Lagi penyelewengan dan salah guna kuasa Khir Toyo akan dibongkar.



SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau akan membongkar lebih banyak penyelewengan wang bernilai jutaan ringgit oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor, hanya menunggu masa yang sesuai sahaja.


Buat masa ini, beliau sedang mengumpul maklumat penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan mantan Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo dan Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman.

“Ada beberapa kes melibatkan Khir Toyo yang saya akan kumpulkan jika perlu. Sebelum ini saya mendedahkan mengenai kes penyelewengan transaksi tanah di Science Park 2 oleh Satim.

“Dan di Ijok pula mengenai lot tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana, yang telah dijual kepada Barisan Elit Sdn Bhd yang melibat Khir Toyo,” kata Khalid dalam sidang media selepas tamat sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini semalam.

Tegas beliau, “tujuan saya lakukan ini untuk menunjukkan perbezaan di antara Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan menumpukan usaha untuk kebajikan semua rakyat dan tidak beri kepada kroni. Tapi BN, kroni mereka yang terlibat,” katanya.

Khalid juga menegaskan bahawa bukti yang melibatkan transaksi yang didedahkan beliau pada sidang dewan Selasa lalu adalah jelas.

Wang rakyat

Katanya, tindakan beliau itu bukan untuk menuding jari kepada individu yang bersalah, sebaliknya menjelaskan wang rakyat yang diselewengkan.

“Bukan nak cakap dia salah tetapi hasil yang dilakukan ini bukan untuk rakyat. Transaksi yang dibuat juga sudah jelas. Itu yang saya hendak tunjukkan. Program Jom Shopping yang kita lakukan pergi kepada rakyat. Tapi sebaliknya apa yang berlaku dulu, beli tanah dari ejen dan beri pula kepada dia (individu yang menyeleweng),” katanya.

Selasa lalu, Khalid mendedahkan mengenai beberapa transaksi penjualan tanah di Science Park 2 di mana tanah kerajaan negeri telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPNS) dan dijual dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd.

Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu.

Malah terdapat usaha pengambilan tanah oleh Khir Toyo berhubung beberapa lot dijual kepada Barisan Elit Sdn Bhd untuk taman perindustrian walaupun tanah masih berstatus pertanian.


Free Malaysia Today

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
pr otak singkat!!
November 18, 2011 at 2:46 PM delete

pr xbg kpd kroni ke...hahahaahahahaha...statemnt plng lawk..projek pasir spe dpt..projek dlmkn sg spe dpt..org2 besar pkns sape dpt..septtnya penjwat awam yg jd org2 bsr pkns tu..tp org luar plak..tu sape tu kalo bkn kroni..sudahla khalid oi..rkyt dh mkin bijak..bkn mcm thn 2008 dlu.

Reply
avatar
Anonymous
November 18, 2011 at 3:21 PM delete

pr otak singkat - Sah engkau mmg org kuat UMNO Selangor dibawah Toyol Jawa. Sepantas kilat engkau datang spin sbg komen pertama untuk 'set the tone' bg komen2 seterusnya. Atau mmg kau adalah khir toyol? UMNO Selangor bak cacing kepanasan menggelupur tak tentu arah menunggu masa dan ketika untuk dikebumikan. Semua orang dah tahu selepas sahaja PR ambil alih Selangor macai2 khir toyol jawa stayback kt opis untuk hancurkan kertas2 dan dokumen2 penting segala penyelewengan mereka. Malahan sultan selangor melambatkan upacara angkat sumpah PR untuk beri kesempatan geng2 toyol jawa hapuskan segala bukti. Isu PKNS bak bangkai gajah atau pun lembu (isu hangat skrg)mana boleh tutup baunya. Ibarat kata pepatah ikan busuk bermula daripada kepalanya. Selagi saki baki rejim toyol masih memegang jawatan dlm pkns selagi itu kerja toyol adalah curi duit dan dalam kes ini duit rakyat.

ps - kurang2 dpt jugak air percuma bwh PR. Klu toyol jawa masih berkuasa, tarif air akan naik pada 2009 dan 2011.

Reply
avatar
rakab
November 18, 2011 at 4:49 PM delete

Alaaah,..Khalid Gagap buat dakwaan dalam dewan,..kalau salah fakta pun tak kena dakwa...

auta jer...maklum laa, PRU dah dekat !

Reply
avatar
Anonymous
November 18, 2011 at 10:12 PM delete

nama pun 'toyol' ...........tingkah laku pun serupa,

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive