Muhyiddin mahu ahli Umno jihad pertahan kuasa Melayu..

Teks ucapan Muhyiddin dibawah laporan ini.. macam mana boleh ada dalam e-mail aku entahlah...



Ni pantun Muhyiddin buat semua Ahli PKR.. nampak bodoh sikit pantun ni.. hisap rokok dalam kelambu? nak mampus jadi abu.. cuba lah..

Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu
PKR umpama golok kayu
Tetak tak lut gadai pun tak laku.


Ni pula kenyataan kononnya untuk membakar semangat ahli UMNO dari Muhyiddin.. nampak bodoh sikit.. yang aku highlight merah tu..

“Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran ... Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap ... Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu”.

KUALA LUMPUR, 29 Nov ― Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurunya merupakan “ibu segala pilihan raya.”

Susulan tsunami politik tiga tahun lalu, Timbalan Presiden Umno ini menegaskan pilihan raya umum ke-13 akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.

“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?” kata beliau berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno malam ini. Ucapannya disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan.

Dalam ucapan bertemakan “Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad”, Muhyiddin yang timbalan perdana menteri bertanya perwakilan ketiga-tiga sayap, “sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita?”

“Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak,” kata beliau.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini yang Umno merupakan parti terasnya berkata, perjuangan Umno sekarang jihad untuk agama, bangsa dan negara.

“Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah,” katanya merujuk kepada perwakilan ketiga-tiga sayap itu.

Laporan diatas dipetik dari The Malaysian Insider, berikut pula adalah teks ucapan Muhyiddin sepenuhnya..

**************************************

TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN

TIMBALAN PRESIDEN UMNO

“MENUNJANGI SURVIVAL BANGSA: SUATU JIHAD”


DI MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2011

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

YB Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita

YB Sdr. Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda

YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin
Ketua Pergerakan Puteri

YB Naib-Naib Presiden UMNO
YB Setiausaha Agung UMNO

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian.

1. Marilah kita dahului dengan sembah tahmid ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun pada malam yang bersejarah ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2011.

2. Perhimpunan tiga sayap penting parti UMNO ini adalah kemuncak manifestasi suara akar umbi umat Melayu yang mahu melihat perjuangan bangsa diperkasa, kesucian agama dibela, kedaulatan pertiwi dipertahan dan keutuhan parti UMNO sebagai gerakan pembela umat Melayu yang tiada galang-ganti ini diperkukuh dan diperteguhkan. Inilah perhimpunan terbesar umat Melayu yang mengangkat suara keramat rakyat dari segenap ceruk desa dan kota, dari segenap lapisan warga, untuk dijadikan suluhan, panduan dan sempadan dalam melayari bahtera di samudera perjuangan meninggikan agama, memartabatkan bangsa, mendaulatkan nusa dan menobatkan siasah parti UMNO yang tercinta.

Kesatuan kita ini ibarat kata pepatah Melayu:

Bulat Air kerana Pembetung
Bulat Manusia kerana Muafakat
Kata seia kata sepakat
Setuju sependirian setuju sependapat
Kata dibulati kata bertepati
Janji termeteri, kejayaan dinikmati

3. Maka dalam semangat Maal Hijrah, marilah kita perkukuhkan kesatuan hati sesama kita, marilah kita semarakkan muafakat yang membawa berkat, supaya terpancar darinya sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita. Demikianlah ajaran junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. yang membentuk kesatuan Ansar dan Muhajirin, yang mendamaikan permusuhan ‘Auz dan Khazraj.

4. Sesungguhnya, harapan umat Melayu terhadap UMNO tinggi menggunung. Sebagai parti yang tertubuh atas semangat kental perjuangan, UMNO memikul amanah besar untuk terus membela kesucian agama, menjulang maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara. Di atas jemala UMNO, terhimpun sejuta harapan dan cita-cita umat Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang bermaruah, bermartabat dan merdeka jiwanya.

Kuasa Politik Melayu Goyah, Fitnah Terhadap UMNO

Saudara dan Saudari Sekalian,

5. Langit tidak selalunya cerah, laut tidak selalunya tenang. Tsunami politik yang melanda ketika Pilihanraya Umum 2008 dilihat oleh banyak pihak sebagai titik mula perubahan lanskap politik yang ketara di negara kita. Barisan Nasional kehilangan majoriti dua per tiga di Parlimen. Kedudukan UMNO dan parti-parti komponen BN tidak sekuat dahulu. Kuasa politik Melayu semakin goyah.

6. Tidak semena-mena timbul persepsi bahawa UMNO tidak lagi mampu untuk membela nasib orang Melayu. Malah, pelbagai tuduhan liar dilempar kepada UMNO. Ada yang kata UMNO tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu selama 54 tahun memerintah; UMNO parti rasis; UMNO pemuflis negara; UMNO anti-demokrasi; malah ada yang mengatakan UMNO adalah ibu segala kejahatan. Na’uzubillahi min zalik.

7. Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa. Kepada YAB Presiden, usah resah, usah gelisah, usah gundah, usah gulana. Teruskan perjuangan. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke lautan sama direnangi. La takhaf wa la tahzan innallāha ma’ana.

8. Sesungguhnya, percikan api fitnah mereka menyambar dan merebak ke segenap sudut kehidupan, menyemarak sentimen kebencian. Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas - hilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama UMNO dan meruntuhkan harapan orang Melayu terhadap parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik.

Tembelang Pembangkang

9. Pada masa yang sama, parti-parti pembangkang mengambil kesempatan atas hakisan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar. Parti DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

10. Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau. Mereka langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

11. Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihanraya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

12. Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Agenda mereka yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

13. Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum sahaja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu.

14. Hari ini kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.

15. Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera.

16. Begitulah juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR ini ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam. PKR sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya. Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

17. Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO. Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah. Masing-masing sedang menilik nasib Ketua Umum mereka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang mahu terus timbul, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyucikan Ketua Umum mereka. Yang petah berceramah menggunakan pentas Islam untuk menjaja pelbagai konsep fikah – daripada fiqh maqasid kepada qazaf – semata-mata untuk membela Ketua Umum mereka. Bagi yang berfikiran ultraliberal, mereka mengambil kesempatan atas kemelut moral yang berlaku untuk mewajarkan pelbagai amalan yang bertentangan dengan budaya masyarakat Timur atas nama kebebasan. Mutakhir ini, pemikiran pluralisme agama yang amat mengelirukan umat Islam juga cuba dimurnikan oleh golongan ini semata-mata untuk mewajarkan pemikiran Ketua Umum mereka yang semakin bercelaru.

18. Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan Ketua Umum mereka. Dari satu segi, PKR dulu, kini dan selamanya tidak pernah berganjak daripada tujuan penubuhannya, iaitu mempertahankan seorang individu. Untuk itu syabas kita ucapkan kepada PKR, walaupun sebenarnya:

Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu
PKR umpama golok kayu
Tetak tak lut gadai pun tak laku.

19. Lain pula halnya dengan PAS. Suatu ketika dahulu, PAS begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam. Bagi mereka, Islam adalah ghayah atau matlamat dan PAS adalah wasilah atau alat untuk mencapai matlamat. Mereka begitu komited sehinggakan sanggup menuduh sesiapa sahaja yang tidak menyokong perjuangan parti itu sebagai kafir. Malah, UMNO dikatakan parti taghut kerana tidak menyokong agenda negara Islam acuan PAS. Akibatnya, umat Islam berpecah dan berbalah sesama sendiri lantaran fatwa songsang PAS.

Saudara dan Saudari Sekalian,

20. Mutakhir ini, tak semena-mena PAS sudah tidak lagi memperkatakan tentang matlamat menubuhkan negara Islam. Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin PAS, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam PAS. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk.

21. Anehnya, PAS tidak pula mengatakan PKR dan DAP sebagai parti taghut. Jauh panggang dari api, PAS sebaliknya mengangkat kedua-dua parti itu sebagai rakan sekongkol dan sekedudukan mereka. Negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik PAS. Ternyata, tsunami politik yang melanda dalam pilihan raya umum lalu telah menghanyutkan istilah negara Islam dari kamus politik PAS. Bagi PAS, dalam menghadapi lanskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

22. Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?

23. Untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan. Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka.

24. Walau apa pun, kita hendak bertanya kepada PAS. Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan? Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan. Justeru, kita nak katakan kepada PAS, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dahulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan.

25. Sebenarnya PAS bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan. Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik PAS untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam. Apa yang penting bagi PAS, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP.

Keresahan Melayu

Saudara dan Saudari Sekalian,

26. Perkembangan mutakhir ini semakin meresahkan orang Melayu. Mereka tertanya-tanya apakah nasib masa depan umat Melayu di tanah air sendiri. Terbangunkah ekonomi Melayu dan Bumiputera jika apa sahaja usaha untuk membantu mereka dianggap sebagai rasis dan berpilih kasih? Apakah orang Melayu dan Bumiputera akan mendapat bahagian yang adil dalam pengagihan kekayaan? Wujudkah peluang-peluang ekonomi untuk orang Melayu dan Bumiputera dalam dunia yang semakin kompetitif?

27. Bagaimana dengan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera? Masihkah boleh mereka bergantung harap kepada biasiswa daripada kerajaan? Apakah ada ruang untuk mereka membangunkan potensi diri dalam rancangan pembangunan modal insan negara? Bagaimana pula dengan peluang-peluang pekerjaan untuk mereka? Selain itu, apakah kedudukan istimewa agama Islam akan terus terjamin? Terbelakah agama Islam jika serangan bertubi-tubi kepada institusi-institusi Islam berterusan? Terpeliharakah kesucian Islam jika parti seperti DAP lebih berpengaruh mentakrifkan Islam?

28. Seterusnya, orang Melayu bertanya, akan kekalkah kuasa politik Melayu jika pembangkang terus melakukan serangan demi serangan terhadap institusi-institusi Melayu? Mampukah UMNO untuk membela nasib umat Melayu? Mampukah UMNO untuk terus bersuara mewakili mereka seperti dahulu? Mampukah UMNO untuk terus memenuhi harapan orang Melayu? Atau adakah UMNO akan terus terperangkap dalam psikologi politik pasca-tsunami 2008 yang meresahkan orang Melayu?

UMNO Adalah Jawapan Kepada Keresahan Melayu

29. Sebenarnya, jawapan kepada persoalan-persoalan ini ada pada kita semua. Sebagai ahli UMNO, sebagai pemimpin UMNO, kita semua memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan UMNO.

30. Hakikatnya, UMNO telah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008. Kita tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan UMNO dalam membela orang Melayu. Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Presiden selaku Perdana Menteri. MTAB bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa. Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin kompetitif.

31. Terkini, YAB Perdana Menteri telah pun melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik iaitu, (i) pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan Bumiputera; (ii) pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian; dan (iii) penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar. Tiga fokus strategik ini diharapkan dapat melonjakkan pencapaian Bumiputera dalam bidang ekonomi. Selain itu, penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi akan terus dipertingkatkan melalui pelbagai projek pemula di bawah Program Transformasi Ekonomi dan juga melalui Program Transformasi Luar Bandar. Semua ini adalah kesinambungan daripada usaha-usaha yang telah dilakukan UMNO selama ini dalam perjuangan mengangkat martabat ekonomi Bumiputera.

32. Begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin UMNO tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan. Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan. Dengan dana sebanyak 500 juta ringgit, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan Bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh 5 tahun akan datang. Semua ini adalah manifestasi komitmen UMNO untuk memastikan anak-anak Melayu dan Bumiputera yang cemerlang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berjaya dalam kehidupan.

33. Yakinilah, sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO akan terus membela hak anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan segala bantuan pendidikan yang layak bagi diri mereka. Pada masa yang sama, atas dasar keadilan, kita juga tidak menafikan hak anak-anak kaum-kaum lain untuk mendapat kemudahan yang sama. Inilah prinsip al-‘adl wal ihsan yang ditekankan dalam agama kita.

34. UMNO juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperleceh. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguatkuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi. Kerajaan Pusat komited untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya. Bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik. Ini adalah keikhlasan UMNO untuk memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara kita.

35. Fokus kepada pendidikan Islam adalah selari dengan pendekatan wasatiyyah UMNO, iaitu sederhana dan berimbang, dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan. Al Quran memberikan asas tentang ummatan wasata sebagai strategi terbaik membangunkan Islam, bukannya pendekatan ekstrem yang hanya terpancar dengan retorik dan kenyataan-kenyataan yang umum sifatnya dan tidak memberi kesan kepada pembangunan institusi dan sistem.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat 143:

وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى

ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ

Yang bermaksud:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

36. Dengan pendekatan wasatiyyah ini kita seimbangkan pembangunan rohani dan pembangunan fizikal, antara tuntutan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Kedua-duanya adalah dituntut oleh Islam. Dalam konteks ini, Islam harus diberi makna yang luas. Ianya bukan sahaja satu sistem kepercayaan, tetapi juga cara hidup yang mencakupi segenap segi kehidupan. Al-Quran dalam Surah Al-Asr menyebutkan إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ yang memberi maksud orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang melakukan amal soleh. Ertinya, syi’ar Islam tidak hanya terpancar melalui amalan ritual semata-mata, tetapi juga melalui amal soleh dan pembangunan yang membawa kesejahteraan hidup manusia.

37. Inilah komitmen UMNO. Kita mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat. Ini jugalah tekad politik UMNO dalam memastikan umat Melayu semakin maju dan berwibawa dalam segala bidang dan lapangan.

38. Namun sebagai parti tunjang di dalam Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan komitmen mensejahterakan rakyat merentasi batas kaum. Dengan konsep perkongsian kuasa, UMNO telah membuktikan keikhlasannya memimpin dalam kepelbagaian bangsa dan kelainan agama. Sebagai contoh, sewaktu kita memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, walaupun kita dikritik hebat, hakikatnya limpahan nikmat turut sama dikongsi oleh semua kaum. UMNO tetap sedar bahawa bagi meneruskan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara, realiti landskap politik negara yang majmuk sifatnya mesti dipelihara. Jangan kita tanamkan kebencian kepada kaum-kaum lain. Jangan kita lemparkan kehinaan kepada agama-agama lain. Jangan kita titipkan prasangka kepada budaya-budaya lain. Kita bukan rasis seperti DAP.

Pilihanraya Umum Ke-13

Saudara dan Saudari Sekalian,

39. Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini. Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihanraya umum ke-13 adalah ibu segala pilihanraya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?

40. Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri?Jawapannya tentu sekali tidak.

41. Ayuh, gerakkan seluruh kekuatan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO untuk menjadi benteng parti. Datuk Seri Shahrizat, Pergerakan Wanita adalah srikandi UMNO. Pengaruh wanita amat kuat dalam masyarakat. Setiap undi wanita amat penting kepada UMNO. Perkukuhkan gerakerja Jalinan Rakyat. Perhebatkan aktiviti Skuad Sayang dengan pendekatan yang tersusun dan teratur. Kajian sikap mesti tepat, penyelarasan dan kerjasama dengan kepimpinan bahagian mesti mantap.

42. Saudara Khairy, andalah panglima perang paling muda dalam UMNO. Gerakkan barisan pemudamu, jadilah benteng UMNO yang kukuh. Turun ke akar umbi, dekati dan selamilah aspirasi generasi seangkatan denganmu. Persiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalam peperangan yang paling perit dalam sejarah parti kita. Bersedialah dengan kekuatan mental dan fizikal. Biar putih tulang, jangan putih mata!

43. Landskap politik kini adalah milik orang muda. UMNO komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. UMNO tidak akan menjadi parti yang kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda.

44. Datuk Rosnah, Puteri adalah permata UMNO. Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan matlamat. Dalam kelembutan Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa golongan wanita muda ke pangkuan UMNO. Bingkaslah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti. Perhebatkan program Puteri di segenap peringkat. Kembalikan kegemilangan Puteri sebagai sayap tempat bernaung remaja dan wanita muda untuk bersama-sama mencorak hala tuju Negara. Laksanakan peranan anda dengan berkesan supaya parti kita menjadi lebih kuat.

45. Atas segalanya, kitalah yang menentukan kekuatan parti kita. Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) parti kita akan kuat. Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihanraya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihanraya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah.

46. Calon adalah senjata parti untuk menang. Berilah sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya. Yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat. Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka.

47. Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Marilah kita bersatu menjayakan agenda transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden. Pendekatan berani YAB Presiden dalam memperkenalkan transformasi politik, dalam menunjangi perubahan, perlu disambut oleh segenap lapisan ahli-ahli UMNO.

48. Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan ‘mandikan’ calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan. Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihanraya. Ingat, pilihanraya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihanraya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti.

49. Sebagai sebuah organisasi, UMNO tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan. UMNO bukanlah malaikat. Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan.

50. Dalam perjuangan ini, UMNO tidak boleh bersendirian. Ajaklah, serulah, panggillah, pujuklah seluruh umat Melayu untuk bersama kita. Raih setiap sokongan dan keyakinan seluruh persatuan Melayu, gabungan Melayu, badan-badan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, belia, budaya untuk bersama kita di bawah panji UMNO dalam mempertahankan survival umat Melayu. UMNO melihat seluruh organisasi Melayu sebagai pejuang. Mereka ada sumbangan dan peranan yang besar. Ajaklah penyokong pembangkang yang sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti mereka yang sia-sia untuk bersama-sama kita. Demi kelangsungan umat Melayu, marilah kita bersatu. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 103:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ

Yang bermaksud:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

51. Gendang perang sudah dipalu. Langkah pendekar sudah disusun. Bangunlah! Berjuanglah! Pergilah ke seluruh 222 Parlimen, 576 Dewan Undangan Negeri dan 7470 Pusat Daerah Mengundi. Jangan ada yang tertinggal, tersisih dan tercicir. Jangan ada satu pun yang terlupa. Raih setiap undi di setiap kawasan. Ingat, walaupun satu undi ianya akan menentukan kemenangan kita.

52. Beri tumpuan kepada masalah rakyat. Rasai denyut nadi mereka. Dengar rintihan dan keluhan mereka. Bantulah mereka. Kita adalah mata, telinga dan suara rakyat. Paling utama, kita mesti bertanggungjawab. Lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang UMNO dengan membantu rakyat.

53. Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan pembangkang terus menghina perjuangan parti kita. Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan.

Patah sayap bertongkat paruh,
Patah paruh bertongkat siku,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah dagu bertongkat kuku.

54. Medan perang di hadapan kita. Kita tiada banyak pilihan. Maralah ke hadapan dengan semangat kental Tariq bin Ziyad, panglima muda yang menakluki Andalusia. Ketika menyeberangi Selat Gibraltar dengan bilangan tentera yang kecil, Tariq berkata kepada tenteranya:

“Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran ... Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap ... Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu”.

55. Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkan saf perjuangan parti! Berdiri teguhlah di belakang YAB Presiden parti. Bangkitlah pertahankan kelangsungan umat Melayu! Bangunlah menjulang panji perjuangan! Maralah tewaskan musuhmu di hadapan. Pastikan kemenangan milik kita!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

52 comments

comments
Pemuda Bahagian
November 29, 2011 at 11:31 PM delete

Ucapan terakhir seorang Menteri yang tak sempat nak menjamah kejawatan Perdana Menteri.Kalau di Johor dah kenal sangat siapa itu Muhyiddin Yasin.

-Hisap rokok bersarung kain
-Lu cakap tak serupa bikin

Reply
avatar
Anonymous
November 29, 2011 at 11:41 PM delete

suatu ketika dulu ada jugak se org pemimpin umno yg bertanding naib presiden ttp kemenangan dia di batalkan krn tuduhan rasuah.

dia kata lebih kurang begini ' ada lah dua tiga kerat (ahli keadilan) yg ke hulu ke hilir ' di sambut oleh gelak ketawa hadirin.

itu lah akbibat nya sumpahan dr keramah PKR. Bagaimana nasib Muhyiddin ? smaa sama lah kita tunggu.

Reply
avatar
rakab
November 29, 2011 at 11:45 PM delete

PKR umpama golok kayu jer rupanya..
tetak tak lut gadai pun tak laku..!

kahkahkahkah...

itulah kesimpulan yang paling tepat sekali !!

Reply
avatar
Anonymous
November 29, 2011 at 11:46 PM delete

ada berani ke wakil yg bertanya psl Bahasa yg tiba tiba dia buat koner bergesel kepala lutut atas jalan.

bahasa adalah harta kita. di pusaka kan ke anak cucu..

Reply
avatar
rakab
November 29, 2011 at 11:47 PM delete

non 11.41,

Nasib Anwar kita semua dah tahu,
nasib pkr, pakatan pun kita dah tahu..kan, kan, kannnn...


HIDUP UMNO

Reply
avatar
Anonymous
November 29, 2011 at 11:55 PM delete

nak habaq mai..

tggu la hang pilihanraya depan dok tggu ni.hang ingat lepaih rakyat dok dapat ayaq free ni,rakyat dok nak pangkah hang lagi ka..mimpila nak habaq mai.

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 12:11 AM delete

DPM berlakon je ,kalau boleh cepat2 dia nak kalahkan Najeeeb.....podah dah umnoooo yg menghancurkan melayu.....khairy , hang jadi tim menteri pun tak dpt..diketepikan olih party sendiri...menteri Lembu tak boleh nak ckp apa ..letak lah jawatan..kalau tanding pun mesti kalah lg teruk...lain lah kalau ada undi pos..

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 12:21 AM delete

mekar...
1.Perkataan fitnah memang glemer disebut tapi pengertian sebenar fitnah itu luas bukan setakat mencipta cerita palsu...baca-baca la tafsir...
2.tentang najib buat haji tu bukan orang fitnah laa...dia sendiri yang tulis benda yang meragukan orang yang membaca...dia kata dia dah selasai ibadah haji sedangkan ketika itu belum masanya selesai rukun haji..kan meragukan orang tu...
3. jihad? cehh setau aku umno paling tak suka dengan jihad ni..ayat-ayat tentang jihad pun kalau boleh jangan disebut...dia kate jihad ekonomi je yang penting...jihad lain dah tak sesuai..dulu pernah diusulkan jihad membunuh pas..keh keh konsep jihad pun kabur lagilaaa..
4. sebelum ni ada usul dari umno supaya dihapuskan istilah2 arab supaya tak berkembang pengganas...( tak sedor ke lebih 60 % perkataan melayu adalh dari perkataan arab ) aku dengar bayak pulak istilah arab dalam ucapan umno ni terbaru promosi wasatiyyah...
5. ape? tentera2 musuh lengkap bersenjata? kah kah kah...ni dah terbalik kot..yang setau aku pembangkang ni lemah, lembik, tak maju, tak pandai perintah negeri, miskin, gerhana...yang lengkap bersenjata tu umno BN macam2 ada tukang cipta fitnah, tukang sebar fitnah, tukang palu, tukang kipas, tukang songlap, tukang tipu, tukang sogok,tukang tembak dll...
6.kalau jihad anak bini tersembul jambul aku getik laaa...
7. pidato macamni kalau aku bagi markah aku dah potong maksima...

Reply
avatar
bunbinban
November 30, 2011 at 12:47 AM delete

non 12.21,
ko nak merapu pon agak-agak la..
jgn sampai rosak imej pr dgn hujah bodoh ko tuu..

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 12:51 AM delete

Ini bukan citer psl Jihad pun..
Citer psl kegelisahan dan ketakutan hilang kuasa..
Itu jer ceritanya..
Ckp2 Retorik mcm neh pun ada lg yg nk pakai..
Nk gelak ada,nk sedih pun ada tgk orang2 yg kaki kejar Kontrak mendengar seruan Jihad..Berjihad utk dpt lg byk Kontrak jer dlm pemikiran diorang neh..Yg bawah2 tuh jd bodoh la percaya..Org2 kampung percaya giler la kt diorang neh,tp hidup2 kena tipu smpai mati..Patut la Abu Darda' mencela org2 Jahil,sbb kejahilannya itu membenarkan dirinya menjadi perkakas kepada melaksanakan kezaliman dibumi Allah ini..
Klu dgn Muhyiddin & Najib neh,dia suruh aku tegakkan pintu masjid pun aku x ingin..
(demikian sekali Ijtihad imam Abu Hanifah terhadap pemimpin yg Zalim)
Manusia yg Zalim dan rakus,apabila dia bercakap tentang agama,ternyata sgt bercakap tentang sesuatu yg dia tidak kerjakan..
Pd Hj.Najib yg balik Haji,elok la sape2 yg belum pergi Haji tu berlatih lontar jamrah dgn melontar dia dulu klu dia dtg melawat korang..
Blk Haji pun tp hati masih hitam dgn agenda nk sumbatkan musuh politik ke penjara dgn perancangan Jahat kes liwat yg ramai x terima akal tuh..Org yg suka kpd Kefasikkan dan menikmati kerja2 kotor sahaja yg mahu percaya citer2 karut marut tuh..
Haji apa tuh..
Bukankah melontar jamrah tuh sebagai pengisytiharan yg kamu memusuhi iblis dan memusuhi segala kejahatan..
Ttp bila balik dari mengerjakan semua rukun haji tuh,kamu benarkan semula iblis menunggang Nafsu politik kamu tuh..
Pd aku,mereka langsung x layak nk bercakap tentang Rukun Mandi Junub,nk bercakap tentang Jihad jauh panggang dari Api..
Sebelum nk seru org utk berjihad,suruh dulu Bini Najib tu Tutup Aurat,bukan dibumi Makkah jer kena tutup Aurat,kt Hawai pun kena tutup Aurat krn di mana2 sekalipun bumi ini milik Allah belaka..
Kuasa adalah pinjaman dari Allah,Bila sampai janjinya Allah akan mencabutnya dan memberikan kpd org lain yg Allah kehendaki sebagaimana Allah lakukan pd Rasulullah,Khulafa Al-Raisyidin,Khalifah2 Umayyah,Abbasiyah dan Othmaniyah..
Semuanya Allah beri dan Allah cabut kembali..
Jika kamu membuat perncangan Allah jua membuat perncangan melainkan jika Allah masih menghendaki utk menangguhkannya..
Sedar2 lah yg kuasa bukannya hak Mutlak manusia,ttp milik Allah yg memiliki kerajaan dilangit dan dibumi..

Reply
avatar
Anak kg pertama
November 30, 2011 at 12:58 AM delete

Memang patut TPM kata pada PKR macam tu..sebab kewujudan PKR kerana DSAI aje..tak lebih dari tu..

Diterjermah suka2..

"Hisap rokok dalam kelambu,"

Umpama-buat jahat disebalik hotel 3*

"Terbit asap menjadi abu"

Umpama- Ada bukti kukuh (video) pun tak masih percaya (jadi abu)

"PKR umpama golok kayu"

Umpama-Kata sakit belakang, tapi "awang" naik macam golok kayu.

"Tetak tak lut gadai pun tak laku"

Umpama-Ramai yg tak percaya,tapi ramai download free.

P/S: Hemtam saja lah..

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 1:04 AM delete

Ha..Ha..Ha...

Terjemahan tak cukup akal dari Anak Kg Pertama.. Bodoh siot!!

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 1:07 AM delete

Assalamualaikum...Saya rasa tiada siapa pun daripada kalangan mereka yang waras yang akan mengakui yang pak mahyudin ini bijak...pandai itu bolehlah kot...( menipu dan putar belit )

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 1:08 AM delete

nak habaq mai

syukq2la dah dapat ayaq free..jgn dok gaduh2.

Reply
avatar
Haka
November 30, 2011 at 1:10 AM delete

Apa yang lucu, Rakab? Komen kau ini macam orang yang terencat akal dan tidak boleh berfikir secara rasional dan logik. Kebiasan orang makan nasi, keluar taik. Tapi kau ni makan taik keluar nasi!

Tidakkah kau ni ikut isu-isu semasa, yang paling hot sekarang ialah cerita lembu. Siapa punya kerja? UMNO ke PKR? Bagaimana dengan pembelian 6 biji bot patrol berharga RM1,000,000,000 sebiji sedangkan Filipin beli bot yang sama dengan harga sebiji hanya RM31,500,000. Ini semuanya fakta yang dilaporkan dan banyak lagi penyelewengan duit sedangkan kehidupan rakyat semakin susah dan miskin. Memperjuangkan hak Melayu? Apa yang terjadi di Kelantan? Duit royalti pergi mana? Air kotor pasal apa? Yang 98% itu bukan Melayu ke? Apa pulak dengan peneroka Felda??? dan banyak lagi...

Nampaknya sekarang UMPORNO sudah terdesak sehingga TPM sanggup membuat fitnah. Ingatlah bahang neraka oh! Moohidin ooiiii! Macam mana DAP boleh tukar Malaysia kepada Republik sedangkan kita ada berapa banyak sultan-sultan dan sistem kita ialah Raja Berperlembagaan. Macam mana kita boleh tukar kepada Republik. Tolong jelaskan ooii.. Moohidin. Betul betul otak Lembu!!!!

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 1:36 AM delete

nak habaq mai

betoi apa budak cina ni cakap.kita ni org melayu ni bukan senang2 bukanka?adala dua tiga kerat yg dok senang nuh.kita ni org melayu diam2 sudahla nak habaq mai,bila hang hidup susah dan hang banyak bunyi org dok nyampah,itu salah hang sendiri.hang kena diam.syukoq jela kamu semua dah dapat ayaq free.hangpa la ni boleh mandi 7kali sehari pun hangpa dok nak jugak bising.hang pikiaq balik dulu hang buleh mandi berapa kali?dua kali ja bukanka?la ni 7kali hang tau dak,hang paham dak,bukan sikit tuh!hangpa jgn dok nak ketegaq.belajaq2 dok bersyukoq tengok.hang tengok komen aku la ni dah panjang mcm rakab.tapi takpala pasai komen aku best tak mcm dia hampeh dan rubbish.

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 1:50 AM delete

Hisap rokok hukumnya haram,
Haram lagi pembuat fitnah,
UMNO mengamuk lepaskan geram,
Lupakan diri yang telah bernanah.

Mulut busuk tubuh bernanah,
Ingin memikat gadis rupawan,
Musibat UMNO yang punah ranah,
Disangka diri duli pahlawan.

Lelaki Aus mahupun Khazraj,
Di depan Nabi kasih bersemi,
UMNO, kau bukan Aus mahupun Khazraj,
Hanya munafik di muka bumi.

Sebab munafik maka terperi,
Perpaduan gagal disepakati,
Wahai UMNO yang bodoh sekali,
Kamu tolak hudud, PAS yang diperli.

UMNO dan UPCO teman sejati,
Kerana berteman PAS dibuli,
Umar Abdul Aziz, DAP contohi,
Harap ketua UMNO takut bini.

Auz dan Khazraj jadinya Ansar,
Paksi Islam penyatu ummah,
UMNO, kau dah akhir Asar,
Bertaubatlah sebelum tanah memamah,

Sakit bernanah sudah melarat,
Bomoh khurafat ganti berganti,
Temberang apa lagi UMNO nak buat,
Di Akhirat nanti tiada galang mahupun ganti.

Bomoh sudah berlari malam,
Busuk nanahnya meresap alam,
Ketahuilah rakyat sedalam-dalam,
UMNO musuh Melayu dan Islam.

Berbomoh kepalang menuntut harga,
Dikatam golok pilu terperi,
Duhai rakyat mantapkan jiwa raga,
Talkinkan UMNO di PRU nanti.

Reply
avatar
Mejar Zainal
November 30, 2011 at 8:26 AM delete

Setiap tahun ada Persidangan Agong umNO (PAU, berbagai usul dibentang & diperdebatkan oleh perwakilan kononnya utk memartabatkan bangsa Melayu. Apakah tindakan susulan dari kerajaan yg tunjangi umno ke atas usul2 tersebut?

Maaf cakap, saya tak nampak sebarang tindakan yg diambil hasil dari PAU yg kononnya bersidang mencari formula utk memartabatkan Melayu. PAU tak mendatangkan apa2 keuntungan pada Melayu marhean.Org Melayu semakin lemah dari segala sudut.

Persidangan Agong umNO hanyalah satu perhimpunan tahunan para KAPITALIS2 MELAYU bersama2 KEPALA2 LANUN untuk mecari formula dan lubang2 yg boleh mereka rompak, samun dan cabul.

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 10:30 AM delete

Hanya pecacai yg cetek pemikirannya mengangkat dan menyanjung ucapan MOOOyidin. Aku setuju ucapannya penuh dgn kegelisahan dan terdesak. Mereka menganggap melayu skrg seperti puak2 mereka pecacai yg boleh di beli dan ditipu dgn wang ringgit. Jgn smp negara bankrap baru nak menyesal sbb sudah terlambat. Pemimpin2 UMNO sudah pasti cabut lari ke luar negara, sama seperti razak baginda yg skrg tidak lagi di malaysia kerana takut dgn hantu altantuya.

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 10:33 AM delete

Jihad prtahan kuasa melayu supaya pemimpin Umno senang buat kekayaan lagi. Klu sebalikny, jawabny mampos daa... sbb dah tentu akan brlaku proses pemutihan sistem kehakiman & keadilan. Habih smua pemimpin Umno kena dakwa maa.. bukti kuat plak tu.

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 11:36 AM delete

Bahasa diucap jangan terlajak
Bahasa dicipta susunan ayat
Rakyat celik lagi bijak
PRU13 PR Pilihan Rakyat

Minum todi perut kembong
Bila mabuk jalan lengang
Pemimpin korup Bodoh Sombong
UMNO Haprak BN Bangang

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 11:41 AM delete

jatuhkan depa pas tu kita buka kes. tengok baper lama nak makan nasi free dalam tirai besi hahaha

Reply
avatar
rakab
November 30, 2011 at 12:32 PM delete

"Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam.

" DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan.

"Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh Pas.

hampa suma pikiaq la baik-baik..

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 1:19 PM delete

This kind of speach is not RACIST? LOL! CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

Reply
avatar
rakab
November 30, 2011 at 1:37 PM delete

Haka,

Mula bicara kau dah tunjuk bodoh..
ada lak makan taik keluar nasi..
kau baru keluar hospital gila ke..??

1..Cerita lembu tu, masalah NFC !
Tiada kena-mengena dengan Najib dan Umno. pkr saja yang putar-belit fakta !!

2..Bot patrol milik Malaysia lebih
lengkap, canggih dan terkini peralatannya berbanding bot milik Filipina. Sama dengan kes pesawat Sukhoi 30MKM Malaysia berbanding pesawat yang sama milik Indonesia.
Sukhoi Malaysia lebih canggih peralatannya serta boleh bertempur di waktu malam,..Sukhoi Indon tak boleh. Sebab itu Sukhoi Malaysia
lebih tinggi nilainya.
Kau jangan tunjuk bangang..

3..Penyelewengan duit apa ??!!
Berapa banyak kes yang telah pkr berjaya buktikan di mahkamah ??!
Tidak ada,..KOSONG!!
Bising jer lebih,..itu pun cuma di pentas politik jer..!! habuk pun takdaaaa...

4..Masalah air di Kelantan menjadi tanggungjawab kerajaan Pas yang memerintah. Kalau rasa tak mampu
jangan salahkan pihak lain..
Tukar saja kepada BN !!

5..Peneroka Felda tiada masalah dengan Umno, Najib dan kerajaan BN !
Perbalahan yang berlaku adalah antara TS Isa Samad dengan
JKPP berhubung kaedah penjelasan TS Isa berkenaan penyenaraian Global Venture kepada JKPP.
Perkara sekecil itu mampu diselesaikan oleh TS Isa sebagai individu yang sangat berpengalaman dalam pentadbiran.

6..Malaysia boleh ditukarkan kepada sebuah negara republik !!
Pas dan pkr sudah membuktikan bahawa mereka sanggup tunduk dan patuh kepada kehendak agenda DAP.
Jika mereka menguasai majoriti di parlimen , mereka mampu meminda perlembagaan..atau pun memperalatan penyokong-penyokong mereka berdemontrasi serta merusuh di jalan-jalanraya.

Raja-raja pun boleh terhumban dari
takhta..

Hanya Umno yang mampu memelihara
institusi raja, membela orang melayu, menjaga kesucian Islam dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 2:33 PM delete

rakab oh rakab 11:47 pm

yg mmg semua org tahu nasib anwar selepas apa yg dikatakan oleh pemimpin tsbt .. Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang..

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 2:40 PM delete

Mari Berpantun.

Hisap rokok belakang pintu
Kumpul asap dlm kelambu
rakyat tau umno kaki menipu
dr petronas hingga ke lembu


kumpul asap dlm kelambu
gelap gelita tak pakai lampu
perhimpunan umno para lembu
abis bagus cuma mengampu

sy jual pd rakab oh rakah. silakan

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 2:52 PM delete

Mejar Zainal

sy kurang setuju dgn pandangan mejar.

selepas PAU... nama haiwan lembu melonjak ke tangga pertama. menjatuhkan lapuran audit yg 3 bulan berturut turut di tangga pertama.

setalah PAU... bahasa kita terpinggir entah ke mana.. yg ada cuma pertandingan dan bukan pengunaanya.

Habis PAU.... apa lg rakyat lah kena paw.

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 2:55 PM delete

ada jugak PATI yg jd perwakilan???

he he he

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 2:59 PM delete

Oh rakab jawab lah ....2.40PM

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 3:00 PM delete

rakab oh rakab 12:32 pm

pemimpin umno yg sindir janggut nabi saw.

pemimpin umno kata potong tangan tak betul.

pemimpin umno yg hentikan bantuan sek agama.

pemimpin umno yg gagal menyerapkan islam kpd MCA DAP MIC dll..

Jgn salahkan DAP laaaaa...

Nampaknya umno sekali lg main jarum agama... he he he

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 3:07 PM delete

TPM kata wujud PKR kerana DSAI ...itu lah yang dikatakan kan sebab dan akibat (cause and Effect)...TPM..something has to start from somewhere...Kalau Dr. M tak tendang DSAI , PKR mungkin tak wujud ,thanks to Dr. M too..Padan muka

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 3:08 PM delete

anon 1:19 pm

Yes it is not racist.. bcos umno is so envy and so jealous with the success of reationships and coperations betw PAS/DAP

This is umno way to get attention frm PAS.

They are showing thier emotion of sadnnes for being kick off by PAS.

Perhimpunan Aman is passed by the parlimen just becos they cud not accept PAS and DAP walk together in the protest. Mati ooo... Nanti semua cina suka sama PAS dan semua melayu suka sama DAP..

In my kampung DAP hv showed their caring by giving foods to poor family which never happened before. This sentence is for si idot rakab dan akp.

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 3:15 PM delete

rakab,
1. Ya sebab malaysia canggih tu la kapal selam tak boleh menyelam...kereta perisai tersadai...kos seleggara pun daa ratus ribu daaa...memang canggih sapai meletup monggolia
2. setau aku UMNO menentang Islam ni sebelum DAP wujud lagi sebab tu ketika mula tubuh dulu ramai golonagn ulama keluar umno..UMNO masa tu cukup suka dengan loteri, lumba kuda dan judi sampai 1 gunung kasi kat tokey judi.Pemimpin UMNO kutuk hukum tuhan habis-habisan hukum islam zalim, ketinggalan zaman, mundur, huru hara dan mcm2 kalau tak caya bleh cari balik ucapan tu..negara islam jangan mimpilaa...
3. habis MCA, MIC sokong islam ke ? pooodah.. dia pun ikut sama perlekeh hukum islam seperti UMNO AJAR..
4. Kalau UMNO terlibat seleweng waduh waduh payah betul nak siasat kalau pembangkang lajuu jee... tak payah lapor sprm pun...cukup dengan laporan utusek je terus sprm melompat siasat...kahkah

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 3:45 PM delete

rakab 1:37 PM

sebenar rakab makan nasi digaulkan taik lembu.. apa yg terkandung dlm taik semua pergi ke otak rakab dan yg keluar nasi yg tak di proses.

1. tp apa hal shahrizat bg penjelasan kpd perwakilan wanita? dan knape tak di kena kan tindakan undang undang?

2. bot canggih otak hang... beli bot canggih ni kejap kejap teknologi dia di ubah.. mcm handphone.. dan pandai ke tentera kita gunakan sdgkan keadaan skg tak memerlukan mrk mengunakannya. Bwk pergi mancing je laaa..

3. jgn jd bodoh tny berapa kes.. tny dulu berapa lapuran yg tidak di ambil tindakan pd hal dah ada bukti sekali.

4. masa bee end pun sama. air tu tak di selesaikan oleh umngok sbb tu lah org kelantan tukar ke PAS.

5. Oh Isa yg dibatalkan kemenangan naib presiden tu ke... patut lah peneroka tak percaya .. Isa tu kan ikut apa yg pemimpin umngok ckp.. tu sbb dia senaraikan global venture... dulu peneroka diam je tp setelah disedarkan oleh PAS/Pakatan byk yg dah lingkup maka mrk bangkit kebetulan masa perhimpunan.. he he he..

6. Ahli Parlimen Melayu masih ramai dlm Pakatan dan BN. Kalau tertubuh jugak negara republik maka bukan PAS dan PKR yg salah. Ahli Parlimen Umngok pun salah sb setuju. Aku nasihatkan demi selamat kan Msia dr jd republik, UMNO PP hendaklah ambil semula kerusi di sana dr Gerakan dan Kerusi di Johor di letakkan calun UMNO. Psl kau letak cina lah PKR susah nak letak melayu..Bodoh !

Dan umngok lah yg tak hormat raja/aguang beli agung bersedia terima memorandum dr Bersih.

Hanya UMNO yg mampu menjadikan rakyat dan agama tak keruan dan di saat saat kehancuran rakyat di selamatkan oleh Pakatan dng rakyat mmeberi kemenangan kpd Pakatan.

Reply
avatar
rakab
November 30, 2011 at 8:08 PM delete

BERITA TERGEMPAR !!!

Nga Kor Ming mintak maaf !!

sebab kata Zambri 'hitam matalik'.

Dap memang RASIS !!

Reply
avatar
rakab
November 30, 2011 at 8:18 PM delete

non 2.40, 2.59,

Aku tak sempat nak jawab pantun
kau,..aku baca jer laa pantun-pantun kau tuu..

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 11:57 PM delete

tak pe rakab aku pun dah tahu sikit sikit ttg kau.. kau mmg malas nak berfikir.. yg kau ckp semua benda yg sama atau dr buah fikiran org atau dr mana mana sumber internet..

tapi aku tak peduli aka jual jugak pantun kat kau..

anak kak zat pakai celak
celak di beli di pekan ipoh
knape cif wanita nak selak
tak malu ke urat dah bersimpoh

pemimpin umno cakap seribu
yg menipu dibuat selalu
rakab pencacai boleh lah setuju
tp kami tetap serang bertalu talu

sekali lg saya dgn ikhlas nya menjual pantun ini kdp si rakab.

Reply
avatar
rakan
December 1, 2011 at 12:21 AM delete

non 11.57,

Mentang-mentang laa aku bukan kelas sastera, hang tujah aku dengan pantun jer..
tak apa laa,...lepas krismas nanti aku jawab !

heheheheee

Reply
avatar
rakab
December 1, 2011 at 12:26 AM delete

non 11.57,

Dah puak kau tanya benda yang sama berulang kali, tentu laa aku jawab benda yang sama pun berulang kali !

Maklumat yang aku dapat mestilah dari buah fikiran orang terutamanya di internet,..takkan pulak dari fikiran monyet !

Apa daaa..

Reply
avatar
Anak kg pertama
December 1, 2011 at 12:40 AM delete

rakab,

Itu aje kehebatan puak2 of PR...maki hamun, sindir, dengki dan etc...tapi buat kerja baik2 tak reti...

MP of PR pun macam tu juga, di ceramah2 berhujah dan berceramah berapi2..tapi bila di dewan parlimen..tak tara mana pun...bila dah tak tahan..pakat2 MP of PR ke luar dewan...

P/S: Akp dah pernah masuk dewan parlimen...masuk 1 jam aje..rasa teruja juga.

Reply
avatar
rakab
December 1, 2011 at 12:47 AM delete

Haa non, dengar sini pak tiri laki mak kau nak jawab,

Naik basikal naik kereta,
penyokong pkr memang celaka !

kehkehkeh..

Kayu pagar di pasang kawat,
beli papan di kedai nyonya,
Mat Sabu di tangkap khalwat,
dengan Normah isteri kawannya.

Haa, amacam..? ada lagi..

Beramai-ramai bermain mahjung,
duduk bersama keliling meja,
hayat pkr dah sampai penghujung,
hanya tinggal nak talkinkan saja.

sambung lepas raya haji tahun depan...

Reply
avatar
rakab
December 1, 2011 at 12:54 AM delete

AKPPPPPPPPP......!!!!!!

pukui berapa hang nak tidoq !!

Reply
avatar
Anak kg pertama
December 1, 2011 at 12:55 AM delete

rakab,

Terbaik...

Sambung sikit pantun 2 kerat..

Mari kita pergi kampong pertama,
Lepas PRU13 PR hanya tinggal nama.

Reply
avatar
Anak kg pertama
December 1, 2011 at 12:57 AM delete

rakab,

Satgi nak pi tidoq le..1am

Reply
avatar
Anonymous
December 1, 2011 at 12:58 AM delete

PERGI KE PEKAN MEMBELI ENO
SINGGAH SEBENTAR DI KEDAI PAK ABU
KALAU TUAN TUAN MENYOKONG UMNO
SAMA SEPERTI ANAK KG PERTAMA DAN RAKAB LEMBU...

HAHAHAHAHA...

2 ekor LEMBU ada sini.. hahahaha

MAMPUS UMNO...

hahahahahahaha

Reply
avatar
Anonymous
December 1, 2011 at 2:38 PM delete

nak habaq mai

tu dia aihh masin2 nak tunjuk pandei sampai 43 msg masuk nuh.selagi hangpa tak bersyukoq dapat ayaq free hangpa semua belum pandei nak habaq mai.

Reply
avatar
rakab
December 1, 2011 at 3:08 PM delete

Alamakkkk badaq ayaq,

hang tak habih-habih dengan ayaq free...ayaq perigi memang laa free,
badaq oooooiiii..!!!

Reply
avatar
taukeh rakab
December 1, 2011 at 3:16 PM delete

woi anon 12,58,

Haaa, dengar sini,

anuat ke pekan tak pakai seluar,
pakai dhoti dalam kelambu,
kalau tuan-tuan menyokong PKR,
apa bezanya tuan-tuan dan lembu ?

kehkehkehkeh....

Reply
avatar
Anonymous
December 2, 2011 at 8:28 AM delete

anak ayam hilang ibu
anak itik di rimpun tebu
mengapa rakab tanya begitu
kami kan tuan, rakab kan lembu

( gemuruh sekali tepukan dgn booonya sekali..)

masuk kampung lembu gelak
Jalan raya tidak bertar
najib berucap kain terselak
ajak berdebat najib mengeletar

( sekali lagi tepukan yg begitu kuat....)

apa mcm rakab.. setakat dua kerat je budak tadika boleh lah layan..

Reply
avatar
Anonymous
December 2, 2011 at 8:37 AM delete

rakab oh rakab

12:26 am.

bodoh nya kau lebih dr yg aku sangka.

Ini aku bagitau .. !! isu nya yg sama ngok., ! tp hujah kau tu yg berbalik balik situ..

dlm hal penipuan dan kebangsatan umno ni tak payah nak pakai internet .. anak buah aku dia ckp dr kecik dia dah tak suka umngok.. kita boleh dinilai perangai umngok ni dng apa yg dia buat dan cakap sendiri.. dan apa yg dibuat dan cakap semalam dan hr ini.. tak paya h nak bezakan dng anwar ke dgn PAS ke.. tak payah

contoh isu bahasa.. harga minyak.. 1Msia... sesama sendiri pun cakap bercanggah dan kenyataan sendiri pun sendiri yg pusing kan balik..

betul tak? kau patut pindah ke kandang fidlot laaaaa..

Reply
avatar
January 1, 2019 at 10:44 PM delete


Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive