh dari berjaya

    ReplyDelete
  2. ya la,aku sokong anoy ni.hangpa dok serang melayu nak niaga apasal? walau apapun jd, dia tetap melayu. kesian kat dia. dia berjaya ka tak ka, jgn peduli, janji melayu kita kena support.

    khaaaaak puiiii!

    ReplyDelete
  3. bodo..klau nak kaya pun biar cara betoi...klau duit makbapa depa sapa nakamik kisah...kita ni orang islam..setiap daging yg tumboh dari sumber yg haram api nerakalah tempatnya...mengaji tak mau lpas tu sokong tak ketahuan punca...melayu amno latu

    ReplyDelete
  4. aku pun melayu jugak.. nak pinjam RM 300 juta dari kerajaan nak buat modal niaga nasik lemak.. aku pasti and yakin akan success punye.. kalau kantoi pedulik apa aku.. duit kerajaan.. duit cukai rakyat... ada aku kesah ??!!..

    dukeen from SP..

    ReplyDelete
  5. Aku pun Melayu jugak....jadi kena bagi pinjam aku gak, tak payah bagi banyak mcm NFC tuh... RM100M cukup larrr......syarat 0%kos,bayaran balik tak yah, spending camner pun boleh.....camner? viable tak project aku? NPV infiniti, IRR 1000%......kah!kah!kah!

    ReplyDelete
  6. sib bek aku bukan melayu...sama cam salijat..mamak..heheee

    ReplyDelete
  7. orang biasa nak wat loan (tak sampai 100k pon) untuk berniaga punya la susah nak mampos... puak2 ni senang jer... berjuta lak tu...

    ooo... apa dia??... melayu??... abis tu yang VIP/VVIP jer ker yg melayu... rakyar biasa suma bukan melayu...

    ReplyDelete
  8. sibuk dok cite melayu...si sharizat tu melayu ke? asl islam je melayu? ni la otak beku pencacai umno..

    ReplyDelete
  9. sayang lagi ka melayu ka apa bangsa sekalipun ijat ni...???? kepada ameno hang pa dah tak boleh pakai....korupsi melampau....woiiit ameno hangpa ingat ni harta mak bapak hang pa ka???

    ReplyDelete
  10. Inilah melayu! Dapat modal dari gomen bukannya nak buat bisnis,buat beli kondo dan melancung. Sampai bila orang melayu yang betul-betul boleh berbisnis boleh dapat sokongan dari kerajaan? Ini menyusahkan orang melayu yang ingin mendapatkan loan [bukan geran macam menteri ni ya..]for sure financial institution tak percaya lagi. Kita pinjam bayar interest lor! Akibat dari ini scenario akan lebih menyusahkan orang lain,betul-betul memalukan bangsa sendiri.Apa jawapannya nanti kita tak tahu. Lebih baik digunakan dana tersebut untuk membantu kontraktor kelas F yang masih merangkak untuk mendapatkan modal perniagaan. Kalau dikatakan dana disimpan didalam bank tidak mendatangkan hasil lumayan. Satu lagi aku pelik kata menteri noh omar,setiap pengeluaran dana mesti mendapat kelulusan committee,apakah committee juga terlibat sama melepaskan dana yang tidak perlu semata-mata disebabkan menteri? Atau ada yang masyuk!!!!!

    ReplyDelete
  11. kak izat tu bukan bodoh ,lawyer, tak kan tak tau di M&A company ada tercatat samada syarikat boleh beli hartanah ke tidak ...syarikat tak menjadi ? eem bukan duit mrk , dana cukai rakyat peduli apa dia...rembat je lah ,rugi tak payah bayar lepas tu kerajaan bail out..macam contoh2 yg ada...nak saman PR buat apa ,bukan PR dedahkan ada dalam report AG , PR cuma highligh kan je..
    LETAK JAwatan setiap menteri yg terlibat..Tak bertanggungjawab sungguh.

    ReplyDelete
  12. Anon 5;05 AM org melayu umno apa kurang nya menyebelahi MCM dan GERAKAN yg itu xpe ke? jgn lah kamu nampak kuman di seberang nlautan tp gajah di dpn mata kamu butakan MATA, BENGONG..

    ReplyDelete
  13. Seorang Kafir MalaysiaNovember 19, 2011 at 3:53 PM

    bagus sekali utk membela orang-orang melayu yg merompak khazanah negara. BAGUS dan turuskan sokong Apco-ameno supaya negara cepat-cepat bankrap. Selepas bankrap jangan pulak salahkan orang-orang cina ok. Hidup melayulah ikut suka hati. Jahaman cina ikut suka hati. Pada kami orang cina, orang kafir akan terus bergigih "makan pahit" untuk survival kita. Hang semua melayu boleh lah hidup mewah sekarang. Aku jangka lagi 10 atau 20 tahun hang punya anak cucuk akan bertinggalan orang-orang indon, bangla yg jadi warganegara sekarang...waktu itu hang sudah tua dan akan kesal selama-lamanya.

    ReplyDelete
  14. aku pun bukanlah nak bantai melayui berniaga.. siapa tak nak tengok melayu maju.. soalannya skarang melayu mana yg kita nak tengok maju.. melayu bawahan yg memang susah tapi ada kepakaran dan semangat utk maju? atau melayu kaya raya tahap menteri yg memang dah jutawan utk tambahkan kekayaan mereka?

    mana korang pilih?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post