Akta baru perhimpunan aman sekat rakyat berhimpun?



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengenalan Akta Perhimpunan Aman 2011 sebenarnya merupakan tindakan Putrajaya untuk mengehadkan pergerakan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan salah guna kuasa, rasuah dan salah pengurusan oleh pihak pemerintah.


Ketua Umum Pakatan Rakyat ini (gambar) menegaskan peruntukan dalam undang-undang perhimpuan aman yang mana menetapkan denda sehingga RM20,000 jika didapati bersalah membolehkan kerajaan mengheret ahli-ahli Parlimen ke muka pengadilan jika melakukan ceramah, penjelasan dan perhimpunan yang merupakan salah satu cara untuk perikatan itu terus memberi penjelasan kepada rakyat.

“Undang-undang ini merupakan satu cara untuk menghalang Pakatan Rakyat untuk memberi penjelasan kepada rakyat secara berterusan mengenai perkara yang berbangkit kerana permohonan untuk mengadakan perhimpunan yang merujuk kepada ceramah dan sesi dialog dengan rakyat memerlukan kelulusan 30 hari sebelum perhimpunan itu diadakan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar juga berkata Pakatan Rakyat menyokong pemansuhan tiga proklamasi darurat tetapi perkara ini adalah hanya satu perkara kecil yang seharusnya telah dilaksanakan lama dulu.

Proklamasi-proklamasi yang terbabit termasuk Proklamasi Darurat 1966 iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak, Proklamasi Darurat 1969 iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dan Proklamasi Darurat 1977 iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan.

“Kita gembira kerana Perdana Menteri menerima cadangan-cadangan Pakatan Rakyat, khususnya setelah Rang Undang-Undang Pemansuhan Darurat yang dicadang Pakatan Rakyat ditolak Speaker Dewan Rakyat pada April 2011.

“Tambahan lagi, pendirian Perdana Menteri diwakili oleh Menteri Datuk Seri Nazri Aziz begitu berbeza pada 16 Mac 2011 apabila dalam jawapan Parlimen beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai tentang kesediaan memansuhkan serta merta pengisytiharan darurat ‘pada pandangan kerajaan, Proklamasi Darurat pada tahun 1969 masih wajar dikekalkan’,” katanya lagi.

Kata beliau, pun begitu, “kami alu-alukan pemansuhan ini kerana menandakan suara rakyat tidak dapat dihadang oleh kerajaan lagi.”

Jelas Anwar, pemansuhan ini seharusnya membawa kepada kebebasan demokrasi yang lebih baik di Malaysia tetapi malangnya pemerintah tidak mengotakan janji mereka dengan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat dan sekali gus melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Pembangkang telah lama membawa usul untuk memansuhkan proklamasi darurat sejak lama dulu iaitu sejak 1979, malahan Pakatan Rakyat telah membawa usul untuk memperkenalkan Akta Pemansuhan Darurat untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac lepas tetapi yang melibatkan pemansuhan kesemua proklamasi darurat dan beberapa undang-undang serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan apabila diperkenalkan Proklamasi Darurat ini,” kata Ketua Pembangkang ini.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
November 25, 2011 at 10:10 AM delete

UMNO bodoh, dia buat akta seperti ni ketika mereka kehilangan kuasa. Bagaimanalah agaknya mereka jika UMNO/BN tumbang di PRU13, mereka nak buat demo macam di Pulau Pinang tapi tak boleh dibuat kerana mengikut prosedur akta yang mereka buat itu tempoh yang dikenakan menyebabkan isu itu menjadi basi. Masa tu polis tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya memandangkan UMNO sudah tidak berkuasa. Mereka nak berhimpun di dewan-dewan UMNO tak boleh sebab ada tadika Kemas dijalankan, di masjid tak boleh... aku dapat bayangkan akta bodoh itu kelak akan memakan UMNO/BN sendiri.

Reply
avatar
November 25, 2011 at 12:04 PM delete

inilah yang dikatakan....BODOH TAK BOLEH DIAJAR, CERDIK TAK BOLEH DIIKUT.......

Reply
avatar
rakab
November 25, 2011 at 12:54 PM delete

perkara yg baik patutnya di sokong
bukan di tentang....bahalol !!

HIDUP UMNO

Reply
avatar
Anonymous
November 25, 2011 at 3:29 PM delete

kau ni bengong ke rakab? g jahanam la umno ko tu

Reply
avatar
rakab
November 25, 2011 at 5:29 PM delete

Tapi yang nampaknya makin jahanam,.
pkr dengan Pas !!

hehehe..

sampaikan nak bubarkan DUN pun dah tak berani..

hahahahaaaaa...

Reply
avatar
Anonymous
November 25, 2011 at 8:40 PM delete

umngok ingat dia kuat lagi. sdgkan 4 negeri PP, SEL, Kedah dan Kelantan dibawah Pakatan. Di sana tak de masalah nak buat perhimpunan sbb Ketua Negeri yg beri jaminan kpd Polis. atau mrk boleh berselindung di majlis kjaan negeri. No Problem.

Kalau nak buat masa umngo yakin boleh tipu rakyat mcm dulu. tp skg rakyat dah tahu tipu daya umngok.

Yg Anwar kata bukannya utk Pakatan atau Bee End tp utk rakyat mendengar penjelasan dan mendapatkan maklumat yg adil.

Reply
avatar
Anonymous
November 25, 2011 at 8:44 PM delete

Nampak sgt umngok takut dgn Bersih. sb tu mrk buat peraturan perhimpunan aman mesti memerlukan kelulusan. kalau rakyat berhimpun mana ada tunggu kelulusan. lihat lah perhimpunan rakyat di luar negara. percaya lah perhimpunan/suara rakyat tdak dpt di hadang dgn peraturan.

tetapi peraturan yg dibuat seolah olah perhimpunan aman termasuk ceramah atau majlis anjuran parti. Ini lah muslihat umngok yg konon mendahulukan rakyat.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive