Isu Fidlot : Perjanjian dibuat 2010 tapi duit dah habis pada 2009? (Video inside)



Selain dari Kondominium bernilai RM9,758,140.00 yang dibeli untuk lembu-lembu dari NFC (Khairi kata beli sebagai pelaburan).. hari ini Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan satu lagi keajaiban yang berlaku dalam scandal ‘Feed The Lord’ ini..


Menurut Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid Kementerian Pertanian Asas Tani telah mengeluarkan kesemua wang sebagai dana untuk NFC sejak dari tahun 2008 hingga akhir 2009.

Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat.

Ajaibnya ialah setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010..

Ajaib bukan…

Jadi bagaimanapula Noh Omar boleh mengatakan Syarikat milik Suami dan Anak Shahrizat ini dipilih melalui tender terbuka yang terhad (macam mana aku tak tau lah..) sedangkan wang telah habis dikeluarkan setahun sebelum perjanjian ditandatangani?

Noh Omar juga telah berbohong bila beliau hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar..

Mengapa pula Najib membohongi rakyat dengan mengatakan bahawa setakat 31 Julai hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada NFC?

Sedikit fakta tentang pembayaran kepada NFC oleh Kerajaan.

~Menjelang 31 Mac 2009. Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

~Pada 31 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC.

~dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.


*****************************

NFC: PAC dapati banyak kelemahan

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia hari ini memutuskan memanggil Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara untuk melihat semula sistem pengurusan bagi setiap agensi dan jabatan kerajaan.

PAC yang bermesyuarat hari ini membincangkan khusus permasalahan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dilihat banyak kelemahan yang timbul di dalam pengurusannya.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, mesyuarat itu khusus kepada isu NFC tetapi pada peringkat awal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sahaja dipanggil.

"Pada peringkat awal isu NFC ini kita hanya memanggil MOA dahulu untuk kita ketahui permasalahan tersebut, dan pihak NFC kita akan panggil bagi mendengar keterangannya pada bulan Januari 2012 tahun depan.

"Kita belum lagi membincangakn perkara ini secara khusus kerana PAC belum lagi memanggil NFC," jelasnya.

Beliau memberitahu melalui perbincangan hari ini, PAC mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

"Kelemahan yang paling ketara antara MOA dan NFC adalah di mana wang telah dikeluarkan kesemuanya sejak tahun 2008 hingga akhir 2009.

"Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat.

"Tetapi masalahnya setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010," jelasnya.

Beliau juga memberitahu sepanjang perbincangan yang dilakukan terhadap agensi mahupun jabatan kerajaan itu hanya perkara sama yang berulang sehinggakan rakyat sudah mula muak mendengarnya.

"PAC mendapati hanya perkara yang sama berlaku dan kita dapati kelemahan yang jelas adalah sistem pengurusan yang mana ia tidak selari antara pengurusan dengan perlaksanaan.

"Dalam pada itu melihat kepada permasalah yang berulang ini PAC bersetuju untuk memanggil Kementerian Kewangan dan juga Ketua Setiausaha Negara bagi mencari penyelesaian serta memperbaiki kembali sistem yang lama yang tidak sesuai lagi pada masa sekarang," sambungnya lagi.

Tambahnya lagi, pada masa sekarang kebanyakan agensi mahupun jabatan lebih tertumpu kepada projek berkonsep perniagaan dan bagi mengelakkan perkara seperti NFC ini berulang maka perubahan kepada sistem operasi perlu dilakukan.

"Wujud kelemahan dalam sistem yang ada, apabila pihak audit menjalankan tanggungjawabnya serta memaparkan yang benar ia tidak akan disenangi oleh semua jabatan kerajaan," sambungnya lagi.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

13 comments

comments
November 23, 2011 at 9:00 PM delete

Bukat setakat Shahrizat saja yang patut letak jawatan tapi keseluruhan kabinet wajib berbuat demikian. Sangat mengaibkan negarav di mata dunia. Lebih parah dari Zimbabwe.

Reply
avatar
Akula
November 23, 2011 at 9:06 PM delete

Salam semua..


tak habis2 lg psl lembu sahrijat ni..
bila nk settle tak tau ar..

pihak polis plak,bila nk panggil O.K.T tuh bg statement..?

hampehhh..

Reply
avatar
November 23, 2011 at 9:40 PM delete

INi Mlaysia, bukan Jepun. Kot di jepun dah lame PM nya letak jawatan jika ada ahli kabinet diselubuni skandal.

Reply
avatar
Anonymous
November 23, 2011 at 11:47 PM delete

Apa lagi letak lah jawatan menteri2 yg berkenaan ,Dah jadi liabilty to UMNO...cakap apa pun tak ada org ramai percaya lagi....yg bahlul je yg percaya...

Reply
avatar
rakab
November 24, 2011 at 6:26 AM delete

Pemimpin pakatan rakyat diselubungi berbagai skandal, tapi
sekor pun tak letak jawatan...

Yang pertama,..Anwar Berahim..

Reply
avatar
Anonymous
November 24, 2011 at 9:27 AM delete

Tak habis2 bodohnya rakab.. PM and the gang dulu resign baru pembangkang sebab kuasa negara ditangan mereka. Buktikan kpd pembangkang yang kerajaan lebih berani.

Orang bodoh aje yang setuju macam kau sebab kau berganda2 bodohnya.. heeeee

Reply
avatar
rakab
November 24, 2011 at 1:21 PM delete

wooi bahlol !!

Kalau belum jadi PM lagi dah macam-macam skandal,..bila jadi PM tentu lebih lagi,....bodohhhh

nasib baik bebal macam kau ni ada dalam pakatan,...senang sikit kerja aku..

hahahahaaaaaaaa....

Reply
avatar
rakab
November 24, 2011 at 6:19 PM delete

"nasib baik bebal macam kau ni ada dalam pakatan,...senang sikit kerja aku.."

ohh mmmg kau anjing belaan rosmah lah ye rakap? kahkahkahkah berapa ko dibayar utk menyalak...lajioa tiunabui lu kahkahkah

Reply
avatar
rakab
November 24, 2011 at 8:01 PM delete

mat indon yang menyamar aku kat atas ni,..

kau jual mak engkau pun masih tak mampu nak bayar aku...
ada faham....!!

Reply
avatar
Anonymous
November 24, 2011 at 10:00 PM delete

rakab oh rakab 6:26 am

skandal pakatan semua tak de bukti.. kes liwat pun bertahun tahun nak sabit kan kesalahan smp parlimen jerman pun dah tak caya dgn kjaan bee end..

isu rm250 juta ni PAC ..PAC yg dilantik kjaan Bee End sendiri yg dedahkan.. mana tindakan susulan kjaan Bini Najib..


oooi rakab 6:19 pm tu sbb anon 9:27 am mtk semua letak jawatan tp yg kena letak jawatan dulu tentu lah PM dan Kabinet kita..

dan ckp kau rakab 1:21 tu sememang eluk di tuju kpd PM kau sendiri sebelum jd PM dah mcm mcm skandal... semua org tahu cuma kau je rakab yg buat tak tahu

Reply
avatar
rakab
November 25, 2011 at 1:59 PM delete

anon 10.00PM,

1. Kalau tak ada bukti macammana kes Anwar boleh di bicarakan di mahkamah ?

2. Kes bertahun lamanya sebab Anwar
berpuluh kali yang minta penangguhan...mungkin takut tu...

3. Kalau parlimen Jerman tak percaya pada kerajaan BN, tentu mereka dah usulkan supaya kerajaan Jerman putuskan semua hubungan dengan kerajaan Malaysia,...ada pernah kau dengar ?? tak ada kan..

4. Apa pasal pulak Najib dan kabinetnya kena letak jawatan ??
Pernahkah Najib di buktikan bersalah di mana-mana mahkamah ??

Sedangkan Anwar yang telah di dapati bersalah kes liwat 1 dan di penjarakan pun masih ketua umum pkr
merangkap ketua pembangkang..!!

Puak pakatan cakap tak serupa bikin...

Reply
avatar
Anonymous
November 25, 2011 at 10:26 PM delete

ada masalah ke DSAI dgn ko...baik sangat ke DSN kat ko

Reply
avatar
Anonymous
January 4, 2012 at 5:17 PM delete

rakab! rosmah hina Islam ko x mnyalak kuat plak. kartunis miki hina hudud ko menikus. ko sesuai jadi transgender je buang anu ko. dasar jilat bontot umporno kini dan selamanya..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive