Anwar terus burukkan Malaysia



Setelah isu Air di Kelantan dimainkan hampir satu minggu berturut-turut dengan berbagai kisah tentang masaalah air di Kelantan yang kelihatan gagal memperbodohkan rakyat Kelantan (baca di SINI), Lidah Rasmi UMNO kembali menghalakan serangannya terhadap DS Anwar Ibrahim.


Aku yakin isu yang dimulakan oleh Utusan ini akan disambung pula oleh TV3 dalam Buletin Utama malam ini.

Kemudiannya pula katak-katak terutamanya si Zul Nordin dan Zahrain yang telah melompat keluar dari PKR akan di tanyakan pendapat mereka pula dan peluang ini akan digunakan sebaiknya untuk menghentam Anwar.

Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim pula akan berkata “bukankah saya suda berkata pemimpin-pemimpin pembangkang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini, sebab itulah pasukan Malaysia diberikan layanan buruk pada Sukan SEA ke-26 lalu. – sepenuhnya sila baca di SINI

PERKASA akan mengadakan siri demonstrasi mengutuk Anwar Ibrahim, dan dalam setiap ceramah yang dihadiri oleh Anwar provokasi atau bantahan akan dilakukan oleh ahli-ahli PERKASA..

Pasti akan ada pula sekumpulan manusia yang diupah RM50 dan sehelai ‘T’Shirt akan mengadakan demonstrasi di Masjid-masjid mendesak kerakyatan Anwar dilucut kerana tidak patriotik..

Laporan Polis pula akan mula dibuat oleh NGOk-NGOk yang bakal tumbuh bagai cendawan selepas hujan…

Polis dengan segera akan menyiasat..

Tujuan utamanya selain dari memperbodohkan orang-orang yang tak punya capaian internet ialah untuk memusnahkan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti Anwar.. bukankah hari itu Survey dah kata Anwar tak popular jika dibandingkan dengan Najib (baca di SINI), kenapa masih takut?


**********************************

Anwar terus burukkan Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan.

Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif.

‘‘Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan.

‘‘Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),’’ katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu.

Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

‘‘Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

‘‘Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,’’ katanya.

Dalam pada itu beliau menyelar tindakan pihak berkuasa Malaysia menahan enam orang termasuk seorang Ahli Parlimen kerana disyaki menjadi pendukung fahaman komunis.

Soal beliau, adakah wajar mereka yang dikatakan pendukung itu dipenjarakan seperti mana kesalahan memukul orang.

Lidah Rasmi UMNO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
Anonymous
November 25, 2011 at 12:26 PM delete

Ini petanda bahawa PRU dh nak dekat. Nanti bukan setakat katak zul kulum, zahrain dll malahan anak dara Umi Hafilda akan menjalankan peranannya. Aku tak pasti berapa UMNO bayar kt anak dara tu.

Reply
avatar
Anonymous
November 25, 2011 at 1:54 PM delete

Rakyat sudah nampak semuanya K'hakiman ,PDRM ,SPRM ,media ....jelas di perkuadaan olih BEE NEEE...Ada Anwar ke tak ada Anwar is irrelevant..

Reply
avatar
Anonymous
November 25, 2011 at 3:53 PM delete

Rakab pasti akan melalak dengan menuduh pemimpin pembankang ini seperti kacang lupakan kulit dan pengkhianat negara. Heeeee

Rakab seperti 'Kodok dibawah kain bik mama'yang pasti berganda2 kebebalannya.

Reply
avatar
rakab
November 25, 2011 at 5:19 PM delete

Apa nak jadi dengan Anwar ni...
tak sudah-sudah memburukkan institusi di Malaysia ni depan rakyat Indonesia,..

Tak menunjukkan semangat cintakan tanahair langsung !

Untuk pengetahuan Anwar,..rakyat
Malaysia sekarang semakin marah,
meluat, bosan dan benci dengan telatah dan gelagat biadab indon di sana..

Anwar mungkin dapat sedikit simpati dari sebahagian indon di sana tetapi akan semakin di benci dan di musuhi oleh majoriti rakyat Malaysia yang patriotik !!

Reply
avatar
Anonymous
November 25, 2011 at 8:24 PM delete

Rakyat Indonesia marah org UMNO saja tepuk dada tanya selera........Menteri......

Reply
avatar
rakab
November 25, 2011 at 8:51 PM delete

non 8.24,

Kalau marahkan Umno, kenapa bendera Malaysia yang dipijak dan di bakar ??

Kenapa lagu negaraku yang di hina ??

Kenapa slogan ganyang Malaysia bukan ganyang Umno ??

Kau ni pun dua kali lima macam Anwar jugak, pengkhianat negara !!

Reply
avatar
Anonymous
November 25, 2011 at 8:54 PM delete

rakab oh rakab

rakyat msia tak marah tp rakyat msia tertanya tanya knape pelajar indonesia tak panggil Najib utk dengar pendapat Najib.knape Najib tak laku kat Indonesia.

cerita anwar memburuk kan umngok ni dah lama.. kalau betul majoriti rakyat memusuhi anwar tak kan lah nak buat mcm ni lg..

hny bercakap mcm tu di luar negara baru dpt perhatian dr kjaan. dan umngok pulak menjadikan isu maka dr rakyat tak tahu maka rakyat jd tahu dan tersedar semula.

umngok mmg bodoh!

Reply
avatar
rakab lagi
November 25, 2011 at 8:56 PM delete

Sekumpulan ahli parlimen pro Umno/BN berangkat ke Jakarta menemui speaker dewan rakyat Indonesia menyatakan bantahan rakyat Malaysia dan meminta penjelasan mengapa terdapat sentimen kebencian rakyat Indonesia terhadap Malaysia.

SYABAS BNBBC

Reply
avatar
eh, rakab lagi
November 25, 2011 at 9:06 PM delete

PATI 8.54,

Najib tu tak lapaqkan sokongan indon !! Najib utamakan rakyat Malaysia.

Memang majoriti rakyat memusuhi Anwar, sebab itu dia gagal jadi PM !

Perhatian apa ?? kalau kerajaan tak bagi perhatian tentu dah lama Anwar kena sumbat dalam ISA !

Kalau memburukkan negara di luar negara, itu penderhaka nama nya..!!

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 1:43 AM delete

butoh la najib..

HIDUP UMNGOK!! eh tersasul UMNO..

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 2:31 PM delete

dah lumrah amjing pakatan, 1.43,
menyamar aku lepas tu menyalak..
bila tak boleh jawab hujah..

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 7:30 PM delete

butoh la anjing 1.43...nak menyamar aku pulak...sama la ko asyik menyalak tak habis2..

Reply
avatar
rakab
November 26, 2011 at 7:31 PM delete

anjing 2.31 pun sama kepala butoh menyamar aku kahkahkahkah

Reply
avatar
Anonymous
November 29, 2011 at 10:52 AM delete

Butoh la rakab, kah kah kah...

Reply
avatar
January 8, 2012 at 3:43 AM delete

kesian rakab di'blame'. pape pon aku rasa baik kita ready tuk masa akan datang. jalankan tarbiah supaya pemimpin akan datang lebih cemerlang dan tidak songlap duit cam skang. tidak kira parti pembangkang atau BN. kita kena bersatu as MALAYSIAN !. baru negara maju. pepecahan kita bawa kepada keusnahan je. rugi besar tuh ..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive