Isu Fidlot : Kongres Melayu Pulau Pinang cabar Shahrizat letak jawatan.



Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya.


Dalam satu kenyataan media, presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata, kepercayaan rakyat terhadap Shahrizat yang juga ketua wanita Umno telah hilang akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain selain meletakkan jawatan.

"Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu di sini.

"Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai menteri kerajaan pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya.

Sambil menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, Rahmad juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar.

"Perkara berbangkit di sini yang menjadi 'crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian kondominium bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

"Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," kata Rahmad.

Tak boleh nafi lagi

Menurut beliau, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC. Begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan.

"Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita.

"Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," katanya.

Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu.

Bagaimanapun ia didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'.

Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh ahli parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri itu berkaitan Fidlot telah menyusahkan Umno Barisan Nasional.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," kata Bung.

Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
Anonymous
November 20, 2011 at 4:29 PM delete

Mengapanya Tok Najib lambat sangat buat tindakan mengenai kedudukan Sarizat selaku Menteri dan Ketua Wanita? Oleh sebab PRU13 dah dekat dan Sarizat masih memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia yang sangat penting untuk membawa wanita umno bawah dia bergerak menjalankan kerja2 parti dan pilihanraya. Dengan terjadinya perkara penyelewengan lembu Sarizat akan membantutkan kerja wanita. Kerana ada yang hendak sokong dan tak sokong arahan dia sebab tak gembira dengan status jawatannya yang dah tercemar imejnya selaku Ketua dan Menteri Wanita UMNO, jadi Sarizat tidak ada pilihan lain melainkan letak jawatan untuk menyelamatkan maruah wanita umno...itupun kalau Sarizat sayangkan parti lebeh dari jawatannya. Kalau Tok Najib suroh Sarizat letak jawatan dan ganti tempatnya segera dengan Naibnya Kamaliah Iabrahim maka kepincangan jentera wanita umno dapat dibendung. Maka nampaklah element "damage control" tu berjalan laju dan memudahkan kerja wanita untuk berkempen kerana isu Sarizat adalah isu peribadinya dan keluarga dan tidak ada kena mengena dengan Wanita UMNO. Yang dapat duit lembu Sarizat dengan keluarganya BUKAN wanita UMNO...jadi Wanita UMNO dapat APA? Tahi lembu Sarizat adalah, BODOHNYA Wanita UMNO ...kehkehkeh....!!!

Reply
avatar
rakab
November 20, 2011 at 4:41 PM delete

mengapa orang melayu asyik nak hentam orang melayu. peduli apa kan itu duit dari cukai orang kafir...duit boleh korek dari orang kafir lagi.

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2011 at 6:31 PM delete

To Rakab.
Hang ni memang ahli UMNO yang mudah 'di lembukan' la...

Kalau dah tak betui tu kena 'tegur' la. Rasullullah S.A.W sendiri pun pernah berkata "potong la tangan Fatimah (anak baginda) jika di dapati beliau terbukti mencuri..

Hang tak sedarka yang melayu (UMNO) lah yang membodohkan melayu sendiri.

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2011 at 6:52 PM delete

kau org tunggu lah rakab akan kata kalau mufti pun boleh di pengaruhi oleh DAP dan LGE psl pembesar suara .. inikan pulak , Kongres Melayu PP .

Lihat lah kesan dr kepimpinan LGE, dlm byk byk Kongres Melayu.. Melayu PP yg bersuara dulu.

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2011 at 6:57 PM delete

adalah lebih baik wanita umno sendiri yg mintak shahrizat berundur.. jd nampak lah sikit wanita umno ni tak macam dulu..

tp kau org mesti ingat.. kalau shahrizat berundur bukan je dia sorg sb pak menteri dan sorg lagi pemimpin umno yg terima lembu tu apa pulak citer nya?

Jd dlm umngok ini kalau nak menipu tu kena lebih dr dua org .. jd berkait kait kalau disuruh sorg je yg berundur.

Reply
avatar
bunbinban
November 20, 2011 at 8:42 PM delete

puas dah gua hentak kepala gua kta dinding....gua masih percaya gua nih bermimpi....melayu ke sharizat nih?. hahaha..mintak maap ckp la, sharizat mmg layak utk urus lembu2 nih...kita kembali kepada asal usul dia. hahaha...ganti la sape ketua dlm umno tu, penganti ttp perangai sama...kalau tak lembu, kes kambing plak nnt. Kes babi dah tutup, kes lembu tengah hangat, kes kambing menyusul nnt.

Reply
avatar
Anonymous
November 21, 2011 at 2:14 PM delete

shahrizat masih diam..beliau ptut tampil bg kenyataan..kalau diam je mmg semua akan ckp dia salah..

Reply
avatar
Anonymous
November 23, 2011 at 1:01 AM delete

NFC ni satu contoh penyelewengan pemimpin Umno Baru. Tiap-tiap lembu di dlm Umno Baru sebnrnya ada 'taiknya'. Klu NFC RM250 juta, tuanpunya Konsortium Perkapalan pula dibayar RM2 bil. Siapa 'Raja AP'? Nape tanah Melayu di Johor jatuh ke tangan taukeh-taukeh dr S'pura? Gimana dgn komisyen RM530 juta dlm pembelian kplslm Scorpene dan RM300 juta lagi dlm pembelian Sukhoi? Siapa yang mendapat faedah berbillion ringgit melalui perlaksanaan PPSMI?Siapa yang menerima faedah dari scandal PKFC? Oleh kerana itu, tindakan sesetengah pihak di dalam Umno Baru tuk menjadikn seseorang pemimpin mereka kambing hitam dalam kes NFC ini atau menggunakan isu ini untuk menjatuhkan Syarizat tidak ada maknanya.

Hakikatnya, kesemua pemimpin Umno Baru memerlukan wang untuk menentukan kemenangan di dalam parti dan jg di dlm pilihanraya. Ada kalanya wang itu tuk dirinya sendiri. Ada kalanya pula ia amanah parti. Jln mudah tuk mndptkan wang dlm jumlah yg banyak adalah dgn berpakat-pakat di antara mereka tuk mengagih-agihkan projek kerajaan atau harta negara sesama mereka. 'I help you, you help me'. Jd yang patut kita pertanggungjawabkan adalah keseluruhan Umno Baru. Nyahkan UBN dari tampok kuasa negara di PRU13 kelak

Reply
avatar
Anonymous
February 2, 2012 at 2:47 AM delete

aku harap kes2 ni dapat selesai kan dengan sebaik mungkin.. jika benar beliau bersalah, diharap hukuman setimpal harus diberikan.. jika tidak bersalah, berharap sangat agar tolong menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat... dan kita disini xperlu nak gaduh2 or nak lembu2kan sape.. x guna klau pandai berhadis or kuat agama pun tapi cara percakapan dan penyampai memhina2 seorang... islam xajar kita menhina orang lain.. jika beliau berslah, beliau tetap xkan terlepas walau bukan didunia pastinya diakhirat...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive