Muhyiddin! kalau panik pun janganlah tunjukan sangat... malu kat orang



Muhyiddin Yassin semasa meresmikan perhimpunan 3 sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Putri semalam menggunakan isu sensitif yang tidak masuk akal semata-mata kerana desperate mendapat sokongan orang Melayu yang tidak mungkin mahu bersatu lagi di bawah payung UMNO.


Ramai yang menghubungi saya bertanyakan kenapa Timbalan Presiden UMNO itu menunjukkan sangat rasa desperado beliau dengan membidas parti-parti lawan dan individu yang tidak sealiran dengan UMNO dengan tuduhan yang bukan-bukan.

Orang ramai tahu yang UMNO sedang desperate tetapi sebagai pemimpin besar kepada parti yang buat sementara ini masih memerintah, elok jangan tunjukan rasa tertekan itu terang-terangan. Jika rakyat nampak serta membuat penilaian terhadap roh ucapan Muhyiddin itu ia tidak lari dari rasa desperate untuk terus berkuasa dan boleh di kira sebagai ucapan yang tidak setimpal dengan jawatan besar yang beliau pegang itu.

Apa yang di katakan oleh Muhyiddin itu boleh di baca dengan tepat. Kita boleh ‘menyelam air dalam tunggak’ tentang apa sebenarnya dirasakan oleh Timbalan Presiden UMNO itu. Agaknya sudah puas memendam rasa desperate itu, maka ianya terluah semasa ucapan perasmian pergerakan wanita, pemuda dan putri semalam.

Isu yang paling besar ialah tuduhan beliau terhadap DAP yang beliau katakan tidak menghormati institusi raja-raja. Bila pula DAP menolak dan tidak menghormati institusi raja. Yang kita semua tahu UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. DAP mengakui kedaulatan raja-raja kerana mereka tahu mereka perlu perlindungan raja-raja Melayu untuk keselamatan mereka.

Raja-Raja di hina oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang Muhyiddin menjadi ahli dan sekarang menjadi Timbalan Presidennya. Akhirnya di pinda perlembagaan untuk menyekat kuasa Raja-Raja dalam banyak hal secara biadap dan tidak bertemaddun. Saya ulangi, DYMM Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Jaafar di fitnah kononnya telah menyewakan tanah baginda di Port Dickson untuk memelihara khinzir.

Kalau dahulu orang Melayu ibarat duduk di dalam peti besi yang mempunyai 9 kunci untuk mempertahankan bangsa kita itu tetapi semua sembilan kunci itu di buang dan orang Melayu terdedah dengan segala ancaman. Ini semua perbuatan pemimpin besar UMNO yang saya sudah malas untuk menyebut nama mereka. DAP tidak pernah menghina raja-raja Melayu. UMNO lah parti yang terbukti menghina raja-raja Melayu dan institusi raja itu.

Orang seperti saya masih hidup untuk melihat dan menjadi saksi terhadap segala kecelakaan yang di cipta UMNO yang baru ini. PAS tidak pernah menghina raja-raja Melayu seperti yang di lakukan oleh UMNO. Muhyiddin sepatutnya ada sedikit kesiluan untuk menuduh orang lain yang tidak menghormati raja-raja itu.

Jika dahulu mereka pernah hina raja-raja apa yang boleh menghalang mereka untuk menghina baginda raja-raja Melayu jika raja Melayu bertindak untuk membetulkan keadaan buruk ciptaan UMNO ini. UMNO berkemampuan untuk melakukan apa sahaja waimma menghina raja Melayu sendiri apabila berada di dalam kesempitan seperti pernah berlaku hampir 20 tahun dahulu.

Muhyiddin seterusnya menuduh DAP akan menubuhkan negara Republik dan ini merupakan satu tuduhan yang sangat gila. DAP telah menyatakan dengan jelas yang mereka tidak akan menjadi PM kerana mereka tahu mereka tidak boleh menungkah arus kerana orang Melayu merupakan rakyat majoriti dalam negara ini.

DAP juga telah jelas menyatakan yang parti itu tidak mungkin menghantar wakilnya menjadi PM kerana parti itu tidak mempunyai cukup kerusi jika menang semua kerusi yang di tandingi mereka. Kalau hendak mengira pun tidak tahu bagaimana rakyat hendak meningkatkan keyakinan terhadap kepimpinan kita khususnya terhadap Muhyiddin?

Dalam isu DAP ini Muhyiddin nyata bercakap bersalah-salahan dalam satu rangkap kata-katanya. Muhyiddin menyatakan yang DAP itu sebagai sebuah parti multiracial yang di dominasi oleh kaum cina. Tetapi apa bila DAP bergerak untuk meminta orang Melayu menyertainya orang-orang Melayu itu di anggap sebagai pengkhianat kepada negara pula.

Muhyiddin tidak langsung mahu mengaku bahawa pemimpin-pemimpin yang mencuri harta rakyat itu adalah pengkhianat negara yang sebenarnya. Apakah bezanya perasuah-perasuah dalam pimpinan UMNO itu dengan perompak Botak Chin yang dibunuh oleh polis dalam siri tembak-menembak dengannya pada pertengahan lapan puluhan dahulu?

“Pembangkang itu anti Islam, dan tidak memperjuangkan Islam” kata Muhyiddin. Jika itu kata beliau persoalannya adakah UMNO itu benar-benar memperjuangkan Islam seperti yang di war-warkan. Jika benar UMNO itu memperjuangkan Islam kenapa rakyat mempunyai persepsi yang pemimpin UMNO kebanyakannya ada pemimpin rasuah?

Adakah persepsi buruk ini ciptaan pembangkang. Bagaimana pembangkang hendak memfitnah pemimpin UMNO itu rasuah kalau tidak ada bukti yang jelas yang UMNO itu benar-benar rasuah? Kalau pemimpin parti itu rasuah, adakah layak parti itu di anggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam? Bukankah rasuah dan UMNO itu seperti aur dengan tebing; saling menyandar di antara saty dengan lain. kalau tidak ada UMNO rasuah tidak kekal dan kalau tidak ada rasuah UMNO tidak kekal.

Rasuah berlaku di setiap peringkat dalam kerajaan BN ini, kenapa tidak malu untuk mengaku yang kerajaan BN itu memperjuangkan Islam? Takkanlah mengambil rasuah itu perjuangan Islam. Islam apa itu?

Saya ingin bertanya, adakah pemimpin utama negara yang menggunakan kuasa dengan mengambil lebih dari satu billion wang rakyat bagi menyelamatkan perniagaan anaknya yang kerugian besar? Islamkah itu?. Berniaga apa itu?

Sebenarnya yang ramai dalam UMNO ini ialah orang Muslim tetapi Islamnya sudah pupus. Kalau di negara maju di barat, muslimnya tidak ramai tetapi Islamnya banyak. Seorang ahli kabinet Britain telah hilang jawatannya hanya kerana mempercepatkan proses memberikan permit pekerjaan kepada pembantu rumah kawannya.

Itu pun di anggap salah kerana di sana etika kepimpinannya amat tinggi seperti etika kepimpinan Islam yang tulin. Itu sebabnya saya katakan walaupun mereka bukan Muslim tetap nilai yang dipakai dalam kepimpinannya adalah nilai-nilai Islam. Itulah sebabnya saya selalu mengatakan yang di sini Muslimnya ramai Islamnya sudah hampir lupus sedangkan di sana Muslimnya kurang sangat tetapi Islamnya di mana-mana.

Ucapan Muhyiddin benar-benar menanamkan sifat benci membenci di antara kita. Adakah itu tuntutan Islam yang dikatakan Muhyiddin sebagai perjuangan Islam UMNO? Sikap Muhyiddin ini bertepatan dengan perbilangan, ‘sayang bertompok-tompok, benci merata-rata’.

Apa yang diucapkan Muhyiddin itu menampakan yang UMNO itu sebagai parti yang ‘unIslamic’ dan jauh sekali sebagai parti kebangsaan orang Melayu serta sebagai sebuah badan politik yang boleh menyatukan rakyat. Orang Melayu sendiri pun sudah tidak mahu lagi bernaung di bawahnya.

Apa yang UMNO mampu meningkatkan ialah gerombolan yang sentiasa terintai-intai peluang untuk mendapatkan keuntungan peribadi dan kekayaan keluarga dan kelompok mereka sendiri.

Hakikatnya UMNO sudah lama tiada. UMNO itu hanyalah tinggal sebagai satu bahan sejarah perjuangan orang Melayu. UMNO hanyalah satu nama…sama seperti nama-nama yang diberikan kepada jalan-jalan raya dengan nama-nama mereka yang sudah tiada lagi hidup di dunia ini lagi seperti Jalan P Ramlee, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Siamang Gagap, Jalan Burhanuddin Helmi, Jalan Loke Yew dan sebagainya.

Sila sambung bacaan anda di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

10 comments

comments
rakab
November 30, 2011 at 5:33 PM delete

Apa yang hangpa gempaq sangat dengan ucapan Muhyidin tuu..
takut kaa..??

Span alias memang patut kecut teloq, pasai dia barua DAP..!!
calon MB N. Sembilan kalau DAP menang..

tentu dia kepanasan dengan ucapan Muhyidin.

Reply
avatar
rakab
November 30, 2011 at 8:04 PM delete

BERITA TERGEMPAR !!!

Nga Kor Ming mintak maaf !!

sebab kata Zambri 'hitam matalik'.

Dap memang RASIS !!

Reply
avatar
Anonymous
December 1, 2011 at 10:52 AM delete

tak baik lah nga kor ming ni kerana BERKATA BENAR....hehehe

Reply
avatar
Akula
December 1, 2011 at 11:33 AM delete

Salam semua..

hambe mmg follow sgt time2,tok2 sidang UMNO berucap,terutama dlm Perhimpunan AGUNG2 Umno ni..

Bukan aper,nk gak dengar apa yg nk dikatakan dan diperucapkan oleh PM & TPM ttg segala kaedah,cara2,teknik dan pembaharuan yg nk dibuat oleh UMNO terutama bg kebaikan BANGSA MELAYU ISLAM itu sendiri lebih2 lg dh nk PRU ni kan..

Tp,hambe kesal & kecewa sgt2 sbb semua ucapan pembukaan & prakata dasar baik TPM,Wanita,Pemuda hatta Puteri pun tiada yg bernas,kritis mahupun berideologi..

Semuanya berkisar tentang Pembangkang @ PR sahaja..
(esp. PKR,DAP,PAS)

Kutuk-mengutuk dan caci-maci peribadi pemimpin pembangkang,katanya mereka ini penghambur fitnah-jahat sahaja yg berlegar2..& tak lupa bodek-membodek pemimpin UMNO (esp Shahrizat dll)

persoalannya,adakah mereka itu pula LEBIH BAGUS dari mereka..?

lebih baik,utamakan keperluan rakyat berbanding fikirkan pihak pembangkang..

maka,tak salah jika dikatakan bahawa PAU(Perh. AGUNG2 Umno) ini diadakan tak lebih hanya pembaziran semata2 jika tidak diusulkan dgn agenda Pembangunan Ummah MELAYU ISLAM khasnya..

Apa yg rakyat MELAYU ISLAM Malaysia mahukan sekarang adakah parti UMNO ini masih RELEVAN untuk mewakili mereka atau sudah MASANYA untuk rakyat MELAYU ISLAM beralih arah ke Parti lain yg lebih mengutamakan mereka dan anak-cucu di masa hadapan..

Tepuk dada,tanyalah selera..

Yang BETUL TETAP BETUL..
Yang SALAH masih boleh DIPERBETULKAN..

p/s: Hambe sokong mana Parti yg menegakkan Ugama Islam tanpa terlalu taksubkan BANGSA dan KAUM tertentu yg melebihi kehendak Ugama ISLAM itu sendiri..

Reply
avatar
Anonymous
December 1, 2011 at 2:30 PM delete

nak habaq mai

benas betoi hang.nak habaq mai sebelum keluaq apa dari mulut depa,apa pun tak betoi dah.ni dia mai belajar dgn kami.pemimpin kami belum pernah silap nak habaq mai.tak bersyukoq toi dapat ayaq free.

Reply
avatar
rakab
December 1, 2011 at 2:46 PM delete

Akula,

PAUmno kali ni menjadi medan membangkit dan membakar semangat ahli-ahli untuk berdepan PRU..!
Khabarnya PRU dah dekat sangat..

Sebab itu laa ucapan-ucapannya berkisar tentang persiapan jentera
dan menghentam pakatan rakyat..!!

biasa laa tuu..

Reply
avatar
Anonymous
December 1, 2011 at 7:05 PM delete

Tiada yang baru di dalam Umno Baru. Retorika, retorika, retorika. Fitnah, fitnah, fitnah. Ancam, ancam, ancam. Janji, janji, janji. Momokan, momokan, momokan. Assobiyah, assobiyah, assobiyah. Bohong, bohong, bohong. Cakap semua tak serupa bikin.

Reply
avatar
bangjonet
December 2, 2011 at 3:19 AM delete

info to rakab
untuk pengetahuan rakab.memang zambri tu hitam legam.merelit dan metalik tapi fakta yg pasti.tapak tangan dan kaki dia ada warna cerah(putih) sedikit.jadi nga kor apa tu mengeluarkan kenyataan yg tidak bersifatkan perkauman secara tak langsung.kalau dia kata zambri tu ada darah yg hitam metalik tak macam org lain.itu baru bersifat perkauman

baguih!! dapat ayaq free la ni.
terima kasih
UMNO tetap UMNO
melayu tetap melayu
tapi..
MAMAK belagak MELAYU

Reply
avatar
Anonymous
December 2, 2011 at 5:03 PM delete

Habis nak kata Zambri tu putih melepak ....orang rabun pun tau ?..........Obama jadi black amerika president itu pun depa kata Not Black enough...apa lah zambri baru kena gitu dah sensitive

Reply
avatar
Anonymous
February 15, 2012 at 11:01 AM delete

Pemimpin pemimpin UMPRONO memangnya tak boleh tegor atau dibawa bergurau berlagak lebeh dari raja. Orang lain semua tak betul yang betul merekalah walau pun mereka sendiri tau yang mereka buat itu tak betul.Inilah yang diketogerikan spisis/prasit menegakan benang basah. Dari dulu,kini dan mungkin akan datang selogan tak berubah "HIDUP MELAYU". Pemimpin melayu UMPRONO dah tau memang melayu dah 3/4 mampos.Masa dulu dulu melayu dalam ketogeri kelas kedua,la ni dah pi kelas tiga,india jadi gulungan kelas kedua di malaysia dulu depa kelas tiga,orang cina dari dulu tetap dikelas pertama.Fikirlah sendiri,pemerentah melayu,negara melayu,penduduk mejoriti melayu tapi gulungan thirted class. Nak undi UMNO/BN lagi ke. Tepok dada tanya otak dengan hati,kalau tanya selera tentu undi um/bn sebab depa banyak sogok duit beri melayu makan kenyang kemudian melayu tertidur lena dibuai mimpi

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive