Ezam kata dia keluar PKR bukan kerana Wang dan Jawatan

Boleh percaya kaa...



Bekas Ketua Pemuda PKR Senator Ezam Mohd Nor menafikan beliau bertindak keluar parti sebelum ini demi wang, seperti dikaitkan veteran parti itu Dr Syed Husin Ali dalam memoir terbarunya.


Sambil menyindir "tidak mahu bertengkar dengan orang tua", Ezam menjelaskan, penglibatannya hanya dalam 'syarikat' kecil Gerak Agenda Sdn Bhd untuk memerangi rasuah memberi kesimpulan sebaliknya.

"Dan pada tahun 2007 itu jugalah saya sebagai ketua 'syarikat' yang dikenali sebagai GERAK itu telah menetang ketua BPR (Badan Pencegah Rasuah) ketika itu sehingga dia terpaksa lepaskan jawatannya.

"Kaji juga kenyataan-kenyataan saya dan GERAK selepas tarikh 13 Mei yang disebut Dr Syed. Kesemua kenyataan menentang dan mendesak kerajaan atas nama rasuah.

"Bagaimana orang yang dikatakan keluar parti untuk dapat wang/ jawatan pengarah syarikat besar boleh membuat serangan kepada kerajaan yang memerintah, khususnya ketua BPR?" kata Ezam.

Dr Syed Husin menulis dalam bab "Alasan Ezam keluar parti" dalam memoirnya, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana bergantung kepada pendapatan isteri.

Beliau juga didakwa berkata "kena cari peluang" mendapatkan satu dua jawatan pengarah dan perkara itu hanya boleh menjadi kenyataan jika ada bukti beliau sudah meninggalkan parti.

'Isterinya ada deria keenam'

Dalam reaksinya kepada Malaysiakini hari ini, Ezam yang kini bergiat dalam BN berkata, perbualannya seperti dirakam semula Dr Syed dalam Memoir Perjuangan Politik bukan dalam konteks keluar parti.

Sebaliknya, kata Ezam, beliau ketika itu menceritakan kesusahannya, antaranya kerana tidak mempunyai kerja, sebagai respons kepada "kekecewaan" Dr Syed Husin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang didakwa mewah.

"Pada ketika itulah saya kongsi dengannya bahawa saya memang susah. Selama berjuang bergantung gaji tetap isteri dan usahaniaga di Indonesia yang pada masa itu kebetulan sedang merosot dan ditutup.

"Justeru cerita saya susah padanya dalam konteks itu," kata senator BN itu menjawab dakwaan Syed Husin Ali yang juga senator Pakatan Rakyat.

Ezam berkata, kerana hormatkan Dr Syed Husin, beliau banyak menghabiskan masa minum teh bersamanya dan melayan "kekecewaannya disisih Anwar dan Azmin" walaupun menjadi timbalan presiden ketika itu.

Justeru, kata Ezam lagi, beliau hairan mengapa Dr Syed Husin sanggup memulatbelitkan konteks sebenar perbualan mereka.

"Apakah Dr Syed Husin seorang pejuang sudah berubah menjadi Anwar seorang haiwan politik seperti yang dipercayai oleh isteri Dr Syed yang dikongsi olehnya kepada saya pada masa itu juga.

"Dan Dr Syed sendiri mengaku isterinya ada sixth sense (deria keenam) untuk kenal orang dan (dia) tidak selesa Dr Syed bersama Anwar. Mungkin tulisan Dr syed ini bukti telahan isterinya betul. Dr Syed sudah berubah kerana bersama Anwar," katanya.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

10 comments

comments
Ezam
November 19, 2011 at 12:56 AM delete

Tuan2 sekelian,cuba bayangkan jika saya mengaku menerima wang dan jawatan, apa pandangan orang terhadap saya yg jujur ini.Saya tak sebodoh itu nak mengaku.betul tak.

Reply
avatar
rakab
November 19, 2011 at 1:00 AM delete

menyamar jer keja anjing pakatan sial ni..!! anjing yang kat atas ni..

Reply
avatar
rakab
November 19, 2011 at 1:05 AM delete

Dah jadi lumrah pakatan busuk hati,...menuduh sesiapa yang keluar parti adalah sebab di beli atau mengejar pangkat.

Nampaknya terpaksa laa Najib wujudkan berpuluh ribu jawatan senator lepas nih,..

Reply
avatar
Anonymous
November 19, 2011 at 9:56 AM delete

Rakab,najib hanya perlu menyediakan beribu2 tong taik ,bukannya jawatan senator....kakakaka

Reply
avatar
Anonymous
November 19, 2011 at 11:31 AM delete

btui tu..ezam skang ni dok keja cuci keta kat pekan batu kurau..mana ada jawatan apa pun...sian ezam dok kna pitenah je...

Reply
avatar
Anonymous
November 19, 2011 at 2:25 PM delete

tengok muka gambar di atas tu pun ,dah tak selera nak undi dia....gi kerja dgn Kak Izat di ladang Lembu je lah...

Reply
avatar
Anonymous
November 19, 2011 at 4:23 PM delete

...sour grapes...

Reply
avatar
Anak kg pertama
November 20, 2011 at 12:55 AM delete

Dulu di puji..kini di keji..hanya kerana berubah parti...itulah nasib org2 politik...yg pasti ada org yg tak senang duduk la ni..sebab anak didik dedah sifat2 istimewa bekas gurunya...

P/S: Guru lebih tahu siapa muridnya...dan muridnya pun tahu apa kegemaran gurunya..

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2011 at 11:16 AM delete

akp 12:55 am kalau berubah parti secara terhormat contoh spt ruslan kasim kita org boleh terima. tp si biawak ni lokman pernah buat sumpah yg dia mentedarah duit.

Reply
avatar
Anonymous
November 21, 2011 at 5:32 PM delete

Ezam dah kaya pun sekarang ni. Buktilah tu.. apa nk pikir lagi

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive