Jika Gunung boleh dicuri, nescaya gunung dicuri mereka - DS Wan Azizah

Sebelum itu.. buat semua Ahli KeAdilan seluruh Malaysia.. Korang pegang kata-kata Kak Wan ini.."Kami ingin memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan akan dirundingkan terlebih dahulu dengan cabang dan akar umbi; harus di kalangan mereka yang berkelayakan dan diyakini punyai prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh."


"Suatu ketika dahulu ramai sarjana Barat dan elit penguasa di dunia Islam beranggapan demokrasi dan Islam bagai air dan minyak, saling terpisah dan mustahil bersatu. Kemudian Indonesia dan Turki membuka jalan dan mata dunia bahawa demokrasi dan syura itu asas pentadbiran Islam. Islam dan demokrasi ibarat kubah dan menara yang menghiasi Masjid.

Kira-kira setahun yang lalu, ar-Rabīʻ al-ʻArabiyy atau Arab Spring meletus di Tunisia dan merebak ke seluruh dunia Arab. Jutaan anak muda yang dahulunya dikongkong dengan seribu satu undang-undang dan terpenjara oleh ketakutan elit kekuasaan turun ke jalan raya dengan satu tuntutan: berikan mereka kebebasan, kembalikan maruah mereka."

Demikianlah pendahuluan ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah Ismail (gambar kiri), cuba menyuntik semangat kepada anggotanya dengan memberi gambaran "Arab Spring", yang berlanjutan sejak awal tahun ini.

"Kemaraan jutaan anak muda yang turun ke jalan bukan terhad di Kaherah atau Alexandria, tetapi juga di kaki lima di Madrid, Barcelona, Athens dan Rome. Di mana-mana, anak muda tampil menyatakan kemarahan mereka kepada sistem politik, sosial dan ekonomi yang bobrok dan merampas hak mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden PKR yang berjudul "Demi Rakyat, Melakar Masa Depan Malaysia", dalam Kongres Nasional Tahunan Keadilan di Pulai Springs Resort, Johor Bahru, pagi ini.

Beliau cuba mengaitkan apa yang berlaku di Timur Tengah dengan situasi di Malaysia, "Titik persamaannya adalah kerakusan sang penguasa yang alpa kepada kebajikan rakyat, tumpas kepada godaan rasuah dan kekayaan sedang rakyat menderita. Sang penguasa seperti juga di negara ini yang bermaharajalela dalam sistem politik dan sosial yang merampas kebebasan rakyat."

Wan Azizah memetik statistik Pekali Gini (Gini Coefficient) untuk menunjukkan bagaimana jurang kekayaan dalam masyarakat semakin melebar, pada paras 37.91 dalam tahun 2004, dan merudum kepada 46.21 pada tahun 2009. "Kedudukan ini meletakkan jurang kekayaan di Malaysia lebih buruk dari negara-negara yang lebih miskin dan mundur seperti Indonesia, Afghanistan, Iraq mahupun negara yang dilanda peperangan seperti Liberia," Katanya.

Jurang kaya-miskin

Malah beliau mengingatkan, jika kadar kenaikan gaji bagi satu dekad akan datang kekal pada paras 2.6% iaitu tersekat pada kadar purata kenaikan gaji di antara tahun 2000 hingga 2010, maka menjelang 2020 dijangkakan peratusan rakyat Malaysia yang berada di bawah paras kemiskinan akan meningkat 4%.

Wan Azizah juga mengambil statistik terkini, bahawa 342,198 rakyat Malaysia berdaftar sebagai penganggur sehingga Ogos 2011. Dalam tahun 2010 dan 2011, purata rakyat yang mendaftar sebagai penganggur baru setiap bulan adalah 14,809 orang. Dalam tempoh yang sama juga, secara purata kerajaan hanya berjaya mencari pekerjaan dan menempatkan 1,338 orang penganggur berdaftar setiap bulan.

"Di kemuncak krisis kewangan dunia dan kemelesetan ekonomi global, jumlah penganggur berdaftar di negara ini ialah 369,799 dalam tahun 2009. Dua tahun selepas pelbagai program ekonomi dan janji ditaburkan kepada rakyat, angka terkini di akhir Ogos 2011 kekal tinggi di paras 342,198 orang," katanya.

Lebih-lebih lagi, 69.1% daripada angka 342,198 orang ini adalah dari kalangan anak muda berumur bawah 25 tahun. Angka ini menjadi lebih besar jika dilebarkan kepada golongan muda di bawah 30 tahun, mencecah sehingga 90.1%, menurutnya.

Wan Azizah menambah, daripada 342,198 orang penganggur, 51.4% mempunyai sekurang-kurangnya pendidikan tinggi di peringkat diploma, 29.9% dari penganggur muda ini tamat dengan pengajian ijazah, 21.5% pula mempunyai diploma.

Tahan dan Kinabalu hilang jika gunung boleh dicuri

Sementara itu, ketika menyentuh isu rasuah dan ketamakan pemerintah, Wan Azizah menyindir, "Di kala kita di ambang medan juang penentu, jangan kita alpa sejarah dan akar umbi kita. KEADILAN berputik dari kebangkitan rakyat yang marah dengan keangkuhan elit kekuasaan membolot harta negara. Ketamakan elit kekuasaan ini tidak kenal erti had. Kalau gunung boleh dicuri tiadalah Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu di dunia ini, kalau Banjaran Titiwangsa boleh disapu, nescaya yang itu pun direbut-rebut mereka."

Selain menawarkan kebajikan dengan peruntukan wang untuk warga emas, suri rumah, isi rumah miskin dan sebagainya, Presiden PKR menegaskan semula Deklarasi Permatang Pauh yang diamanatkan pada tahun 2008, yang membuka tirai kepada gerakan Reformasi.

Bagaimanapun, menjelang PRU 13, Wan Azizah menjanjikan calon PKR yang lebih berkualiti untuk bertanding. "Pimpinan parti juga akur dengan teguran bahawa beberapa calon yang dipilih dulu kurang berkelayakan; prestasi hambar di Parlimen atau DUN dan kurang berkhidmat untuk rakyat. Kita harus lega manakala mereka bertindak keluar dan tersisih dari perjuangan. Malah kami ingin memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan akan dirundingkan terlebih dahulu dengan cabang dan akar umbi; harus di kalangan mereka yang berkelayakan dan diyakini punyai prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh."

PKR mengadakan Kongres Nasional Tahunannya mulai hari ini di Pulai Springs Resort. Turut hadir dalam majlis perasmiannya termasuklah Lim Kit Siang dari DAP dan Abdul Hadi Awang dari PAS.

MerdekaReview

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

12 comments

comments
rakab
November 27, 2011 at 1:32 AM delete

hahahahaaaaa...

iyer laaa...selama ni calon yang dipilih pakai tangkap muat jer..

ada duit, pandai mengampu, dapat laa jadi calon..

tak dapat sokongan ahli terbanyak
atau tiada rekod kerja dalam parti,..itu tak penting..

sekarang baru nak sedar !!

Reply
avatar
Anonymous
November 27, 2011 at 2:55 AM delete

Salam...

Harap teliti sepenuhnya..kerna terdapat Ketua Cabang yang bangang 'sifatnya'

Di fahamkan ada AMK di Penang tak dapat 'join' kongress kerna Ketua Cabang sabotaj...Hanya AMK yang ikut cakapnya sahaja di 'senaraikan'...

Harap Kak Wan teliti Cabang di Penang tu...

Reply
avatar
November 27, 2011 at 7:43 AM delete

tapi dah lama SUAMI dicuri CINADOLL dan dipinjamkan kat SAIFOL takanlah tak tahu?CUMA TAKOT BERSUMPAH dengan nama ALLAH SWT kalau nama allah christian herald boleh pulak guna?

Reply
avatar
Anonymous
November 27, 2011 at 9:15 AM delete

Takkanlah masa Pak Sheikh masa jadi Menteri dan TPM dulu tak pernah ambik kot. Berapa banyak orang didajalkan Oleh Pak Sheik. Kalau bersih dan tak rasuah takkan sampai masuk penjara Sg Buluh dan kemudian keluar tapi boleh duduk banglo besar; kereta besar; driver; pergi oversea dsbnya. Itu kalau tak kikis gunung pun mau 10 bukit disapu Pak Sheik.
Kalau Pak Sheik betul tak rasuah dan bersih. Habis mana dapat duit tu. Setakat Si Jijah jual puki Kat bangle pun setakat RM10 satu shot kot.

Pi dah nak cakap pasal bersih tak rasuah kononnya.

Reply
avatar
Anonymous
November 27, 2011 at 9:36 AM delete

laaa rupanya calon PKR ni main tangkap muat dan tak jalankan tugas . fullstop .

bodoh eekkk sapa yang mengundi PKR . tak reti buat penilaian. fullstop.

Reply
avatar
Anak kg pertama
November 27, 2011 at 11:38 AM delete

Baru sedar DSWA, dulu main tangkap muat aje calon2 PR time PRU12..hingga ada tauke baju bundle boleh jadi calon di Perak...tahap pendidikan calon tu tingkatan 5 aje..la ni YB ooo..

P/S: PR mampus di PRU13

Reply
avatar
rakab
November 27, 2011 at 1:16 PM delete

AKP,...Aminnnnn...

heheheheee....

Reply
avatar
Anonymous
November 27, 2011 at 2:39 PM delete

aku betoi2 setuju nak habaq mai,matahari boleh curi kalu depa pun sebat bukan gunung ja.hangpa tengok pemimpin hak kita,tak pernah curi lansung hangpa tau dak,depa memberi lagi ada nak habaq mai.depa bagi ayaq free.syukoq..

Reply
avatar
rakab
November 27, 2011 at 2:55 PM delete

chinadoll pun dapat ayaq free anuat bagi,..duit bagi lagi, banyak mana tak tau laaa..

bini orang pon mat sabu sebatttt...
hang tak tau cerita kaaa,...ni aku
habaq mai ni..

Reply
avatar
Anonymous
November 27, 2011 at 9:26 PM delete

Org umgok kalu psl seks dia lebih tahu duluuuu.....

Reply
avatar
Anonymous
November 28, 2011 at 2:56 PM delete

AKP benak and bangang oii..., PKR tak mampuih punya selagi ahli UMNO kg pertama mcm aku dok pangkah KEADILAN.. ha..ha..ha..hang syok sendiri saja la...mai la masjid papan pi mengaji fardu ain lebih kurang..dok merapu fitnah Anwar, wan azizah buat pa..buat dosa hang tak terampun saja...

Reply
avatar
penternak_lipan
November 29, 2011 at 3:37 AM delete

china doll tak menarik.tapi untuk pengetahuan semua sumber air bersih skali adalah dari air najis.kalaau tak masakan mangsa c4 dari monggolia sanggup datang sini minta air.mesti mangsa c4 mongolia tu jeles bila dengar cerita sumber air bersih najib..kak jiana jaen pun pernah dapat kat PD.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive