Dokumen, Bukti UMNO/BN peralat bantuan RM100 untuk sekolah.

Dokumen arahan dari Kementerian Pelajaran sila lihat diakhir entry..



Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.


Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.

"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.

"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.

Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.

Langgar batasan

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".

"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.

"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.

"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.

"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Berita dari Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

26 comments

comments
Anonymous
November 20, 2011 at 12:12 AM delete

mungkinkah ditakrifkan bahawa BURU BESAR/PENGETUA sekolah di seluruh Mlaysia ini tidak amanah atau tak boleh dipercayai dan mungkin GURU BESAR/PENGETUA sekolah ini akan songlap wang tersebut.........

KALAU BEGITU KEADAANNYA KENAPA TIDAK UMNO/BN SAHAJA YANG MENYERAHKAN WANG TERSEBUT KEPADA PELAJAR/PENJAGA/IBUBAPA.......BUKAN KAH ITU LEBIH MUDAH.........

Reply
avatar
Anak kg pertama
November 20, 2011 at 12:29 AM delete

Yang umum bajet 2012 adalah PM dari kerajaan BN..kenapa nak marah wakil rakyat BN turun bersama...

P/S: Janji BN di kota, bukan janji PR syok dikata saja..tapi habuk pun tarak..

Reply
avatar
rakab
November 20, 2011 at 12:38 AM delete

Betul kata AKP tuu...

Bantuan RM100 tu adalah usaha kerajaan Umno/BN,...jadi memang patut laa jika pemimpin atau wakil rakyat dari Umno/BN turut mengambil bahagian dalam menyampaikan sumbangan itu.

Semua rakyat faham hakikat itu..

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2011 at 1:30 AM delete

Masih bangang tak elok lagi rakap dan AKP,,., aku rasa isu duit awam (bukan UMNO) dok selalu diperkatakan tapi dua ekor pencacai still bodoh.. aku tak percaya depa berdua bodoh.. tapi jenis melalak dapat habuan.. tak kisah kenyataan bangang atau tidak..

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2011 at 1:34 AM delete

Woi rakab n akp, awat la hampa ni bangang sangat..kalau nk bg baik bg cara ikhlas.. X payah nk pakai wakil rakyat bagai..nampak sgt nk menunjuk n x ikhlas..lagi satu hampa kena ingat..duit kerajaan adalah duit RAKYAT! The money doesnt belong to UMNO & BN..bear that in ur rusty mind!

Reply
avatar
Fikir Guna Otak, Jangan Fikir Duit
November 20, 2011 at 7:43 AM delete

Bantuan RM100 tu adalah usaha kerajaan Umno/BN???? USAHA APA ko cuba cerita sikit. Menteri2 jer ka bayar cukai ...hang ni bengap ka, bodoh ka? tak de otak ka? mana dapat duit klu bukan cukai2 dr rakyat...

Reply
avatar
rakab
November 20, 2011 at 8:36 AM delete

rakab 12:38 anjing segala anjing guna nick aku lagi. wakil apco-ameno guna duit rakyat bagi bantuan memang macam perompak. ptuiiii

Reply
avatar
maher dzyne
November 20, 2011 at 9:05 AM delete

salam...
sang penguasa ibarat burung merak
bertelur sebiji riuh sebelantara
tak sedar.. ekor yang dipandang cantik tetapi penuh dengan najis.

RM 100 dicanang dipelusuk belentara. yang penghuninya bukan kayu maupun tunggul...silap mata dipersembahkan kepada semua saban waktu. tapi malang sekali.. pengadil dipadang (odit negara) dah tiup wisel panjang ..... kad merah dan beberapa kali dijulang ditengah padang..
Apa lagi tunggu... UMNO sila keluar padang secara terhormat.. sekarang.. Faham....segera....

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2011 at 10:04 AM delete

Rm 100 seorang tak seberapa dibandingkan dengan berapa Menteri Wanita kita dah rembat. Pelancungan, pertahanan, dalam negeri, kesihatan, pertanian, JPM kewangan berapa pulak yah wahai AKP dan Rakab. Kita orang tahu lah bersukur. Raktat balik kerakyat biasa lah. Tapi yang sudah kena ngap mencuri nama nya.

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2011 at 10:17 AM delete

Melayu banyak makan belacan sebab tu bodoh. Juak- ruak duit disamun pun di kata usaha baik, iklas , jujur Amnog.

Reply
avatar
rakab
November 20, 2011 at 11:32 AM delete

Anon 8.36AM tuu,..anjing pakatan yang menyamar aku,...

anjing pakatan dah kepanasan, mengelupoq...!!!

hehrheheee....

Reply
avatar
rakab
November 20, 2011 at 11:39 AM delete

hahahahaaaa...

Kesiannyaaaa....puak pakatan nih !
tertekan sungguh dengan tindakan kerajaan Umno/BN memberikan bantuan duit tu..

nak kutuk jugak,..nak cari salah
jugak !!

sia-sia jer kau orang ni jadi manusia...

Reply
avatar
rakab
November 20, 2011 at 11:51 AM delete

Oh yaaa,...buat pengetahuan puak pakatan....Karnival Kerjaya anjuran pemuda BN sedang berlangsung..!!

Kau ada..??

Dari semalam sampai ketika ni, dah
lebih 180,000 pengunjung terutamanya golongan muda berbagai
bangsa untuk meninjau peluang-peluang pekerjaan.

Kau ada..??

Ini laa parti pembela rakyat namanyaaaaa....

Pakatan apa ada...????

Reply
avatar
dr zahau
November 20, 2011 at 11:56 AM delete

Masalah besar kebanyakan rakyat Malaysia le ni..bila mereka anggap segala harta kerajaan tuh UMNO yg punya..inilah doktrin yg berjaya diserap oleh Pemimpin dan pencacai Umno..

tapi bila Pakatan bangkit bagi penerangan dgn menggunakan Istilah Tax Payers'Money..UMNO mula gelabah..fitnah sana fitnah sini..

UMNO2..kenalah dgn nama umno tuh..
United MUSYRIKIN National Organization=UMNO

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2011 at 1:24 PM delete

aku tak akan terpengaruh dg rm 100 tuuu....mereka bagi aku ambil..nak sokong BN bolehhhh.....boleh BLAAAAA....setakat rm 100 nak beli jiwa aku....??? hanya org bodoh dan tak ada fikiran yg normal aje sanggup dibel dgn nilai tersebut...apalaaa sangat duit sbyak tuuu..bagi aku nilai diri aku tak akan terjual dengan apa harga pun kerana aku ADA NILAI DIRI......

Reply
avatar
Anak kg pertama
November 20, 2011 at 2:32 PM delete

Kerajaan PR di Penang pun akan bagi bantuan pd waris pelajar tahun 1 & 4 dan Tingkatan 1 & 4 tahun depan di Penang saja...yg pelik.. Kenapa??? 1 dan 4 aje dapat? yg tahun 1,2,3,5&6 dan tingkatan 1,2,3,5&6 ..ada ke mereka tak mau duit ke utk persiapan ke sessi sekolah 2012..apasal mereka disisirkan? Penganut PR minta jawab..!

P/S: Ikhlas ke Kerajaan DAP/PR? kalu ikhlas kenapa ada disisir..

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2011 at 4:09 PM delete

Kalau buat kerja tidak ikhlas atau bukan kerana Allah...doaku hanya satu KALAHLAH BN DALAM PRU 13 NANTI...AMEEN.

Reply
avatar
rakab
November 20, 2011 at 4:56 PM delete

Dap beli jiwa dengan agihkan daging korban !! macammana tuu..

Teresa Kok yang makan babi, pegang daging babi, tiba-tiba pegang daging korban hulur pada orang orang Islam masa raya haji.

Melayu pkr/pas tak ada teloq kaa..??

Reply
avatar
Anak kg pertama
November 20, 2011 at 6:52 PM delete

rakab,

DSAI kata semua agama adalah sama..itu masalahnya...bagi mereka tiada dosanya..sebab tok guru pun diam aje

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2011 at 8:19 PM delete

Yang pasti RM100 tu bukan duit UMNO, tetapi duit kerajaan yang dikutip dari cukai kepada rakyat.

UMNO kalau hampa terar sangat apa kata berilah rebat RM100.00 penggunaan elektrik kepada seluruh pengguna elektrik di seluruh Malaysia setiap bulan. Buatlah macam PR beri 20m3 air di Selangor. Tak mainlah 'one off'.... ada berani?

Reply
avatar
Anak kg pertama
November 20, 2011 at 10:06 PM delete

Anon 8.19pm

Yg kau taip..ada kebodohan yg teruk..ini wajah puak2 PR..

"Yang pasti RM100 tu bukan duit UMNO, tetapi duit kerajaan yang dikutip dari cukai kepada rakyat."

Wakil rakyat yg datang pun bukan kata ini duit2 UMNO pun...mrk kata ini duit kerajaan pusat..

Lagi..anda faham ke maksud "kerajaan"?..setiap negara demokrasi perlu adanya kerajaaan, kerajaan ditubuhkan dari parti yg menang dlm pilihanraya umum...jadi bila dah jadi kerajaan setiap keputusan yg penting, kerajaan tersebut akan putuskan..

P/S: Benaknya seseorg tu..yg mudah, buat jadi susah..

Reply
avatar
Anon 8.19pm
November 20, 2011 at 11:47 PM delete

Ye eleh askar gurkha bergelar Anak kg pertama yang nak berhujah dengan aku....

Masalah sekarang UMNO memang selalu menganggap bahawa duit kerajaan adalah duit UMNO. Malah UMNO sering melakukan syirik dengan mengatakan bahawa Tiada UMNO tiadalah kemajuan Bangsa Melayu... hangpa ni sapa? Firaun atau Namrud? Pilihlah yang mana satu... memang sepadan dengan parti kamu.

Syirik terbaru yang aku dengar adalah jika tak ada UMNO tak ada kereta Proton Waja - gara-gara dengkinya UMNO sekor tu sebab pemilik kereta Waja aktivis PAS sedangkan dia cuma ada kapcai buruk yang dah reput. Pada aku jika tiada UMNO sudah pasti seorang pemilik Waja mampu memandu sebuah BMW atau Mercedes, dan yang memandu BMW mungkin mampu memiliki Ferrari. Dan si pemilik kapcai cabuk tu mampu memiliki Waja third-hand, itupun sebab bangang sangat sebab kena tipu dengan hang.

Jika dakwaan ini aku tidak benar masakan UMNO yang memimpin Barisan Nasional memacakkan papan projek: SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL. Kenapa tidak dipacakkan sahaja Projek Kerajaan Malaysia. Ini bermakna kamu ingat duit buat projek tu adalah hasil kutipan dari duit yuran keahlian UMNO setiap tahun. Padahal yuran keahlian pun ramai ahli UMNO tak bayar. Yang pasti kamu bukan UMNO pun.

Inilah wajah UMNO yang amat hodoh. Baru dilantik sebagai askar Gurkha Barisan Nasional mendabik dada macam seorang jeneral. Takat jeneral cyber BN selalu je aku lastik telor cyber. Kalau tak percaya pergi tanya Blog MIK aku selalu lastik telor cyber dia, dia selalu diam je makna sakit yang amat sangatlah tu.

Reply
avatar
Anonymous
November 21, 2011 at 9:44 AM delete

Anon 8.19,

Hujah hang memang baik...

Aku nak cakap satu je....
kepala butuh la lu anak babi kpg pertama...

Reply
avatar
Anonymous
November 21, 2011 at 3:05 PM delete

betul..duit kerajaan adalah dtg dri rakyat...apa salahnya klu kerajaan BN bg sumbangan rm100 utk bbdk skolah..perkara yg baik kita terima je la..klu rasa x nak ambil, x payah ambil...

Reply
avatar
Anonymous
November 23, 2011 at 3:38 PM delete

duit kjaan Pakatan beri pada tahun 1 dan tahun 4 dan tingkatan 1 & 4 ialah tambahan dr jumlah rm100 kjaan pusat.

yg pelik bg aku ialah knape kjaan negeri terutama kjaan negeri dibawah bee end/umngko tak bagi duit bantuan spt kjaan Pakatan PP?

hampir seluruh keluarga yg mempunyai anak di PP mendpt lebih dr keluarga negeri kjaan bee end/umngok. siapa boleh jelaskan, silakan.

kalau kjaan pusat tak bg rm100 tu boleh lah kau buat buat pelik mcm beruk serkas yg pakai baju tp tak pakai seluar.

Reply
avatar
Anonymous
November 23, 2011 at 3:43 PM delete

anon 3:05 PM kalau mcm ni lah pemikiran kau patut pun lah umngok tak berubah tp lg teruk dr masa penjajah british.

mana lebih selamat dan murah bila duit tunai tsbt dibawa dgn jumlah yg byk sehingga menteri mtk pihak keselamatan bg kerjasama dgn terus kan masuk duit ke dlm akuan mcm ptptn dan biasiswa.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive