Kementerian Kesihatan arah sos tiram 1M'sia ditarik



Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.


"Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.

liow tiong lai pc on kr1m products 231111 01“Produk itu mesti ditarik balik segera,” kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Pua sebelum ini berkata pada label sos tiram keluaran Lee Kum Kee dan Tesco menyatakan bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram. Bagaiamapun, katanya, sos jenama 1Malaysia pula menyatakan ia diperbuat daripada perisa tiram.

Sementara itu, Bernama melaporkan Liow berkata, Kementerian Kesihatan mendapati susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak berbahaya untuk kesihatan.

Katanya, hasil analisis menunjukkan kandungan vitamin A dalam produk susu itu ialah 3240 I.U (unit antarabangsa) bagi setiap 100gram dan ia tidak melebihi had sebenar iaitu 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.

"Pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua yang menyatakan produk susu itu mengandungi lapan kali lebih banyak vitaman A daripada had dibenarkan.

Liow berkata Tony telah mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan tumbesaran itu dengan peraturan susu rumusan bayi.

Beliau berkata peraturan kandungan susu rumusan bayi menetapkan had maksimum vitaman A yang dibenarkan ialah 500 I.U.

Sementara itu, Liow berkata pemeriksaan terhadap produk KR1M lain seperti krimer pekat manis, krimer sejat, teh, bihun dan bes miniman buah-buahan Blackucurrent didapati tidak berbahaya dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
rakab
November 24, 2011 at 1:14 PM delete

Celaka betul kafir harbi ni..
begitu terang sekali agenda Dap keparat ni nak memburukkan KR1M !

KR1M tu baru saja memulakan operasi...tentu ada sedikit sebanyak kelemahan...

Sebarang masalah yang timbul pasti
dapat di atasi....apa yang penting usaha meringankan beban rakyat
telah dilakukan oleh pihak kerajaan BN..
dan rakyat menghargainya..

Reply
avatar
rakab
November 24, 2011 at 1:17 PM delete

Tak lama lagi KR1M masuk ke IPT !!
bagi kemudahan pada mahasiswa/siswi pulak ...

bagus usaha kerajaan..

pakatan semakin menggigil...

Reply
avatar
Anonymous
November 24, 2011 at 3:17 PM delete

KR1M akan dibuka di bangunan Local Agenda Parit Buntar, kalau barang yang dijual barang yang tidak berqualiti adakah anda hendak membelinya? kan lebih baik PULAUKAN saja.

Reply
avatar
rakab
November 24, 2011 at 6:16 PM delete

butoh hang rakab bab2 makanan nak main2...

Reply
avatar
rakab
November 24, 2011 at 7:57 PM delete

non 3.17,

Cuma sos tiram saja yang tak lulus
daripada ratusan barangan di KR1M.

Takkan nak pulaukan seluruh kedai..
kalau macam ini pemikiran puak pakatan, nampaknya memang tak layak laa nak jadi kerajaan..

Reply
avatar
Anonymous
November 24, 2011 at 9:28 PM delete

ini bukan kedai runcit atau mini market mcm kau punya atau ah chong punya atau muthu punya..

ini kjaan bee end punya.. perancangan dan kualiti mesti lah dijamin dulu sebelum perasmian. satu silap habis lah musnah.. dr seribu pelanggan dah tentu bertambah kurang..

ok betul ke KR!M nak masuk IPT.. aku tak faham dulu ada menteri ckp sekolah dan ipt jlnkan koperasi secara gigih krn ini menguntungkan pelajar dan koperasi..

skg ni mana satu Koperasi ke KR1M? ini lah pemimpin yg kita ada kejap kejap je tukar arah dan pandangan.

Reply
avatar
rakab
November 25, 2011 at 2:08 PM delete

non 9.28,

Memang betul KR1M dan menu 1Malaysia akan masuk ke IPT-IPT..

bagus laa macam tu,..warga kampus
dapat faedahnya...

kalau puak pakatan menentang usaha ini, nampak sangat laa puak pakatan ni jahat...macam arahan LGE
supaya iklan menu 1Malaysia diturunkan dari kedai-kedai makan di P.Pinang.

Jelas sungguh Dap tu busuk hati..

Reply
avatar
Anonymous
November 25, 2011 at 7:40 PM delete

macamana pulak ada koperasi dan kr1m?

koperasi tu ahli ahli terdiri dr pelajar pelajar.. tak kah nanti keuntungan koperasi berkurangan? tp apa pun kita tenguk lah semua ini.. sudah nya kita semua tahu... mcm batik msia dan bakun dan jembatan cendung.. sb kita tak kisah..

dah menu 1Msia tu menipu.. tak kan nak biarkan begitu saje.. kita tak boleh rakyat yg pemikiran nya hanya tahu ikut ikut ni di ambil kesempatan oleh pemerintah yg tak bertanggung jwb .. smp skg tak de pun aku tenguk kedai yg bagi menu 1msia ini beratur pelanggannnya.. cepat tutup kedai sbb laris.. ada?

Reply
avatar
apa2 saja
November 27, 2011 at 4:42 PM delete

Barangan KR1M Nie barangan tangkap Muat jek..

spa yg bleh supply dgn harga yg pling murah yg tu yg dipilih tnpa mmbuat ujian kualiti dulu., yg pnting murah..

org nk murah n brkualiti. klu tak baik ko jual air sungai klang jer paking dlm botol letak kt kedai 1 MALAYSIA mesti Org UMNO beli garenti laku. hehehe..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive