Kalah bola, pelajar Malaysia di Indonesia diugut bunuh



JAKARTA, 22 Nov – Pahitnya untuk menelan kekalahan pasukan Garuda Muda di tangan pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di sini malam tadi telah menyebabkan ada pihak menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.


Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna Twitter bernama @hikmat_maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.

Setelah mendapat kecaman, pengguna Twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu.

Namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan telah membuat laporan polis berkaitan perkara itu, lapor Bernama Online.

Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata twitter mengandungi ugutan itu telah tersebar luas di Malaysia.

“Selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, @hikmat_maswara telah memohon maaf di Twitternya dan memaklumkan beliau tidak berniat untuk membunuh tetapi didasarkan rasa kecewanya atas kekalahan pasukan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir itu,” katanya di sini hari ini.

Ludinata berkata pimpinan PKPMI di Bandung telah membuat laporan polis pagi ini di Jatinangor dan polis memberi jaminan akan menyiasat kes itu.

Pada masa yang sama Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polsi Indonesia untuk tindakan selanjutnya.

“Saya juga telah menghubungi Rektor Universitas Padjadjaran, Bandung bagi meminta bantuan dan kerjasama universiti untuk memastikan keselamatan mahasiswa Malaysia di Universiti Padjadjaran, Bandung,” katanya.

Berikutan kes itu, EM Indonesia katanya telah meningkatkan pemantauan mahasiswa Malaysia di Bandung dan seluruh Indonesia.

Pada masa ini, ada 1,005 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Padjajaran, iaitu mewakili sebahagian besar daripada sejumlah 1,148 pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi sekitar Kota Bandung pada masa ini.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
BOMBO
November 23, 2011 at 12:05 AM delete

Ayuh pakatan rakyat,...kita hentam
indon laknat ! anwar pon bodoh,..
yg pergi berbaik dgn indon tu ..
wat ap..bongok

Reply
avatar
Anonymous
November 23, 2011 at 12:26 AM delete

Statement TERSANGAT BANGANG & BODOH dari BOMBOdoh....

JOESIRAP

Reply
avatar
Anonymous
November 23, 2011 at 1:31 AM delete

Ya ya ,begitu ramai rakyat Indon yg berada di M'sia secara halal dan pendatangan haram.......buat menghabiskan beras je...berapa byk aliran wang keluar ke negara mrk....apa kerajaan buat terutama pendatang haram ?

Reply
avatar
Anonymous
November 23, 2011 at 8:38 AM delete

Kita alu-alukan ezam kota berbini muda orang indonesia...
kah...kah..kah...
kaki menipu bini juga....
mat memburit juga...
kah...kah...kah..

Reply
avatar
fidel castro
November 23, 2011 at 11:43 AM delete

saudara bombo..
pihak mana yang bagi IC kat mat / minah indon,yg bestnya ada yang dapat rumah kos rendah lagi kalau bukan UMNO/BN

Reply
avatar
BOMBO
November 23, 2011 at 1:27 PM delete

Aku penyokong PR la...tapi kita mesti cakap perkara yg benar walaupun pahit..

Reply
avatar
Anonymous
November 23, 2011 at 2:43 PM delete

Apa lah Indon baru kalah bola dah nak ugut bunuh pelajar M'sia...aku memang tak setuju Indon pendatang haram yg berjuta2 di M'sia ini...ada yg berniaga terang2an ...Aku tak tau lah apa Hisham..din <BEE Nee buat..Tidur ke ? Lepas tu pura2 terkejut kenapa ramai pula pendatang haram ...PODAH

Reply
avatar
Anonymous
November 30, 2011 at 1:55 PM delete

fuk indon..fuk politik

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive